Isnin, 22 Disember 2014

Cerita Gay Yang Pernah Aku Baca

Ok,ini adalah beberapa cerita dalam bentuk cerpen or novel or whatever lah yang aku pernah baca....Dari sinilah juga aku tahu pasal dunia gay or PLU ini....

Blog Freak Love: Yang first aku baca dekat blog ini ialah cerita Forbidden Love.Cerita simple jer tapi agak best bagi aku.Next yang aku baca dekat blog ini ialah Strange Love.Setakat ini cerita ni still tergantung lagi sampai part 6 sebab blogger dia belum sambung.Cerita yang second ni bagi aku lagi best dari cerita yang first sebab cerita yang first cerita pasal percintaan student dekat U,manakala yang second ni dia cerita pasal orang yang berkerja.Konsep cerita still sama iaitu mengenai golongan songsang atau PLU.

Blog Malaysian PLU Story: Unspeakable Love .Aku ada lampirkan sikit sinopsisi cerita ini.



Fahri, seorang PLU yang telah menaruh hati pada teman sebiliknya bernama Shahir.. namun perasaan itu dipendamkannya kerana Shahir bukan lah sama seperti dirinya.. Shahir adalah seorang lelaki normal yang juga memiliki kekasih hati bernama Liyana.. kisah bermula ketika Fahri mula berkenalan dengan seorang lelaki biseksual bernama Saiful di Planet Romeo.. bermula dari detik itu, Fahri mula banyak berbicara dengan Saiful tentang kisah kehidupannya.. Saiful ada mengatakan kepada Fahri tentang 'peraturan cinta PLU yang pertama'.. katanya, cinta itu haruslah saling berbalasan untuk menikmati kemanisan cinta.. secara tidak langsung Saiful bermaksud adalah lebih baik Fahri melupakan perasaannya terhadap Shahir.. kisah juga berkembang bagaimana Fahri mula mengimbas semula tentang kisah hubungan lamanya dengan seorang lelaki bernama Ihsan.. biar pun saling menyukai, namun Ihsan keberatan untuk mengatakan cintanya kepada Fahri.. bahkan, Ihsan tidak mahu Fahri menganggap hubungan antara mereka berdua lebih dari pasangan kekasih.. akhirnya, hubungan antara Fahri dan Ihsan mula terputus.. tiga tahun telah berlalu dan hati Fahri mula terpaut pada Shahir.. mempercayai apa yang Saiful katakan, Fahri akhirnya cuba melupakan perasaan cinta terhadap Shahir.. biarpun perit namun Fahri telah pun bertekad..

namun..


pada satu malam, Fahri telah dikejutkan dengan perubahan mendadak terhadap diri Shahir.. teman biliknya akhirnya memeluk Fahri dan mencium dahinya.. Fahri ketakutan kerana dia tidak percaya kawannya Shahir akan bertindak sedemikian rupa.. dari saat itu, Fahri mula tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan pelukan dan kucupan itu? 

Ok next ialah blog BoyKL:The Story .Cerita dalam blog ni agak panjang dan watak dia sentiasa bertambah dan bertukar ganti.Ceritanya memang panjang dan aku tak tahu bila cerita ni nak habis sebab sekarang dah masuk musim ke tiga.Jadi nak tak nak korang kena menjejak episod2 cerita ni dari musim pertama..Tapi yang penting watak utama cerita ni best....


Seterusnya ialah blog Setitik Dakwat Pena: Seriosly,bagi aku blog ni antara yang paling selalu aku baca sebab  cerita dalam ni banyak dan sampai sekarang aku masih belum habis semua cerita dalam blog ni.Ada certain cerita tu yang aku rasa macam real je.Try la baca especially cerita bertajuk Sisi Gelapku 1&2.Aku malas nak cakap banyak korang bacalah sendiri.Cerita dalam blog ni ada certain tu yang terlampau detail so aku harap korang tak stim baca..haha(gelak jahat)


ok blog yang ni aku sekali tengok aku dah tahu blog PLU.Sangat obvios ok sebab nama blog ni ialah Gay Guys Everywhere .Cerita yang aku baca dekat blog ni ialah Budak Gerai.Best juga la cerita ni,simple dan tak terlampau banyak  benda2 berat.Lagi satu yang aku suka pasal blog ni ialah design blog dia...cantik and kreatif la bagi aku yang tak berapa nak kreatif ni..Yalah nak bandingkan blog dia dengan aku,blog dia berganda lagi cantik and kemas.Suka je aku tengok blog dia.Plus aku jarang jumpa blogger lelaki yang blog secantik dia ni...Kalau ada please bagi tahu aku..aku akan follow dia ..


next is kaki berang wordpress.Cerita dalam ni ada satu yang best iaitu Bukan Untuk Ammar.Cerita ni agak sedih jugalah dan aku tak tahu bila cerita ni akan habis.Aku malas nak tulis panjang lebar tapi kalau korang suruh aku bagi rating dekat cerita ni aku akan bagi 4 bintang...(ala2 Maharaja Lawak Mega gitu)


Blog La-Telenovela:People Like Us.Blog ni antara salah satu blog yang memang aku dah agak  cerita pasal golongan PLU2 ni.Cerita yang aku baca dalam blog ni ialah Untukmu Im.Cerita ni memang sedih walaupun aku dah tak berapa ingat jalan cerita dia.Watak2 dalam cerita ni pon best2.Aku cadangkan korang baca dulu cerita ni sebelum korang baca cerita2 lain yang aku dah tulis dekat atas tu sebab cerita ni dah complete sampai last episode tak macam mostly cerita2 dekat atas yang aku tulis tu yang still tergantung sampai sekarang tak tahu ending dia apa.


Last sekali ialah blog My Name is Shark: cerita dalam blog ni masih belum habis lagi iaitu cerita Remaja & Asrama.Korang kena baca cerita Asrama dulu and then continue pula dengan cerita Remaja sebab cerita Remaja ialah sambungan untuk cerita Asrama...Banyak benda yang korang tak expect ada dalam cerita ni.Blog ni adalah blog pertama yang aku jumpa cerita mengenai golongan PLU ni...so enjoy your reading  


p/s:kalau korang ada jumpa mana blog yang best dan nampak menarik,jangan lupa bagi tahu aku tau...sharing is caring..


 

Tiada ulasan: