Sabtu, 21 Mac 2015

Macam mana boleh kantoi??!!

Ok,aku dah janji dalam entri lepas aku akan cerita macam mana kawan perempuan aku,H boleh dapat tahu yang sebenarnya aku minat lelaki....kalau tak tahu siapa H sila baca entri yang lepas....
nilah dia H kalau korang lupa(lebih kurang macam ni tapi H pakai tudung)

Sebenarnya H adalah satu-satunya kawan perempuan yang aku rapat giler2 and still in contact sampai sekarang...Orang pernah ingat dia ni GF aku tapi tak pon....Kita orang lebih selesa berkawan...Family dia and family aku pon agak rapat sebab mak dia dan mak aku adalah bussiness partner....ok dah cukuplah tu sebagai mukadimah....

Macam mana boleh kantoi??/ Ehmmm.....panjang ceritanya hehe...ok aku cerita...sebenarnya aku rasa dia ni dah lama tahu pasal benda n cuma dia tak tanya direct....Pada suatuhari dia datang rumah aku sebab nak minta tolong aku tengokkan virus dalam LP dia dan bila semuanya dah selesai aku cakap dengan dia macam ni....

aku: wei H boleh tak aku copy cerita dalam desktop kau???Macam best je ...
H   : Boleh je...wei boleh tak aku pergi dapur kau nak ambil air jap,hauslah.
aku: ok
siapa yang minat drama atau artis korea biasanya dorang akan kenal sape mamat ni

Aku cepat2 copy cerita tu sebelum H datang balik....Kalau korang nak tahu cerita yang aku copy ni adalah yaoi anime.....sape yang tak tahu yaoi tu apa....yaoi tu adalah frasa yang digunakan oleh orang jepun untuk merujuk kepada hubungan lelaki dengan lelaki,senang cerita anime yaoi tu adalah anime gay....kalau untuk lesbian pula di panggil yuri....Mesti korang pelikkan kenapa perempuan macam H boleh ada anime macam tu....baiklah aku sambung cerita
ini adalah antara anime tu...anime ni nama dia junjou romantica

anime ni plak tajuk dia sekai ichi hatsukoi

Namun aku tidak bernasib baik kerana tiba-tiba LP tu hang tak tentu pasal dan proses mengcopy aku tu pun turut tersangkut separuh jalan....dan H pon entah bila dah duduk depan aku sambil cakap...

H  :kau copy cerita apa sebenarnya?
aku: Asal kau nak tahu?
H  :Kenapa kau tak jawab?
Aku dah bengang bila dia macam sengaja nak mainkan aku,so lastly aku mengaku yang aku nak copy cerita yaoi tu dari dia
gambar ni takde kena mengena...aku saja je letak

H  :apasal tak cakap kau nak cerita tu....Dalam hard disk dekat rumah aku ada banyak weh....
Aku: yeke..tapi apasal kau boleh minat anime macam ni ek??
H   :Biasalah wei,pengaruh kawan
aku:jadi kau nak cakap yang kau minat anime ni sebab kau lesbian ke??/ (yelah dia nikan sekolah perempuan,so tak mustahil kalau dia lesbian)
H  :eh mana ada,aku normallah...aku tengok anime jenis ni sebab anime yaoi ni watak dia hensem2...
aku:la sebab tu je ke....
H  :habis kau tu,sibuk sangat kenapa? kau gay eh?
Aku:apa kau mengarut ni?? haha tak lawaklah wei....(aku ketawa konon nak tunjuk yang aku tak terkejut dia tanya direct macam tu tapi serious weh jantung aku macam dah terhenti masa dia tanya tu...control jangan sampai kantoi)
H  :tak payah tipulah...aku dah tahu...relaks ah kitakan kawan....
aku:macam mana kau tahu?? kau tak marah ke?? kau still nak kawan dengan aku ke???(hah kau ambik,berdas-das soalan aku)
H  :aku selalu perasan kau suka  abang aku sampai tak berkelip mata lepas tu dok blushing sorang2...aku ni perempuan jadi aku tahulah maksud pandangan kau tu...buat apa aku nak marah kau,bukannya kau bunuh orang pon....mestilah kita still kawan...relaks ah...

Adoi kantoi sudah...tapi yang penting aku memang sayang giler dekat kau H (sebagai kawan yang paling memahami aku) sejak dari hari tu sebab aku ta sangka kau sporting giler beb...Tapi dia siap bagi amaran jangan sesekali try nak bengkok2kan abang dia kalau tak nahas....Takpelah beb kalau kau tak restu,kumbang bukan seekor ye tak...
Ini adalah A..kalau tak tau A tu siapa,sila baca entri lepas....sorry terpaksa crop

sejak dari hari tu aku selalu share story,feeling aku dekat dia sebab bagi aku dia adalah pendengar yang terbaik pernah aku jumpa setakat ni.....kata2 semangat yang dia bagi....haih kalau aku straight comfirm aku dah jatuh cinta dekat kau H....
yang ini adalah H....sorry terpaksa crop jugak

Pernah aku tunjukkan gambar sorang mamat ni yang aku add dekat fb...aku cakap dekat H yang mamat ni hensem giler tapi dia tengok kejap je pastu cakap...

H  :biasa je

Apakah....ehm  yalah taste tinggi...H ni suka lelaki yang nampak innocent,naive dan kalau boleh dia suka yang pakai cermin mata....aku dah tergelak bila cuba bayangkan ciri2 lelaki idaman dia tu sebab aku terbayang mamat tu macam gambar dekat bawah ni....
tapi aku tak rasa ada mamat skema macam ni sekarang

1 ulasan:

Mr. Dominic Unknown berkata...

HAHAHA.
U are lucky to have her as your friend.