Jumaat, 19 Jun 2015

Hanya aku...ep 1

ok firstly aku bagi tahu awal2 yang aku ni bukan budak sastera atau pon mat jiwang karat atau jenis yang sweet talker....jadi ayat yang aku guna simple je....first2 korang mungkin ingat ni bukan kisah cinta plu ..........enjoy cerita ni sebab ni percubaan pertama aku..enjoy it...


Kring.........
"Ish,memekak jelah jam ni!!!" amuk Daniel pagi itu...
Selepas mematikan jam locengnya yang memekakkan telinga itu dia segera bersiap untuk ke kelas.Dia biasanya akan menyediakan sarapan sendiri dan sedikit bekal untuk dia makan waktu tengah hari nanti.Lawakkan,dah besar panjang pon still bawak bekal macam budak sekolah rendah.Tpi dia tak peduli pon apa yang orang cakap pasal dia.Dia tahu ramai orang tak suka dia sebab dia ni terlampau pendiam dan langsung tak peramah...

"Morning sunshine...ehmm sedapnya bau...nak sikit boleh" sapa Alvin.Alvin adalah hosematenya dan sudah bekerja sebagai seorang dealer di sebuah syarikat kewangan dan merangkap pakciknya kerana dia adalah adik kepada mak Daniel.

"Morning.Ambil jelah,aku memang masak lebih" Menu untuk hari ini adalah nasi goreng cina.Ok lah tu...
"Thanks my sunshine.Mmuah...love you."katanya sambil mencium pipi aku.What the h***.Nasib baik aku dah biasa,tapi kalau orang lain nampak tak ke naya...
"Welcome.Aku rasa aku kena pergi dulu sebab aku ada kelas pukul 10"kataku bergegas pergi sambil tidak lupa membawa bekal yang telah aku sediakan tadi.
"Weh naik kereta aku jelah.Kau ni asyik naik basikal jer,tak penat ke?"
"U aku tu bukan jauh mana pon,2km jer dari sini.Dahlah aku pergi dulu."
"Hati-hati" dia melaung tapi aku tidak membalasnya.

                                     **************************************

Sesampainya aku dekat depan kelas,tetiba bahu aku ditepuk seseorang....Opocot terkejut aku tapi jangan risau aku tak melatah macam tu.

"Weh beruk, terkejut aku tau tak.Kau tak reti nak bagi salam ke?" marah aku.
"Sorrylah bro.Hehe assalamualaikum Encik Daniel Asyhraff....Jom kita masuk kelas sesama." balas Hariss sambil tersengih macam kerang busuk tak laku dekat pasar.
"Ehm..." aku balas antara dengar dan tidak
Tetiba ada pulak minah ni dah ambik port biasa aku duduk.
"Ehem,awak boleh duduk sebelah sana tak sebab seat ni tempat saya dan kawan saya ni selalu duduk." Hariss tegur baik2.Kalau tengok dari jauh nampak macam lelaki tapi bila dah dekat baru perasan yang dia ni perempuan.Kalau lelaki jangan haraplah si Hariss mereng ni nak cakap bebaik memang kena maki kaw2 punya.Tapi budak tomboy ni just jeling kita orang, sambung tengok tab dia lepas tu terus ignore kita orang yang berdiri macam tugu negara dari tadi.

"Weh pompuan aku cakap bebaik kan tadi...cuba bagi kerjasama" Hariss start naik angin...
"Takde nama dia pon dekat seat ni" tomboy tu jawaab tanpa pandang kita orang.
"Memanglah tapi kita orang dah selalu duduk sini.kau budak baru kenalah faham" kata Hariss sambil hentak meja depan tomboy tu.
"Weh kau apahal hentak2 meja pulak ni" tomboy tu pon dah start naik angin.Sebelum apa2  jadi baik aku mencelah.
"Takpelah Riss,seat sebelah dia kan kosong.Kita duduk situ jelah"aku cuba redakan keadaan
"Taknak.Aku taknak duduk satu row dengan minah tomboy berlagak ni"
"Aku pon taknaklah"tomboy tu balas balik sambil buat muka jijik.
"Kau...." belum sempat dia habis cakap aku dah potong.
"Takpelah.kalau kau nak duduk line belakang atau depan kau pergilah,tapi aku duduk sebelah seat dia ni"
"Suka hati kaulah"Hariss mengalah dan berlalu pergi
Aku pon duduk sebelah minah tu.'Pergh kuat gila siak bauh perfume dia.Aku rasa dia pakai perfume gatsby'.Aku tak tegur minah tu langsung sebab aku tengah fikir aku nak pair dengan sape untuk assignment aku tu.Nak ajak Hariss,dia dah pair dengan makwe dia.Sepanjang kelas tu tomboy tu langsung tak bercakap dengan aku.

                                      ******************************************

Aku baru je habis makan tengah hari dan aku plan nak bertapa dekat libary nak buat research pasal assignment aku tu.Nanti bila dah jumpa senang sikit,tinggal susun draft and terus buat.Aku terus duduk dekat meja di satu sudut yang agak terceruk jugalah dalam libary tu.Entah kenapa masa aku tengah selak2 satu buku ni aku rasa mengantuk giler dan aku langsung tak ingat bila aku tertidur.

'Ish,sape pulak yang usap2 pipi aku ni.sesedap dia je'aku start terjaga sebab rasa ada satu tangan yang lembut usap pipi aku.Memang serabai giler time tu.Bila aku bukak mata cuba teka aku nampak sape?Tak lain tak bukan si mamat mereng bernama Hariss Haikal Bin Dato' Razman.

"Morning sweetheart.Sedap tidur" tegur Hariss
"Pagi abah kau.Dah pukul berapa ni?Bila kau sampai?Dah lama dah?" balas aku masih lagi mamai
"Sekarang dah pukul 4.Aku sampai tadi dalam pukul 3 so kira lamalah jugak.Sedapnya orang tu tidur"
"Entahlah tetiba rasa mengantuk pulak tadi.Tak sangka pulak boleh tertidur"
"Insomnia kau macam mana? Dah ok atau makin teruk" nampak kerisauan pada wajahnya.
Alahai insomnia je kot bukan boleh sebabkan kematian bagai.
"Better" jawabku ringkas.
"Sweetheart,jom tengok wayang.release tension,Lepastu aku belanja kau dinner"
'Dah kenapa mamat'
"Sejak bila pulak aku jadi sweetheart kau ni.Aku plan nak terus balik ah.penat"
"Ok aku hantar kau balik.Aku tak pernah tahu rumah kau"
"Sorry bro.Aku naik basikal tadi."balasku menolak pelawaannya.
Sebenarnya takde sorang pon kawan aku yang pernah datang rumah sewa aku sebab rumah aku agak terceruk sikit.Kalau tak biasa memang akan terlepas pandang rumah aku tu.....Logik ke apa aku cakap ni.
"Oklah kalau macam tu"ada nada kecewa dalam suaranya.
"Kalau kau bosan ajaklah makwe kau yang keliling pinggang tu pergi"
"Woi pinggang aku kecik je.so berapa ramai jelah yang muat" dia cuba buat lawak tapi hambar
"Oklah aku balik dulu" kataku setelah selesai mengemas semua barang aku dan berlalu pergi tanpa mempedulikannya.Tanpa aku dan hariss sedari,ada seseorang telah memerhatikan gelagat kami sedari tadi.

                                       **************************************

Esoknya...
Aku pergi kelas macam biasa walaupun aku takde kelas pagi ni.Aku plan nak bertapa kejap dekat libary tu sementara tunggu kelas aku dalam pukul 2 nanti.Sesampai je dekat libary tu,aku langsung tak hiraukan orang lain dan terus duduk dekat port biasa aku dekat situ.
TO BE COTINUED.......................

Tiada ulasan: