1. Warna mata(natural)
Di dunia ini ada perempuan yang matanya ada warna.Ala…seperti
wanita-wanita berbangsa Inggeris di luar sana.Walau bagaimanapun jika mata
sudah semula jadi berwarna hitam ia cantik.Sekiranya rabun anda digalakkan
memakai cermin mata bukan kanta lekap.Mengapa???
Gadis
comel + kanta lekap = tidak comel
Gadis
tak comel + cermin mata = comel
Gadis
comel + cermin mata =sangat-sangat comel
p/s:just pandangan aku je la...sebab aku pon pakai spec huhu...first memang aku rasa giler nerd..tapi lagi comfort kot dari pakai cl bagai...plus aku pergi sekolah takkan nak pakai CL bagai...
percaya tak kalau aku cakap ni awek aku...haha |
Look,as easy as ABC.Sekiranya korang memang rabun, cukup sekadar memakai cermin mata kerana pasti muka comel korang dapat menambat
hati si dia.Plus yang tak rabun tu tak payah la sengal2 otak nak pakai spec bagai...bersyukur korang tak rabun....
2. Gadis yang
berpakaian seragam
Ini fakta ya…Jika diperhatikan gadis-gadis berpakaian
seragam mereka Nampak comel.Tidak kiralah sekolah askar,polis,jururawat,doktor.Pakaian
ke pejabat juga pakaian seragam juga
alolo comelnyerrr... |
Sebenarnya pakaian seragam membuatkan kita nampak
segak dan kemas.Apabila orang tengok,sejuk mata memandang.Cuba pilih,hendak
lihat gadis yang kemas atau gadis yang berpakaian seperti orang kurang
waras??Tepuk dada tanya iman...
3. Mempunyai sifat yang
istimewa
Lelaki adalah aneh.Haha…Tetapi mereka bukanlah makhluk
asing yang datang daripada galaksi lain.Mereka aneh kerana mereka suka apabila
perempuan itu mempunyai sikap dan tabiat tersendiri.Tabiat itu bukanlah tabiat
suka bangun pagi pada pukul 10 atau mandi sekali sehari.Aataupun suka bermesej
sepanjang hari tetapi tabiat2 kecil seperti menggigit bibir kiri bawah
ketika sedang risau ataupun senyum seorang diri apabila melihat pemandangan
yang cantik.Seorang perempuan tidak perlu membuat muka menggoda untuk menggoda
lelaki.Cukup buat muka risau ataupun cuak.Sebabnya perkara-perkara seperti
inilah yang membuatkannya mengingati kamu.Yalah,sikap setiap orang tidak sama
4.Gadis yang unik dan
susah didekati
nampak mysterious gitu...baru rasa ada cabaran nak dapat pompuan camni... |
Lelaki juga makhluk Allah yang mudah berasa jemu dan
bosan.Siapa yang tidak mudah bosan apabila asyik melihat perempuan
seksi.Asyik-asyik mekihat perempuan yang perasan cantik dan mudah di pujuk
rayu.Terdesak.Bosan kerana kebanyakkan perempuan ini sama dan tiada beza
langsung.Kadang-kadang gadis yang berbeza menarik perhatian lelaki.Gadis yang
pendiam dicelah-celah perempuan mulut yang lain ataupun gadis yang hanya
tersenyum tatkala rakan di sebelah ketawa bagaikan langsuir baru terlepas.Itu
baru unik.
Paling penting untuk gadis diluar sana sila jadi
sombong dan sukar didekati.Jangan jadi perempuan yang terdesak kerana lelaki
TIDAK suka dengan perempuan begini.Serius,mereka tidak suka perempuan yang
begitu mudah jatuh cinta.Namun janganlah emo tidak tentu fasal.Janganlah setiap
masa hendak tunjuk garang.Begitu tidak boleh juga…
5. Gadis yang agresif
Kamu perasankah lelaki suka mengganggu
perempuan.Biasanya lelaki suka tengok tindak balas perempuan apabila
diganggu.Mengapa??Sebab lelaki suka tengok perempuan marah.Apabila perempuan
itu marah dia akan nampak comel.Marah-marah ataupun bebel lagi seronok daripada
perempuan yang dikacau tidak menunujukkan tindak balas langsung seperti kacau
tiang elektrik pula.Tapi jangan pula asyik nak marah2 je.
Ini PENTING!!! Seorang gadis perlu menutup
aurat.Tambahan pula lelaki yang terpikat itu adalah lelaki yang baik.OK…Mungkin
ada yang kata ini tipu..Lelaki suka tengok perempuan seksi….tayang sana,tayang
sini…dedah segala asset.Namun cuba fikir,memang lumrah lelaki suka tengok
perempuan seksi,dedah sana,sini.Sekiranya tengok sekali tidak cukup seperti
mahu juling mata mereka melihat perempuan seksi.Tetapi suatu masa mereka pasti
mahukan yang isitmewa.Seseorang yang dapat dijadikan sebagai isteri.Dia akan
mencari perempuan untuk berjumpa dengan ibu bapanya.Kamu pastikah dia mahu
membawa perempuan seksi bertemu oang tuanya?? Kamu patut bersyukur jika tidak
dihalau dengan batang penyapu kerana berpakaian seksi sebegitu.
Cuba bayangkan jika kamu ini lelaki dan ditempat kerja
kamu ada berpuluh-puluh perempuan seksi tetapi ada seorang gadis yang comel
berpakaian menutup aurat.Pasti sejuk mata memandang.Jadi segeralah ke mall
berdekatan dan beli baju yang longgar2.Jangan beli saiz adik2 ya….
Perempuan dan mekap ibarat aur dengan tebing,ibarat TV
dengan remote control.Sangat rapat.Tidak salah menggunakan mekap tetapi
sekiranya kamu menggunakan mekap seperti pelako tambahan watak mak lampir atau
seperti memakai tepung gomak susah juga nanti.Sebenarnya mekap tidak berapa
bagus.Penuh dengan bahan kimia yang tidak akan mencetuskan kimia antara kamu
dan lelaki.Memadai dengan hanya memakai mekap untuk mengelakkan muka kamu Nampak
berminyak atau kusam.Lelaki lebih suka dengan kecantikan semulajadi(natural
beauty).Jadi bersederhanalah.Malah Islam juga amat menggalakkan
kesederhanaan.Namun sekiranya setakat mahu ke pasar malam belakang rumah tetapi
bermekap hingga tiga inci,bolehlah kamu mendaftar bagi pementasan opera cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan