Aku saja je tulis entri macam ni.Masa tengah menaip entri ni tiba2 terasa macam str8 pula...haha...Apasal boleh rasa macam tu...Aku tergerak nak tulis pasal jenis2cinta ni lepas aku 'ter'crush dekat pemain no.7 Thailand...haha,syial dia dah ada awek walaupun tak secantik mana pon awek dia tu(aik...macam patah hati je).Dah la tu membebel,korang baca je la apa yang aku tulis ok...enjoy your reading
Ø Agape
Love(pengorbanan diri)
Menurut Wikipedia,agape berasal dari perkataan Greek
yang bermaksud cinta.Ada pendapat yang mengatakan agape love adalah cinta yang
mengorbankan diri ”self-sacrifice-love”.Dalam erti kata lain,orang yang bercinta
jenis ini sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.
Seorang perempuan amat meminati si lelaki.Sanggup buat
apa sahaja demi si lelaki.Beli baju,bayar duit kereta,beli iPhone 6….cakap apa
sahaja.Semuanya dibelikan tanpa was-was.Si pasangan itu dengan hanya bermodalkan
sengihan seperti kerang busuk berkata,”Syg…sayanglah orang paling abang sayang…boleh
pinjamkan RM50 000…nak buat modal business.Pelaburan untuk kita selepas kahwin
nanti”.Terus dengan pantas,dengan langkah kaki yang laju walaupun sempat tergolek
sebab kasut tumit patah,si perempuan ini terus ke bank.
Orang akan mudah mengesan cinta jenis ini kerana mereka jenis
bercinta gila-gila sehingga ke tahap “you jump,I jump” atau “my money,your
money”.Dia sanggup berhabis BERPULUH RIBU RINGGIT dan berkepuk-kepuk duit di bank
untuk si kekasih hati wannabee.Bukannya seringgit atau 50 sen dan bukan juga
dalam mata wang Rupiah.
Ø Eros(cinta nafsu)
Tahukah anda cinta pandang pertama?? Ala…yang seperti
dalam drama Korea atau tengok Aaron Aziz pertama kali dalam Nora Elena.Sekali
pandang terus terasa…melayang-layang badan..Jiwa pon seperti
berbunga2.Bunga-bunga kantan..Sedap dibuat laksa.Ataupun semasa berbaris
di KFC ada lelaki kacak di sebelah,muka saling tak tumpah seperti Doo
Joon(BEAST),siap dengan rambut balung ayam dan cacak2.Dia tersenyum kepada
anda,siap memberi laluan semasa anda ingin mengambil sos lebih.SAH.Anda pasti
jatuh cinta dengannya.CINTA PANDANG PERTAMA.Selepas itu,seperti magician David
Cooperfield,anda mendapat nombor telefonnya.SERONOK!!
Tetapi,apabila anda bangun pada keesokan hari,anda
sudah tidak berasa apa-apa.Bukannya hilang ingatan tetapi perasaan cinta itu
sudah tiada hanya tinggal memori.Itulah yang dinamakan CINTA NAFSU…Cinta
sebegini biasanya akan gagal tetapi ada juga yang berjaya berkahwin berdasarkan
cinta pandang pertama tetapi kemungkinannya sangat tipis iaitu sebanyak 0.0001%
saja.Mengapa?? kerana anda hanya menyukai luarannya saja.Bagaimana dengan bab
moral dan dalaman?? Sikap dan akhlaknya??Setiap manusia sikapnya berbeza,ada
baik dan banyak buruknya.Apabila anda sudah tahu akan sikap buruknya,adakah
anda akan dapat menerimanya..
Kau kata hai-hai,kukatakan bye bye jawabnya…
Aku ada seorang kawan yang agak rapat jugalah yang
boleh digelar sebagai Mat Romeo atau Playboy.Kekasih keliling pinggang tidak
usah cakaplah…Inilah yang dikatakan sebagai cinta yang bersifat “Ludus”
“Ludus is a playful and flirtatious love.People who enjoy
the chase phase of relationship may experience this type of love.They enjoy
chasing,playing the game and the conquest of a new person.However,once they
catch this person,the relationship often over.”
Mereka yang mempunyai cinta Ludus ini mudah jatuh
cinta.Pantang nampak gadis comel,berdahi licin kalis rintangan angin,mulalah
gerakan reformasi perkenalan. “Saya ada terlalu banyak cinta jadi perlu mencari
ramai orang untuk dikongsi bersama rasa cinta ini.” Ermm,yalah tu.Mereka ini
suka dengan permainan “catch me if you can” yang bermaksud mereka akan mencuba
sedaya upaya untuk memikat orang yang disukai.Ayat demi ayat digunakan,apabila
sudah dapat dia akan tinggalkan orang itu.Maksudnya dia hanya suka semasa fasa
bermain cinta,apabila sudah bosan dia akan cari baru.
Mereka ini juga sukakan cabaran dalam memikat lelaki
atau perempuan.Tetapi mereka ini juga akan meninggalkan sikap mereka ini
apabila sampai ke satu tahap.Tahap yang lebih matang.Mungkin mereka akan jadi
seorang yang setia apabila sampai ke tahap itu.
Ø Mania(sangat obses)
Cinta jenis ni biasanya sangat obses sampaikan apa
yang pasangan dia buat,makan,pakai,semua dia tahu.Password FB,IG dan Twitter
pon confirm dia tahu.
Segala jenis benda berkaitan dengan pasangannya dia tahu.Setiap malam,sebelum tidur perlu mesej,nyanyi lagu Faizal Tahir Selamat Malam Sayang,kalau tidak akan merajuk dan pasangan WAJIB pujuk.
Segala jenis benda berkaitan dengan pasangannya dia tahu.Setiap malam,sebelum tidur perlu mesej,nyanyi lagu Faizal Tahir Selamat Malam Sayang,kalau tidak akan merajuk dan pasangan WAJIB pujuk.
Kebanyakkan yang bercinta jenis ini of courselah
perempuan tapi jangan ingat lelaki tiada.Percintaan jenis ini biasanya hanya
seronok pada permulaannya.Ini kerana bagi yang bercinta jenis ini meraka amat
mementingkan kesempurnaan.Jadi apabila mereka berjumpa dengan orang yang
dirasakan lebih sempurna daripada pasangan mereka dengan sepantas kelajuan
cahaya cinta mereka akan berubah.
Ø Pragma(steady)
Ini percintaan bagi orang2 yang sudah tua atau bahasa
sopannnya orang yang sudah matang.Mereka tidak bercinta secara melampau tetapi
lebih kepada realistik.Percintaan seperti ini lebih didasarkan kepada
tanggungjawab.
Dalam konsep percintaan pragma ini pasangan lebih
kepada seperti kawan.Boleh lepak2,makan2 atau menonton wayang
bersama2.Percintaan jenis ini lebih mementingkan keselesaan antara satu sama
lain.Biasanya percintaan jenis ini diamalkan oleh pasangan yang sudah
berkahwin.Mereka lebih mementingkan tanggungjawab,anak2,bil elektrik,sewa rumah
dan sebagainya.Jarang topik berbulan madu dibangkitkan.
Cuba bayangkan sekiranya korang bercinta dengan kawan
baik sendiri.Itulah yang dinamakan cinta storage.Percintaan ini adalah antara
yang paling berjaya dan kekal lama kerana pasangan telah mengetahui luaran dan
dalaman kita begitu juga sebaliknya.Kita selesa dengan dia dan begitu juga
dia.Pasangan menerima kita seadanya dan begitu juga kita.
Ciri2 percintaan jenis ini ialah individu langsung
tidak memandang rupa fizikal,lebih rasional dan mengutamakan kebahagiaan
bersama.Ok,aku pernah nampak percintaan jenis ini iaitu sepupu aku sendiri.Dia
hensem dan dah ada awek.Kalau korang tengok awek dia mesti korang tak percaya
sebab awek dia tu tomboy..haha..Tapi best la tengok cara mereka
bercinta..smooth and steady je…Bila aku tanya dia kenapa tak cari awek yang feminine
sikit,dia cakap dia selesa dengan GF dia sekarang sebab mereka dah kenal dari
kecik….
ok that's all for this time...bila tulis2 pasal cinta ni terfikir juga bilalah aku akan jumpa Mr Right aku...
ok that's all for this time...bila tulis2 pasal cinta ni terfikir juga bilalah aku akan jumpa Mr Right aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan