Selasa, 29 Disember 2015

Happy New Year

Ok,straight to the point seperti mana tajuk dekat atas tu,aku nak ucapkan Happy New Year kepada semua yang sudi baca blog aku ni....kalau ada yang bacalah*sob sob T_T*\haha

Tak banyak sangat beza dengan tahun lepas.A few azam aku adalah jugak yang tercapai dan seperti biasa ada langsung aku tak buat haha....Disebabkan 31 haribulan nanti aku dah kena balik hostel so that's mean ini adalah entri terakhir untuk tahun ini....Seperti biasa aku akan keluar hang out dengan A dan H (kalau tak tahu siapa dorang ni sila cari entri-entri lepas. aku ada cerita  banyak pasal dorang)
Ni aku dengan H dan A dekat satu event.H yang dekat tengah

Tahun ni tak adalah heaven mana seperti yang aku angan-angankan just nice jelah....Tahun depan aku SPM so wish me luck...haha..Thanks jugak kepada siapa yang mengenali diri ini,yang sentiasa support aku,my family(especialy abang2 aku),my friends(especialy H)...

Macam yang korang tahu aku ni macam biskut chipsmore,sekejap ada sekejap menghilang,menyepi dan akan bersawang,berhabuklah blog ni jadinya....bila dah update kadang-kadang berderet 3 ke 4 entri sekalligus....biasalah tu idea kalau dah datang memang mencurah-curah tapi bila takde memang tandus setandus-tandusnya...haha

Lastly,diharapkan kepada semua yang sudi menjengah dan singgah dekat blog ni agar semakin berjaya pada tahun 2016 dan semoga berbahagia selalu bersama yang tersayang...
pap sikit...haha semoga happy2 selalu

Ahad, 27 Disember 2015

Nama panggilan

"Cicak.."


"Ish kau ni, asyik panggil aku Cicak jek.. Panggil la aku Zul"

"Zul tu hensem sangat, aku tunggu kau pakai jubah dan jumpa kau mengaji dalam masjid baru aku panggil kau Zul. Hahaha"

"Cilaka.."

"Tengok,tak layak dipanggil Zul kalau asyik mencarut jek. Hahaha"

"Astaghfirullaah kau ni,teruknya perangai"

"Tak payah pura-pura la haram. Hahaha"

Biasa arr kalau dengan member mesti ada punya nama panggilan manja camni haha...

pemandu kancil yang bangang

Aku paling benci pemandu KANCIL.. Diulangi...KANCIL.. (matila ramai yang owner kancil hentam aku lepas ni)

 Beberapa hari lepas aku ada terbaca kat satu blog orang lain (dirahsiakan) pasal kebengangannya terhadap owner kancil (some of them la, x semua) yang berlagak macam drive EVO la kan?

Aku gelak2 je baca entri blog tu. Sekali hari ini aku yang terkena. Kejadian ni petang tadi la.. Aku on the way nak ke HSNZ (Spital Beso), tengok sepupu aku baru lepas operation masuk besi.. Bukan itu ceritanya.. ceritanya begini, dah kawasan hospital memang la kena perlahan.. Time ni abang aku yang second yang drive so dia  bawaklah perlaha ,lagi pun ada kereta lain depan kita orang. so kira dia bawak kelajuan stended la kan? Nak dijadikan story telling ada kancil seko belakang kita orang. Duk cucuk2 buntut aku eh silap, cucuk kete mak aku la.. konon abang aku bawak slow.

 Padahal kawasan hospital kot so takkan tak tahu kena slow. Abang aku buat dek  malas nak layan... Sekali dia menunjukkan kebengangannya dengan memotong ikut kiri (ko ingat ko cantik sangat ke?) Pastu pandang aku wat muka tak cantik. bodo la punya orang... dia tekan2 minyak macam hospital besor tu bapak dia punya..Aku sabar je sebab mak aku kat belakang dan tiada kata2 carutan dilemparkan.. hehehe... Kalo mak aku xde, sah2 aku kejar.. So aku x salahkan kancil, tapi drivernya...

Family aku pun pernah bawak kancil, sedar diri ini siapa, kalo bertembung dengan lori, sah2 dah jadi rupa burger daging kancil je... So, owner2 kancil lain, no offense ye... Kes terpencil je.. kebetulan kena kat aku dan drivernya kancil.. Kalo Audi tak pun BMW ke, Merc ke, aku tak bengang kot... hahaha...

Toilet

Waktu Kejadian: 11.30 malam

Aku singgah kat satu petronas ni. Petronas tu baru buka kot sebab barang macam tak banyak, pastu bersih gilerrr ;) Biasala kalo singgah stesen minyak, mesti ada lawatan wajib ke toilet..hihi.. Bila aku lalu je nak ke toilet, akak pompuan ni suruh guna guna toilet OKU. Aku ok je sebab mungkin dia tengah bersihkan toilet biasa. Aku agak akak tu pekerja kat situ walaupun dia tak pakai pon uniform petronas yang hijau tu, tapi dia dok mundar mandir kat situ mcm baru check toilet pastu aku perasan dia dok depan borak2 nga pekerja lain.

Yang aku bengangnya, dekat 5 minit kot aku nak kunci pintu toilet tu tak dapat2. Aku cuba buka pintu dan kunci, boleh tapi bila tarik pintu rapat2, tak leh kunci plak. Lama kot aku dok try. Last2 ada sorang pekerja lelaki lalu depan aku terus aku tanya..


Kak, memang tak leh kunci ke pintu ni?

Aah, dik.. pintu ni tak leh kunci. Kalau kunci pon, orang boleh buka dari luar..


Macam #%$%$&$%! tak pompuan tadi. Apa hal ko suh aku guna toilet yang tak boleh kunci. At least, ko bagitau la awal2 boleh aku panggil abang aku jaga depan ke.. Aku tengok toilet lain semua dah bertutup rapat dan lampu dah tutup.. Maybe diorang dah bersihkan dan tak nak orang pakai ke... Memang aku menyumpah2 dalam hati.. sakit hati... 


Terus aku panggil abang aku jadi pak guard depan toilet tu..

KFC

Gi KFC (selepas bengang tak dapat parking depan kedai biasa) Ada bebudak pompuan queue depan aku (3 orang) Semua maybe student lagi tapi macam budak U pun ada gak.Aku just gelarkan dorang Budak GG( gedik giler) Yang bebudak ni time order ayam, setiap kali akak tu tanya dia, dia akan tanya kawan dia.

Akak KFC : Selamat datang.. Makan sini atau bawak balik?

Budak GG : (toleh kat kawan) makan sini ke bawak balik? - kawan dia jawab bungkus.

Akak KFC : Nak set atau ala carte?

Budak GG : (toleh lagi) set ke ala carte?

Akak KFC : Original ke Hot n SPicy?

Budak GG : (mari toleh menoleh) .....kesudahannya.. setiap kali tanya setiap kali itu la toleh kawan..

Menyampah giler aku. Dah tadi beratur panjang2 bukannya nak decide dari awal pun. Aku tengok line sebelah lebih laju dari lineaku.Time turn aku

 Akak KFC : (akak ke? bolehlah...) Selamat datang....

Aku : Makan sini, 2 set snack plate,satu ori satu hot, air tukar satu milo, satu stroberi, tambah cheesy wedges.

Akak KFC : Tu aje? Ada lagi?

Aku : Tu aje.... Kan bahagia orang yang beratur belakang aku....

Cerita Bangang

Sempena cuti sekolah ni,aku ikutlah mak aku balik kampung mak angkat dia dekat Kedah.Aku saja je balik sebab nak release stress and nak elak dari pergi kelas tambahan....haha keji sungguh perangai padahal dah nak SPM.Then semalam terjadilah satu scene ni time aku tengah dok tengok tv


"Lawa-lawa ni nak pegi mana tok?"

"Tok nak pegi mengumpat dengan Cik Joyah ni, Angah, nanti pukul 5 angkat baju"

"Habis kalau hujan pukul 4 kena angkat pukul 5 jugak ke tok?"
"Kau jangan la bangang sangat nak tunggu dah hujan baru nak angkat baju"

Aku just berdekah gelak dengan adik aku bila abang aku kena bangang setepek,, PADUUUUU!!!

Tak sangka pulak tok aku pun mulut boleh tahan....

Apa lu ingat kerja 7E ni hina ke?

Abang aku ada sorang tu baru je habis SPM hari tu,so tak nak mereput kebosanan macam aku dia pun decide nak kerja dekat 7E yang hanya berdekatan dengan taman perumahan kita orang....disebabkan dia budak baru so dia kena kerja shift malam dan pada entah macam mana semalam time aku tengah main RC Helikopter 4 Channel.. yang ayah aku baru belikan untuk dia,tetiba terkeluar pulak cerita pasal ada sorang uncle ni tegur dia time dia tengah kerja dekat 7E tu beberapa hari lepas.


Ceritanya begini,hehe....


Jam menunjukkan enam setengah pagi.Entah apa jadi hari ni pelanggan bangun awal ke apa entah punyalah ramai.Masing-masing sibuk mencari barang keperluan ,ada yang beli roti,surat khabar, air 100 plus dan macam-macam lagilah



Tiba-tiba datang seorang pak cik umur dalam lingkungan 50 tahun tegur abang aku ni.

"Ni kerja dari pukul berapa?"

"7 malam semalam uncle"

"Ooo budak muda mana boleh letak sama-sama shift malam," balas uncle tu sambil meletak roti di atas kaunter.
Abang aku tak balas apa pun.Dia just senyum je.Btw malam tu dia bertugas dengan sorang pekerja perempuan ni.Nampak comel je orangnya tapi dah kahwin...haha

"Tu la Tuhan kasi 24 jam,ada untuk tidur ada untuk kerja.Dulu sekolah taknak belajar betul-betul kan dah kerja macam ni,"tambah Uncle tersebut sambil menepuk-nepuk bahu abang aku.

Abang aku terkedu gak time tu sampai tak tahu nak balas apa.Member perempuan dia tu dah bagi signal mata suruh dia balas apa yang uncle tu cakap

"A'ah Tuhan pun bagi akal nak fikir mana yang elok mana yang tak,belajar tinggi-tinggi mana pun tak guna kalau beratur pun tak reti,tak ada adab,macam orang tak pernah sekolah,lagipun saya ni baru je habis spm,so sementara tunggu result saya kerjalah dulu daripada melepak tak buat apa,tak guna jugak" dia pun tak tahu dari mana datang ayat tu...haha laju jer keluar dari mulut dia....

Uncle tu  tak balas apa pun,terus ambil baki duit dan roti yang dia beli lepas tu blah.

Haha begitulah ceritanya....

Moral of the story is janganlah sesuka hati pandang rendah kerja orang lain....

BOSAN!! cer try ni

Memang kadang-kadang rasa agak bosan especialy time cuti sekolah macam ni.Kalau parents korang cikgu mungkin bolehlah ajak dorang jalan-jalan pergi mana-mana....disebabkan parents aku kerja,abang pula semua sibuk dengan hal masing-masing,so memang mereputlah aku dekat rumah...adik...huhu lagi sedih...adik aku semua perempuan,so aku takde geng...takkan asyik nak call+chat dengan member je...mesti dia menyapah kang engan aku nanti,so ada beberapa perkara yang aku suka buat bila aku bosan....

1.KARAOKE BOX

Kalau suara macam katak puru sekali pun lantaklah...bukan kau tengah buat show ke apa...time ni memang menjerit-jeritlah macam orang giler sebab adik-adik semua tak kisah pun asalkan aku tak kacau dorang...haha

2.MAINAN RC

yang nie salah satu yang best jugak.. kalau rasa nak hilang bosan boleh la try beli RC Produk.. tak kisah la.. kereta ke helikopter ke... yang penting seronok untuk kendalikannya.. jom.. Beli RC.. aku dah angkat RC Helikpoter hehehehe...:) so petang-petang bolehlah main dekat laman rumah sambil usya-usya kot-kot ada mamat hensem lalu...haha

3.ONLINE GAMES

Kepada yang BOSAN duduk kat rumah tapi nak hilangkan bosan anda tanpa keluar rumah boleh try yang nie.. MMORPG Games.. Hilangkan Bosan dok Depan PC ja.. banyaklah Games Online yang ada.. yang top RAGNAROK pon ok gak layannn....:)

RAGNAROK salah satu yang paling top di Malaysia

4.LAYAN MOVIE

Pada anda yang tak punya kesempatan nak keluar rumah.. apa kata tengok movie... tengok movie pun boleh hilangkan boring.. pilihlah cerita apa yang korang nak... sedih, aksi, cintan cintun, lawak,hantu terpulanglah..

5. RAKAM VIDEO SENDIRI

buat movie sendiri pastu upload kat "YOUTUBE" mana tau nanti boleh la femes macam ANWAR HADI or MATLUTFI ke..especialy bagi mereka mempunyai muka yang agak hensem confirm hot punya....

screen shot daripada salah satvideo Mat Luthfi

6.Bagi yang tak minat buat benda-benda dekat atas tu…. kalau korang ni jenis yang tak minat nak main benda-benda camtu.. korang boleh la kemas rumah ke.. bersihkan bilik ke, dapur ke, toilet yang dah macam loji pembentung tu ke.. tak pun basuh baju yang dah sebeban dalam bakul tu.. kalau rajin sangat basuh sekali baju-baju family korang.. boleh buat amal jariah sekali..^^

Pengalaman pelik aku di asrama

Ada a few cousin aku yang akan start masuk asrama awal tahun depan so aku pun dengan senang hati berkongsilah cerita pasal hostel sekolah aku dengan dorang dan antara cerita yang antaranya ialah cerita time aku orientasi time form one dulu haha…

Pergh,memang bernasib baik giler asrama aku takde ragging bagai,so memang takdelah apa sangat tapi adalah a few pantang larang yang harus dipatuhi sebagai junior.Then bermulalah orientasi dekat asrama dalam seminggu lebih kurang.

Banyaklah jugak aktiviti mengarut yang senior-senior tu suruh buat.Antaranya:

1)ambik tanda tangan setiap biro dan penolong biro( ada dalam 10 orang) susah weh nak dapat lagi-lagi senior yang kerek,macam-macam dia suruh kau buat.

2)Nyanyi lagu asrama( sekarang aku dah tak ingat dah lagu natang jadah ni)

3)ada gak sesi abang-adik angkat,haha time ni aku dapat sorang abang angkat….haha kalau korang tanya aku muka dia hensem ke tak,aku akan cakap muka dia macam anak mami sikit,but tak hensem pun bagi aku….haha…dan kita orang tak pernah buat apa-apa yang @#$@#*….just adik abang biasa…

And banyak lagi sebenarnya aktiviti mengarut sepanjang orientasi tu…tapi ada satu yang aku ingat giler sampai sekarang.

Aku lupa benda ni jadi time malam orientasi yang ke berapa.Disebabkan kena solat isyak dan maghrib berjemaah,so sebagai junior aku kenalah datang awal ke surau asrama.Dekat asrama aku ni agak strict sikit pasal masa especialy untuk junior.Waktu pagi breakfast,budak junior pukul 6.30 dah tak boleh ada dekat Dewan makan sebab time tu senior tengah sibuk nak breakfast, macam tu jugak waktu dinner,6.30 dah kena siap pergi surau,buatlah apa yang patut dekat surau tu ,kemas ke,sapu sikit-sikit then bentang sejadah atau buat homework sementara tunggu waktu maghrib….waktu mandi pun kalau boleh kena awal sebab kalau senior masuk then ada lagi budak junior dalam tu memang siaplah….

Tapi jangan risau hostel sekolah aku ni takdelah sepak terajang tu semua sebab budak-budak sekolah semua kaki ngadu…yalah memasing anak PPD, doktor,lawyer bagai….parents aku ,memang dorang tak kisah pun pasal benda-benda ni then aku pun malas nak ngadu ke apa…

First story
Alamak sorry jauh pulak aku melalut,back to the main point,time tu aku pergi surau then disebabkan lama lagi nak maghrib aku pun niat beriktikaf then aku pun capailah satu Al-Quran ni….time aku baru je start nak baca,ada orang tepuk belakang aku dan hulur tang nak bersalam.Aku just fikir mungkin budak baru gak macam aku so aku pun salam tanpa pandang muka dia.Time aku salam tu aku terkejut sebab tangan dia sejuk sangat.Sebaik je aku lepaskan tangan dia aku terus pusing belakang dan takde sape pun belakang aku,yang paling dekat dengan aku pun just sekelompok budak-budak dalam jarak 2 meter yang memang dah duduk dekat situ dari start aku sampai surau ni lagi.

Second story
Benda ni jadi lepas je solat isyak pada hari yang sama.Senior-senior poyo ni tetiba nak suruh kita orang berpuisi bagai…last-last disebabkan takde yang volunteer,acara puisi dibatalkan dan diganti dengan ceramah merepek dari senior-senior tu.Time tu still dalam surau,then untuk menambah gimik kononnya,lampu dipadamkan dan kita orang bebudak form 1 ni di suruh tutup mata,time tu adalah senior sengal mana entah pasang lagu mandayu-dayu bagai….pergh,aku rasa nak terlelap time tu haha….aku tak rasa takut pun sebab yalah time tu budak lagi innocent,otak suci so tak terfikir pasal hantu-hantu bagai ni…haha…tapi disebabkan tak nak kena marah aku tahan lah gak dari terlelap…then ada budak belah kanan aku tetiba genggam tangan aku,time senior-senior mereng tu dah sibuk maki hamun terpekik-pekik sampai aku rasa ada air liur terpecik kena aku….haha over sangat…then budak belah kiri aku pulak genggam tangan aku,time tu aku rasa jantung aku dah berhenti bergerak,sebab apa…sebab tangan sejuk giler,lembut pulak tu,so that time baru aku start fkir bukan-bukan…

Tak lama lepas tu lampu pun dibuka semula dan kita orang disuruh buka mata semula…lepas buka je mata entah kenapa tetiba aku rasa tangan kanan aku dah dilepaskan tapi tangan kiri still digenggam…so aku decide nak toleh kanan dan takde orang pon dekat sebelah kana aku…bila tengok takde orang aku terus toleh kiri dan dekat situ ada sorang budak ni tengah genggam tangan kiri aku….aku pandang dia,dia pun pandang aku balik…dari mata turun ke hati….ceit jangan merepek…time tu aku terus tanya dia

“kau ni manusia ke?”

Dia tak jawab tapi dia tiba-tiba panggil sorang senior yang ada dekat situ sambil tunjukkan jari dia kearah aku.Rupa-rupanya tu abang dia,biro kerohanian.Abang dia pandang aku macam nak makan beb.Then abang just cakap takde apa pun.WHAT THE…

So disebabkan curios nak tahu apa jadi aku pun pergilah dorm abang dia tu sebab sebelum balik dorm aku nampak budak tu macam ada cakap something dengan abang dia…cewah punyalah berani pergi dorm senior…biro plak tu…

Sampai dorm aku teruslah tanya,blabla bla....................
Dan ceritanya ialah,budak tu ada sixth sense so time dekat surau tu dia rasa ada something dengan orang yang duduk sebelah dia which is aku,sebab tu lah dia genggam tangan aku sampailah abang dia cakap takde apa-apa pun…Then apasal tangan dia sejuk giler,abang dia cakap dia memang dah macam tu sejak lahir,family dia pun tak tahu kenapa….

Dan budak tu sampai sekarang jadi best friend aku…haha…And setiap kali aku pegang tangan,still gak sejuk macam masa first time dia genggam tangan aku 4 tahun lepas…Kalau aku tengah marah ke apa ke selalunya aku akan pergi dekat dia then lekapkan tangan dia dekat pipi aku…haha…nasib baik dia jenis yang sporting,tak kisah pun…

Puteri bunian

Masa kecik2 dulu nenek aku suka bercerita kisah2 dongeng yang agak cambest.Salah satunya cerita pasal orang bunian yang kononnya banyak kat kampung kitorang dulu.Orang tua2 selalu menggambarkan keindahan alam bunian dan kecantikan penduduk alam bunian.Tapi katanya nak melihat alam bunian bukan senang mesti melalui sesetengah ujian dan bila berjaya, perlu pula terikat dengan pantang larang.
Dulu kononnya ada seorang pemuda di kampung kami yang bercinta dengan gadis dari alam bunian.Tapi lelaki ni cuma boleh berjumpa gadis ni pada waktu malam bila bulan tengah mengambang.Lama2 lelaki ni bernikah dengan gadis alam bunian ni tapi dengan syarat iaitu dia tidak boleh pulang semula ke alam nyata.
Ketika sudah berkahwin, si suami ni tadi rindu mahu pulang semula ke kampungnya dan selalu sahaja mendesak agar dia dibenarkan pulang sehari.Akhirnya permintaannnya dituruti, tapi dia tidak tahu bahawa pemergiannya bersyarat.Apabila tiba masa mahu pulang ke alam bunian, dia tidak jumpa pintu masuk.Dan akibatnya dia gila kerana terlalu rindukan isteri dan anak hasil perhubungannya dengan isteri buniannya tadi.
Ada sejarah atau lagenda yang aku dengar orang bunian ni asalnya adalah orang di kayangan yang diamnya di langit biru.Tapi setelah kelahiran Rasululullah, maka kerajaan di langit telah runtuh dan rebah ke bumi kerana tuhan tidak mahu ada satu makhluk pun dibumi yang kedudukannya berada di atas baginda MuhammadSAW.Tapi cerita ni cuma dongengan orang tua, kita tak seharusnya percaya bulat2.Mungkin sekadar mahu menghiburkan kanak2 kecil waktu dahulu.
Ini mengingatkan aku pada lagenda rakyat Sarawak iaitu kisah puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang kononnya diturunkan ayahanda mereka dikayangan ke bumi untuk mengajar penduduk di bawah tentang tamadun.Mengikut lagenda ada yang mengatakan kedua mereka ni hidup sehingga sekarang.Ada versi mengatakan mereka ini adalah puteri dari Brunei yang ditinggalkan oleh saudara mereka iaitu Putera2 Sultan Brunei seramai 7 orang yang berhijrah ke semenanjung tanah Melayu.
Cuma zaman sekarang kita dah tak berapa mendengar kisah rakyat seperti ni lagi.Tapiaku bertuah masih dapat mengingati kisah2 dongeng orang tua ni.Lebih kurang sama la tu dengan ‘bedtime stories’ cuma bezanya bukan kisah ‘Alice In Wonderland’.Bebudak sekarang sebelum tidur lebih suka bermain PSP macam adik sepupu aku yang paling kecik.Agak sayang kisah2 rakyat seperti ni sudah semakin sedikit diturunkan buat generasi alam siber ni.
P/s : aku tengah giler nak update blog sebelum kena balik hostel 31 haribulan nanti so entah apa-apa je entri merepek yang aku tulis...

Eeeehhh~ gay!!

Alahai manusia, ini semua pengaruh luar la ni .... dok tengok TV banyak sangat, dok layan video lucah, CD lucah .... terus buat anggapan yang ntah apa-apa. Tengok lelaki badan mantap, ketul-ketul je ... terus dicap Gay, digolongkan Homoseksual. Apa punya minda la ...

Lagi-lagi, kalau tengok si badan berketul tu dok kawan rapat ngan lelaki .... lor...nak kawan pun susah .... takkan nak kawan ngan pompuan je kot. Aiseh ... inilah tanggapan sesetengah orang yang mudah melabelkan seseorang dengan penampilan. Tak selidik, tak kenal hujung pangkal pun, tau2 buat statement menjatuhkan maruah orang lain.

Salah ke bila lelaki nak tampil menarik dengan body ketul2 ....tengok lelaki tepuk tampar lelaki .... erkk itu gay ke ehh? Lelaki tampar tepuk cubit lelaki lain adalah halal .... bukannya tepuk tampar cubit perempuan bukan muhrim ... haaaa itu sah2 dah haram.

Adeh... manusia oh manusia ... bila pemikiran disempitkan dengan ilmu yang sedikit dan pengetahuan yang dipesongkan.... ginilah jadinya.

Perempuan seksi atau cantik comel lote tu kau tak cakap lesbian plak....

Jumaat, 25 Disember 2015

Bahasa alien???

Ni lah Joe...muka dia lebih kurang je macam Jen

Ceritanya begini,,cewah…macam nak cerita apa je.ok sorry termelalut kejap.Aku ada sorang cousin perempuan ni dia baru je pindah JB. Sebelum dia ni tinggal dekat Bangkok sebab ayah dia orang Thailand.Adalah satu hari ni family dia tidur dekat rumah aku.Time ni aku tengah lepak dengan Zuid,H, A, Aril dan Joe ( adik Jen,tomboy gak budak ni). Pasa Jen aku pernah cerita dalam entri lepas. Time tengah syok borak tetiba ada orang wassup aku.Aku pun bukaklah sebab mak aku yang wassup then aku try baca,aku macam blank kejap sebab pelik takkan lah mak aku yang tulis ni.Mesejnya begini:

AbG BlEr Nk BleQk??? --->100% aku copy tanpa ubah apa-apa pun



Sampai je rumah aku terus tanya mak aku pasal benda ni then dia cakap cousin aku tu yang tolong taipkan dan send wassup tu.Nasib ayat pendek je,kalau panjang berpinar biji mata aku nak faham.
Selalunya yang suka guna bahasa alien ni perempuan.Konon nak menunjukkan dorang tu manja + comel.Hatuihh!! Comel atok dia. Nasib baik kawan perempuan aku macam H dan A tak guna bahasa tulisan pelik-pelik macam ni.

Dekat bawah ni adalah a few screen shot yang aku dapat:

P/S: entri ini hanyalah sekadar perkongsian,geng-geng bahasa alien yang tersinggah dekat blog ni dan terbaca entri ni jangan marah….

Mana Ada Hantu...

Lepas je selelsai dekat Bandar Baru Bangi,Jen tetiba cakap nak pergi Seremban.Disebabkan dia yang drive,so kita orang pon ikut jelah.Si Aril dengan H ni pun nak pergi satu lagi kedai buku dekat Seremban iaitu kedai Book Catcher. Kedai buku ni lebih kurang macam Kedai Buku Bacalah yang dekat Bandar Baru Bangi tu macam dalam entri ni. Cuma yang bezanya kedai buku ni hanya menjual buku bahasa Inggeris dari Amerika dan Britain dengan harga yang sangat murah iatu dari serendah RM 10 bagi kertas paperback dan RM15 bagi buku hardcover.
Ni lah Jen...haha

Sampai je Seremban,kita orang terus cari kedai Book Catcher tu dan apalagi boronglah nampaknya si H dengan Aril tu sebab banyak buku-buku daripada writers terkenal Amerika macam John Grisham,Charles Frezier,Stephen King,Patricia Cornwell,J.K. Rowling,Iris Johansen dan lain-lain.
Aril( yang baju hitam) dan sebelahnya aku

Then,kita orang pun gerak pergi satu mall dekat area Seremban ni sebab si Jen ni nak sahkan cerita yang dia dapat pasal mall tu.Sesampai je dekat mall tu kita orang terus pergi satu restoren fast food yang ada dalam mall tu.Apalagi melantaklah jawabnya…haha.Well typical Malaysian…budak tengah membesar makan jelah kerjanya…Time tengah sedap makan tu lah Jen bukak cerita yang kononnya semua toilet dekat mall tu tak ada cermin sebab kalau diletak cermin akan muncul kelibat menakutkan keluar dari cermin tersebut sebab kalau ikutkan cerita yang Jen dapat dari satu group wassup ni cakap sebenarnya bangunan mall tu pernah jadi bangunan terbiar selama 10 tahun sebelum dibangunkan semula untuk dijadikan mall.So Si Jen ni saja je lah nak selidik betul ke tak cerita yang dia dapat tu sebab dia memang minat dengan benda-benda paranormal cam ni.Kita orang pon ikut kan je lah si Jen ni sebab ni first time kita orang datang Seremban dan kalau kita orang balik pon bukannya ada benda sangat nak buat dekat rumah.
tak lain tak bukan,ini H....aku tyang tolong ambikkan gambar

Disebabkan still awal lagi so kita orang pun pergilah main game dekat archade and tengok wayang.Dalam lebih kurang pukul 9.30 pm barulah si Jen ni nak mulakan operasi dia.Kita orang pon pergilah ke tandas yang ada dekat belakang panggung wayang tu.Tapi bila sampai situ dia pulak mengada tak nak masuk.Last-last H pergi masuk sorang dalam tandas perempuan tu sebab kalau ikut cerita dalam tandas permpuanlah yang paling selalu orang nampak kelibat menakutkan.Tak sampai seminit H keluar semula.
aku main ambik je gambar.Aku tak kenal pun abang ni sape

H: Kau kata tandas dekat mall ni tak ada cermin ada je aku tengok.Banyak pulak tu.

Jen: ya ke? Tipulah.

H: kalau tak percaya jom ikut aku masuk.

Memang betul ada cermin dekat toilet tu macam dekat tandas biasa.Disebabkan tak puas hati Jen pun pergilah tanya dekat sorang cleaner Indon dekat situ.Cleaner tu cakap dia dah 2 tahun kerja dekat mall tu.

Jen: Akak pernah nampak hantu tak masa tengah bersihkan toilet.

Cleaner: Eh mana ada hantu.Merepek aja kamu ini.

Jen: Akak memang tak pernah jumpa ke walaupun sekali.

Cleaner: Emang nggak ada.Mau jumpa gi mana?
punyalah besar cermin.....

Haha….aku pun dah tak tahu nak cakap apa,just bantai gelak jelah dekat situ.Then time balik si Aril ni yang drive sebab Jen dok sibuk maki hamun dekat wassup….

Abang-Abang Vapor

Semalam (24Dis 2015),aku,H, Aril dan Jen (sepupu aku yang tomboy yang aku pernah mention pasal dia dalam artikel ni  ) pergi satu kedai buku terpakai dekat Bandar Baru Bangi.Nama kedai tu ialah Kedai Buku Bacalah.Apa yang ada dekat kedai tu? Adakah aku terjumpa abang-abang hisap vape yang sado mado dan hensem ala-ala Sharul Ridzuan?...hehe mana ada.Sebenarnya kita orang datang sini pun sebab si Aril dengan H ni yang sibuk ajak sebab dorang nak cari stok buku baru yang murah-murah.H dengan Aril ni memang ulat buku ang semua genre buku dorang baca.
sekadar gambar hiasan

Kita orang decide nak pergi kedai ni pun sebab, buku-buku dekat kedai ni sangat murah dari harga serendah RM5 sebab kebanyakan buku-buku dekat kedai ni adalah buku-buku terpakai so owner kedai ni juallahl separuh harga.So apalagi memang borong sakan lah si H dengan Aril ni sebab bukan selalu kita orang dapat datang sini.Tapi korang mesti pelikkan apa kena mengena tajuk entri ni dengan kedai buku tu.Sabar ni baru mukadimah…
Ini adalah gambar dari luar keadai tu

Lepas je selesai dekat kedai buku tu kita orang pon pusing-pusinglah sekitar Bandar Baru Bangi untuk mencari mana-mana restoren yang memikat hati bagi mengisis perut yang dah mula bergendang lagu black metal ni…haha
kalau dah berjerebu macam ni sape je tahan

At last,kita orang pun decide nak makan dekat satu restoren ni.Tak ada yang menarik pun dekat restoren ni apa yang aku nak cerita ialah gelagat abang-abang vapor yang dok hisap vape tak ingat dunia sampai berjerebu aku rasa satu restoren tu dengan asap vape.At first tu memang aku buat bodoh jelah walaupun abang-abang tu duduk belakang meja kita orang tapi bila ada sorang ni dok asyik hembus asap vape kea rah meja kita orang, apalgi kita orang yang malas nak cari gaduh ni pon pergilah pindah ke meja lain.Mesti korang cakap ‘Eleh poyo lah kau ni.Asap vape kan wangi.Relakslah’

Memanglah wangi tapi kalau dah bercampur aduk macam-macam perisa,daripada bau wangi terus jadi macam bau loji tahu tak.Lagipun tak semua orang suka dengan bau vape yang ‘konon wangi’ tu.Aku tak kisah dorang nak ber’vape’ bagai tapi respect lah customer lain especially yang ada anak kecil or baby.Pastu kita orang namapak abang vapor sorang ni tadi dok hembus budak waiter yang datang letak makanan dekat meja dorang.Terbatuk-batuk waiter tu.Adoooaaaii…..Jen dah bangun nak pergi maki tapi nasib baik H sempat tarik tangan dia suruh duduk balik.

Then tetiba si Aril ni pun bukak lah satu cerita pasal budak-budak vapor yang tak reti respect orang ni.Cerita ni berlaku dekat open house family dia time raya hari tu( haha aku tak pergi sebab malas).Then adalah dua orang member abang dia ni selamba badak atok moyang dia dok hisap vape dalam rumah.Fuhh sana,fuhh sini.Time tu dahlah tengah sesak dengan orang ramai,ada budak-budak,baby.Disebabkan geram dia bagi tahu abang dia.Apalagi abang dia teruslah sound member dia tu.


Aku tulis entri ni sekadar nak meluahkan pendapat.Mungkin aka nada yang cakap aku ni kolot,tak open minded lah,apalah.Aku tahu vape tengah  trend sekarang and aku tak kisah sangat pon sebenarnya sebab korang beli vape tu dengan duit korang sendiri tapi respectlah orang sekeliling.Janganlah hisap vape tu dekat tempat awam dan tempat yang ramai orang.Ok that’s all….Btw selamat menyambut maulidur rasul

Khamis, 24 Disember 2015

Kena ngurat dengan pengkid

Kalau tengok tajuk dekat atas tu mesti korang pelik sape yang kena ngurat dengan pengkid bagai ni...tkkan aku pulak kan..haha kalau nak tahu teruskanlah membaca...Aku sebenarnya tak pernah ada isu apa-apa dengan mana-mana pengkid...cuma ada sorang sepupu aku belah mak aku yang agak tomboy sikit tapi pengkid dengan tomboy BEZA ok..setahu aku tomboy ni walaupun gaya dia macam lelaki tapi dia akan try tunjukkan sisi dia yang comel tu,kalau pengkid pulak dia memang berusaha sehabis baik untuk nampak maskulin...dan yang aku tahu tomboy tak les macam pengkid....

Back to the main point,aku pergi hangout dengan H dan A...mesti ramai yang cakap apahal lah mamat ni asal hangout mesti dengan minah dua ekor ni...well aku pon tak tahu kenapa aku rasa selesa sangat dengan dorang( cehhh alasan cliche) sorry melalut kejap...

Time si H dengan A dok sibuk usha barang dekat watson tetiba adalah sorang pengkid ni tegur

pengkid: hai awak...nak pilih barang apa,meh saya tolong pilihkan

A: eh takpelah...(sambil tolak H untuk pergi dari situ)
sekadar gambar hiasan

Tetiba dengan tidak disangka si pengkid ni ikut kita orang sampailah ke parking lot.Time tengah tunggu driver si A ni datang( aku dan H kira macam menumpanglah sekali naik kereta dia) si pengkid tetiba je pegang tangan H.Aku apa lagi bila nampak tu aku terus lah tepis tangan dia sebab aku berdiri sebelah  H time tu.Bila aku tepis tu nampaklah dia macam marah and then dia try nak pukul aku,aku pun saja buat muka berani( padahal hati dah kecut sikit...haha) sebab saja nak provok dia...nasib baik driver A tu datang tepat pada masanya dan bila dia nampak macam ada something wrong dia terus tekan hon kuat gila,sampai aku rasa berdengung kejap telinga aku....yelah dahlah dekat parking lot, memang sahlah bergema....

Dalam kereta aku tanya H dia ok tak...dia kata dia ok je dan dia mintak maaf kalau dah susahkan aku...haha relakslah aku akan sentiasa lindungi kau( cewah ayat tak nak kalah).Tapi aku pelik jugak apasal lah pengkid sorang macam despredo sangat...dan ada jugak aku dengar yang pengkid ni selalunya awek dorang lagi cun dari awek jantan-jantan asli lagi straight....haha yang ni aku tak berani komen apalah

Rabu, 23 Disember 2015

Misteri Kedai Makan

Disebabkan sekarang ni tengah cuti sekolah,so last weekend aku,Burn,Aril dan Zuid( semua bukan nama sebenar) pergi main boling.At least takdelah mereput kebosanan sensorang dekat rumah.Nanti dah naik sekolah memasing dah busy, dah susah nak jumpa sebab tak satu sekolah.Ok sorry melalut pulak kejap…
gambar ni saja je aku letak...takde kena mengena pon

Back to the main point,lepas je siap main boling,kita orang pun pergilah satu kedai makan ni.Lepas kita orang duduk je ada sorang waitress yang aku agak mungkin budak lepas SPM datang ambil order kita orang.Not bad lah,cantik jugak wangi pulak tu sebab bau perfume dia memang semerbak time dia ambil order…(haha sorry aku bukan pervert eh)
yang pakai cap tu Aril then sebelah dia Zuid

Lepas order aku tengok jam baru pukul 10:45 pm then aku tengok sekeliling memang ramailah jugak budak-budak lebih kurang sebaya kita orang yang lepak dekat situ.Tapi malangnya sorang pun tak ada yang kena dengan taste aku( keji sungguh ayat).Sambil tunggu makanan sampai kita orang pun boraklah pasal macam-macam benda.Then gelak macam orang gila sebab si Zuid ni tak habis-habis buat lawak bodoh.Walaupun takdelah lawak mana tapi sebab member yang buat lawak so ketawa je la…
yang baju merah tu aku then yang dekat sebelah tu Burn

Then  bila makanan sampai kita orang pun apalagi,melantak lah….Lepas je habis makan tetiba si Zuid ni tanya satu soalan yang buatkan kita orang pandang sekeliling dua tiga kali.
Zuid: Eh korang perasan tak kedai ni ramai orang tapi sura kita je yang bising dari tadi..
Burn: Haah lah,lepas kau cakap aku baru perasan…cuba kau tengok,memasing tunduk lepas tu sengih-sengih….

Aku: korang ni apa-apa jelah

Aril: Weh,kau tak rasa yang suasana ni macam dalam tv….kedai ramai orang tapi sunyi sepi,then bila ada je orang perasan pasal benda ni,kedai tu akan bertukar jadi buruk,customer yang dok senyap tu pulak bertukar jadi hodoh,pastu….

Burn: stop,stop. So macam mana ni sape nak pergi bayar

Menambahkan lagi debaran bila tiba-tiba je ada asap tebal dan bau wangi pulak menusuk hidung.Pergh!!!,lagi suspen.Kita orang terus tengok cashier perempuan yang tengah duduk dekat kaunter.Muka memang tak nampak sebab dia tengah tunduk dan rambut yang lurus panjang tu menutup muka dia…Selepas beberapa ketika,kita orang decide nak pergi bayar sama-sama.

Burn: Assalamualaikum…

Cashier: yes,nak bayar ke? Meja nombor berapa? ( uish nasib baik muka dia tak berubah jadi buruk macam cerita hantu dekat dalam tv tu)

Then,sebelum keluar kita orang pon tengok sekeliling dan barulah kita orang perasan yang kedai tu senyap je sebab memasing sibuk dengan handphone,tablet sampai awek dekat depan pun lupa….haha yang baba sap tebal dan wangi tu pulak adalah asap vape daripada para vapour yang tak reti nak hormat orang lain.Main suka hati atok moyang dia je nak hisap vape dekat tempat awam macam tu…

Aku tulis benda ni bukan apa just nak mengingatkan yang walaupun zaman sekarang teknologi makin canggih tapi berpada-padalah menggunakannya.Macam aku kalau balik rumah parents aku time cuti,biasanya kita orang akan dinner or lunch sesame and that time takde siapa pon yang dibenarkan pegang handphone,tab etc hatta bapak aku sekalipun sebab waktu itulah waktu nak borak dengan family members,share sotries,problem ,exchange pendapat semua.Yelah memasing dah besar,busy,tak lekat sangat dekat rumah so time tu jelah waktu untuk kau spend merapatkan hubungan sesame ahli keluarga….


Jumaat, 11 Disember 2015

Tiada tajuk


Semalam lepas je habis majlis reunion tu aku dengan a few lah kawan-kawan sekolah rendah aku tu pergi hang out kejap sebab kalau duduk rumah pun bukan ada kerja sangat yang nak di buat...so nak dijadikan cerita majlis tu habis dalam pukul 12 lebih kurang dan kita orang siap kemas dewan tu dalam pukul 2...then pukul 3.30 kita orang berkumpul dekat satu restoren ni,Banana Cafe....tehn dalam pukul 4.30 lebih kita orang pergi jalan-jalan dekat taman botani,Johor...haha saja je....aku pun first time datang sini....


Korang mesti dah boleh agak aku duduk mana kan....haha...then macam biasalah hujung tahun macam ni memang tiap-tiap hari hujan so tak sampai satu jam kita orang dekat situ hujan dah mula nak turun...lepas tu kita orang apa lagi terus gerak pergi satu kedai sebab H dengan A nak makan ABC kelapa....haha kalau nak tahu H ni memang hantu ABC....time order tu memasing sibuk nak kongsi ABC tu berdua-berdua tapi si H ni relaks je order ABC kelapa yang besar tu satu untuk dia seorang....last-last H boleh habiskan ABC, yang sibuk share tu yang tak habis ......tuan kedai tu pun pelik tengok H sebab tak sangka perempuan yang badan biasa-biasa macam dia boleh habiskan seorang ABC tu....haha
memang takde kerja meng'ketedarah' benda ni time tengah hujan lebat

Lepas tu kita orang semua terus gerak sebab hujan dah makin reda....memasing bantai bawak motor tak kiralah perempuan ke lelaki sebab tak cukup umur nak ambil lesen kereta lagi haha...
Aku sampai rumah dalam lebih kurang pukul 6.30 petang....dengan baju basah memang kena bebel lah..

Nanti next entri aku nak cerita pasal a few kawan-kawan aku yang datang time reunion semalam

Reunion #1

Ok,hari ni aku nak cerita pasal reunion.Tetiba je….semalam classmate aku time sekolah rendah ada buat reunion secara kecil-kecilan dekat dewan sekolah rendah kita orang….adalah a few cikgu-cikgu yang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis..Unfortunately out of 6 cikgu yang dijemput,yang dapat datang hanya seorang….nak buat macam mana…haih…tapi overall majlis tu berjalan agak lancar….dan yang paling utama aku dapat jumpa H…haha macam dah tak jumpa bertahun…


Dalam majlis reunion ni aku nampaklah ada a few kawan-kawan aku yang dah berubah….dari segi fizikal mahupun sikap…kalau dulu pendiam nak mampus sekarang dah gila-gila sikit…yang dulu nak tegur perempuan pun macam nak salam tangan tok kadi takutnya,sekarang awek keliling pinggang,pantang nampak yang cantik sikit je mulalah nak mengayat….majlis ni takdelah gempak sangat tapi ok lah sebab dapat pujian daripada satu-satunya cikgu yang datang tu…
Tapi yang aku tak boleh blah sebab ketua kita orang yang kita orang panggil the big boss sebab dia gemuk,siap upah camera man, dua orang untuk majlis tu padahal budak-budaknya setakat 21 orang je….


Pasal camera man dua ekor ni ada satu yang aku aim giler…aku aim dia bukan sebab dia hensem kea pa tapi sebab dia suka ambil gambar curi-curi….mesti korang tertanya-tanya apasal curi-curi, kan dah memang tugas hakiki dia ambil gambar time majlis tu…maksud aku curi-curi tu ialah dia suka ambil gambar H….dekat mana ada H dekat situlah dia akan ambil gambar….time dia tengah transfer gambar tu masuk dalam laptop the big boss kita orang tu aku ada perasan yang ada certain gambar yang sengaja tak masukkan dan bila aku perhati betul-betul gambar yang dia tak masukkan tu semua gambar candid H, time H tengah makan,berjalan,borak,gelak….aku tak tahu apa niat dia so aku ceritalah dekat A….


Dan jawapan kenapa dia buat macam tu sebab dia kata dia suka H…haha yang ni memang aku dah jangka…Dia kata dia ada try tegur H tapi H macam tak nak layan dia….memanglah sebab awal-awal lagi A dah bagi tahu H yang dia dah ada awek….
Ada banyak lagi cerita time reunion ni tapi takut korang malas pulak nak baca kalau aku tulis panjang….*macamlah ada yang baca blog ni* uhuk uhuk

Sabtu, 27 Jun 2015

#SharingIsCaring....

Sempena bulan puasa ni,aku ada beberapa kali keluar dengan kawan aku H pergi bazar...Saje katenya...Dia ada juga send something dekat wassup...so aku pon terfikir nak share benda tu dekat sini...Dia memang rajin baca benda macam ni....





Friday, June 26, 2015


I Don't Know

Have you ever been asked about something, a topic that people assumed you know, for example: a question about the subject you are majoring in, a question during a group discussion, a question about your family, or a question about your faith, but you don’t know the answer?

In those situations and many more situations like them that you can possible think of, it might be difficult to simply say, “I don’t know”. Saying “I don’t know” hurts the pride and it makes us feel stupid, perhaps a bit guilty for not knowing what to say or not knowing how to say it.

But realistically speaking, if I don’t know something, then what are the options?

Option No. 1: Well, I could say “I don’t know” but that’s not good for my image. People might make fun of me and I might get humiliated.

Option No. 2: I could make up an answer and make sure that it sounds brilliant so that people will be impressed and then, they will finally like me.

Option No. 2 sounds appetizing but I know better not to do that (even though I want to). I should just say "I don't know". Saying “I don’t know” when we don’t know something shows honesty and integrity, and yes, honesty and integrity can sometimes hurt our ego. In fact, a lot of the time it would hurt the ego.

If we made up an answer in order to sound smart, yeah we might get a few people nodding to us and thinking how smart we are. But essentially, we are lying to them. Most importantly, we are lying to ourselves.

It shows that we don’t have the courage to admit to ourselves that we don’t know something. We don’t have the strength to be able to lower ourselves in humility and face the reality of our ignorance. Instead, we choose to cover the reality with a fantasy that we know everything.

We would rather enjoy living in a lie than to deal with the pain of living in the truth. But the truth is still going to stare at you in the face, even when you choose to look somewhere else. The truth is, we don’t know everything, and it is okay not to know everything.

Not knowing and admitting that you don't know is the essential part of learning. If you walk around thinking and believing that you already know everything there is to know, then you wouldn’t be open to learning new things.

We can’t be that arrogant. We shouldn’t be that arrogant. If you think about it positively, not knowing something can be a good thing. When you found out that you don’t know something, that is actually an opportunity for you to learn something new and to upgrade your understanding, even in the subject you specialize in.

I get asked by Muslims a few times about how to answer questions about Islam when you don’t know the answer. The way they asked me that question was in such a way that they feel like they have to, they need to provide an answer to people to ask them about Islam, even in situations where they don’t know the answer.

As Muslims, yes, we should be the ones who know and understand our religion better than anyone else. We should, but just because we should know everything doesn’t necessarily mean that we actually do know everything.

When somebody asked us a question about Islam and we don’t know the answer, the best answer to give is “I don’t know.” Because that is the truth, and I know that there are people who wouldn’t accept that answer from us because they expect us to know everything about Islam.

We can't blame them, because we too might expect similar things from them. If they are Christians, we might expect that they know everything about Christianity. If they are Hindus, we might expect that they know everything about Hinduism. If they are atheists, we might expect that they know everything about science and reason.

But expectation and reality often times don’t overlap. The reality is, we Muslims don’t necessarily know everything about Islam and that is not a reason to be ashamed of.

That is a reason to be humble, and to continue life with the mentality that there is always something new to learn.


So kalau korang tengah free-free,try la visit blog ni~Aiman Azlan....ok dia ni bukan plu...dia adalah seorang penceramah bebas dan sudah berkahwin ok....that's all for now...adios~