Ok,tamat sudah sesi luahan perasaan dekat atas tu.Sekarang aku nak cerita pasal trend budak2 baru nak up sekarang ni(aku pon sebenarnya tergolong dalam golongan baru nak up ni tapi aku tak buat benda2 bodoh ni),ada certain(means bukan semua) pergi scan dorang punya result and then post dekat fb,insta ataupun blog,kononnya nak share dengan friends and followers dorang especially budak2 hot stuff tu...kalau post result ok or gempak tu,memang berderet laa orang ucap congrates.Habis yang result berderet fail tu apasal nak post gak result korang tu...dah bodoh pon nak tunjuk dekat orang apahal..nak minta simpati ke hape...tapi aku tak adalah nak galakkan korang yang result ok untuk pergi post result korang tu sebab benda ni boleh menyebabkan timbulnya perasaan riak,takbur,sombong dan berlagak...Lagipun.kebanyakkan friends,followers korang dekat media sosial ni bukan semua korang kenal pon...entah2 lebih 50% korang tak pernah kenal pon...Yelah media sosial ni kan universal..aku ada juga friends dari US..Kita orang setakat DM dekat twitter je...sebab tu aku malas nak kongsi sangat gambar aku or family dekat media sosial ni.Yelah,manusia yang rambut sama hitam pon hati boleh lain2 inikan pula yang rambutnya bukan warna hitam...(kalau korang tak faham apa aku tulis,buat2 paham sudah).Korang tengok sendirilah gambar screen shot dekat bawah ni...
ok laa tu...daripada langsung tiada A |
Aku tak jumpa pula status budak yang scan slip result dia,jadi gambar ni je yang ada.Tapi gambar yang seterusnya ini aku tak berapa berkenan...
Aku memang tak faham kenapa la dengan budak seekor ni....Kalau ya pon frust tertonggeng2 pasal result tak berapa elok,tak payah la nak status macam ni..Nasib baik setakat ni aku tak terjumpa lagi budak UPSR & SPM buat status macam ni...Kalau kau asyik mengharapkan gred akan turun,sampai bila2lah kau tak akan maju dan berdaya saing...Aku rasa apa yang kerajaan buat ni ada juga kebaikkannya...
Lepas itu ada pula yang bergaduh sebab cakap PMR tu senang...Bagi akulah,peperiksaan semua susah.Kalau nak senang baik kau stay je dekat Tadika or Prasekolah.....
Adohai...masing2 kan dah besar..pasal benda ni pon nak gaduh..sebab tu la aku malas nak online masa budak2 baru dapat result sebab News feed dan TL penuh pasal result je...bosan...Relaks ahh,PT3 bukan pengakhiran untuk segala2nya...SPM menanti...Plus,tak payahlah sibuk nak membandingkan batch siapa yang examnya paling susah sebab tak menggangu hidup kau pon kalau soalan dia susah atau senang...Yang terakhir dari aku....gud luck next year...Ang one more thing aku nak tanya,kutuk-mengutuk memang dah jadi budaya kita ke apa?? Kata rakyat Malaysia berbudi bahasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan