Jumaat, 26 Disember 2014

Jenis2 Lelaki yang aku suka tengok

Ok,kalau sebelum ni aku ada tulis dekat blog ni pasal perempuan,so kali ni aku nak tulis pasal lelaki yang boleh buat aku cair dan terpegun tengok dorang...korang nak panggil aku biseks or gay aku tak kisah...Aku just tulis apa yang rasa nak tulis dalam blog ni...


  1. Lelaki yang masuk syarahan or debate..bagi aku dorang ni nampak berkaliber...haha..setiap kali team debate sekolah aku practice, aku mesti tengok sebab aku nak tengok ketua debate dorang..haha..
  2. next is pemain hoki...jangan tanya kenapa bukan pemain bola sepak,sebab aku tak minat bola sepak..bagi aku pemain hoki ni dia nampak lagi tough sebab dia guna tangan dia untuk pukul bola and kaki dia untuk lari tak macam pemain bola...Ini just pendapat aku,so jangan terasa lak...
    gambar hiasan
  3. Lelaki yang muka jambu...haha...Kalau muka aku,tak tahulah nak dikategorikan jambu ke tak,tapi yang penting aku suka tengok lelaki yang muka jambu2 ni especially chinese...
  4. Lelaki yang pakai cermin mata...aku pon pakai spec so aku suka gak tengok lelaki yang pakai spec ni sebab dorang nampak berkepimpinan dan pandai..haha
  5. Lelaki yang ada lesung pipit macam Afgan...haha yang ni memang sangat rare..nak jumpa perempuan yang ada lesung pipit pon susah apatah lagi lelaki...
  6. Lelaki yang simple tapi nampak kemas...yang ni aku tak nak cakap banyak
  7. Lelaki yang tough dan ada six pack...yang ni memang aku usha giler...

  8. Lelaki yang masuk nasyid...sebab ni lah aku selalu tengok nasyid dekat sekolah2 lain dengan harapan ada lelaki yang hensem dan suara sedap...haha keji sungguh...
Kalau korang ada rasa apa2 nak tambah boleh komen...

Artis Lelaki Yang Aku Suka Tengok

Entah kenapa aku tak berapa minat dengan artis perempuan kecuali Anzalna Nasir dan Nelydia Senrose...Ok,sekarang aku nak listkan beberapa artis lelaki yang aku minat tapi ada gak yang bukan artis tapi aku tetap nal letak...haha



  1. Aiman Hakim Ridza


2.Ariz (Forteen)



3.Pencetus Ummah Rahmat (dia ni bukan artis tapi pendakwah).Aku minat dia bukan sebab dia ni pendakwah ke apa tapi sebab dia ni comel..haha...Umur dia pon baru awal 20-an
sorry laa gambar kecik sikit

4.Afgan...tengok laa dalam giler lesung pipit dia



5.Akim Ahmad..Ramai cakap dia ni tak adalah hensem mana tapi aku tetap minat gak especially lagu dia yang Mewangi tu...



6.Azhar (Azhael)...sapa yang tak tengok AF atau AIM 21 mugkin tak kenal siapa dia ni..Dia ada berlakon dengan Erin Malek dalam cerita Cinta Gerai(kalau tak silaplah) dekat Astro Prima..Aku tengok cerita tu pon sebab ada dia ni...





grup duo Azhael


7.Aeril Zafrel...Aku paling suka dia dalam cerita HACKS sebab dia berlakon jadi gay dalam tu..




8.Fatah Amin..aku start minat dia sejak tengok dia berlakon dalam Cinta Ibadah dekat Astro...


ni masa dia berlakon dalam cerita PISA (Playboy Itu Suami Aku) dekat TV3suku....




9.Alif dan Sharif (Sleeq)



10.Lastly ialah D.O (Exo)..dia ni penyanyi dari Korea Selatan...dia tak buat sebarang plastic surgery.Aku tak minat pon K-pop tapi entah kenapa aku suka tengok muka dia ni




Ok tu je sebab aku ni jarang layan drama Melayu and aku jarang tengok TV sebab aku duduk asrama..kalau rasa nak tamabh boleh komen...Jangan tanya kenapa Aaron Aziz dengan Zul Arifin tak ada...sebab aku tak minat dorang



Khamis, 25 Disember 2014

Perempuan yang HOT bagi Aku

Ok,kalau tengok title dekat atas tu korang mesti dapat agak aku nak tulis pasal apa...Setiap manusia ada taste masing2,so aku akan tulis beberapa jenis perempuan yang kena dengan taste aku...



  1. Perempuan yang pandai lukis anime or kartun...Bagi aku perempuan macam ni sangat comel and unik...Aku lagi suka kalau perempuan tu minat anime daripada pergi minat artis2 K-Pop yang muka semua lebih kurang sama je bagi aku...
  2. Perempuan yang aktif sports...Bagi aku dorang ni nampak sangat cool...tak adalah macam certain perempuan yang asyik betulkan make up,betulkan tudung segala bagai tu yang malas nak berpeluh walapun sikit...
  3. Perempuan yang pendiam...Bagi certain orang perempuan macam ni bosan tapi bagi aku perempuan macam ni lah yang buat aku eager nak kenal dan rapat dengan dia...aku tak suka perempuan yang banyak cakap and then ketawa macam pontianak...euww tak selera aku tengok..kalau perempuan pendiam ni dia nampak mysterios (betul ke aku eja ni)
    gambar hiasan
  4. Lagi apa ek...hah,perempuan yang lagi pandai dari aku...haha..ada certain lelaki rasa ego dorang macam tercalar kalau awek or wife dorang lebih dari dorang means macam lebih pandai,gaji lagi tinggi etc...tapi aku suka permpuan yang lebih pandai dari aku sebab aku tahu IQ anak dipengaruhi oleh IQ ibu...so sape nak cari awek or wife cari laa perempuan yang pandai sikit...
  5. Aku suka juga dengan perempuan yang indipendent...tak adalah sikit2 nak merungut,mengadu itu ini dan tak terlalu mengharapkan orang lain...senang cerita kalau campak dia dekat hutan pon dia still boleh hidup...
  6. Perempuan yang pandai masak...haha,ini memang bonus kalau dapat perempuan yang pandai masak sebab aku ni memang kuat makan...aku lagi suka kalau dia pandai baking gak..crush aku pernah bagi kek coklat yang dia buat,sebab tu lah aku suka perempuan macam ni..
  7. Perempuan tomboy..haha ni memang paling tak logik tapi aku pernah terfikir macam mana kalau aku couple dengan tomboy ek..adakah aku akan rasa macam couple dengan lelaki dan perempuan at the same time...haha...apa2 pon ini just apa yang aku rasa..
    dalam gambar ni perempuan ok...
  8. Ok,lastly aku suka perempuan yang pandai kawad especially yang jadi komander...yelah dalam kelas dia cakap biasa je dengan kau,tapi bila kawad suara dia boleh buat kau ketar lutut..
    ni bukan crush aku ya...

    perempuan ni komander tapi dia pon bukan crush aku haha...

    gambar ni aku saja je letak..tak ada kena mengena pon


Aku just tulis pendapat aku je..Jangan tanya aku kenapa aku tak suka perempuan seksi...seksa woo mata aku tengok perempuan yang pakai baju saiz adik2 ni..Aku lagi suka tengok muka orang daripada badan dorang...ok tu je...

Rabu, 24 Disember 2014

Untitled

Aku tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali ni...so untitled is the best choice maybe...Aku memang tengah bersemangat nak mengupdate blog ni selagi ada masa terluang sebab bila aku dah start naik sekolah 4 hari bulan nanti,memang akan bersawanglah jawabnya blog aku ni.Plus result dengan exam aku yang tak berapa nak membanggakan,memang banyaklah kerja aku kena buat nanti...aku tak tahu nak pilih elektif apa tahun depan....Ini lagi satu masalah..Mak aku tanya aku nak ambil berapa subjek tahun depan dengan result aku ni..Kalau ikutkan hati aku malas nak fikir tapi kena fikir juga...Kalau diikutkan jumlah subjek yang paling sikit aku kena ambil ialah 9.Gosh...Ini yang aku malas ni..Dengan bahasa tambahan yang aku terpaksa ambil sejak form 1 lagi...Dush,stresss.....

Aku ada ambil B.Jepun sebagai mata pelajaran tambahan masa form 1 tapi aku tak tahu nak continue ke tak.Kawan aku memang ramai nak drop sebab dia orang kata tak minat.Aku suka subjek ni cuma aku pemalas sikit bab2 nak menghafal ni...Plus kalau korang nak tahu sekolah aku ni jenis aliran sains tulen/ teknologi,so korang boleh bayangkanlah macam mana subjek2nya...Aku saja je merungut dekat sini...Ok sekarang pasal bab subjek elektif,aku rasa nak ambil prinsip perakaunan.Kalau subjek ni aku memang kena berebut sikitlah bcs subjek ni terhad sikit,sebab subjek ni untuk budak kelas first dengan second(konon2 untuk budak2 yang score giler2 time exam)...Aku tak tahu aku dapat ke tak subjek ni...Kalau tak dapat rasanya aku akan mohon sains sukan....Subjek ICT dengan LK(Lukisan Kejuruteraan) memang aku dah rijek awal2...Atau mungkin aku dengan redanya akan masuk kelas yang paling last dan tak dapat ambil apa2 subjek elektif macam yang aku tulis dekat atas tadi...huhu,sedih doh...

Btw,aku still bersyukur aku tak kene tendang dari sekolah tu sebab result exam aku..haha..kalau tak buat malu je kene pindah sekolah biasa..Sorry lah kalau ayat macam budak2 sikit(sebab aku memang budak2 baru nak up,so faham2lah ye)...So that's all for this time,maybe next enty I'll tell about  how was it feel to the batch that called 'perintis' PT3...

Selasa, 23 Disember 2014

JENIS2 CINTA

Aku saja  je tulis entri macam ni.Masa tengah menaip entri ni tiba2 terasa macam str8 pula...haha...Apasal boleh rasa macam tu...Aku tergerak nak tulis pasal jenis2cinta ni lepas aku 'ter'crush dekat pemain no.7 Thailand...haha,syial dia dah ada awek walaupun tak secantik mana pon awek dia tu(aik...macam patah hati je).Dah la tu membebel,korang baca je la apa yang aku tulis ok...enjoy your reading

Ø  Agape Love(pengorbanan diri)
Menurut Wikipedia,agape berasal dari perkataan Greek yang bermaksud cinta.Ada pendapat yang mengatakan agape love adalah cinta yang mengorbankan diri ”self-sacrifice-love”.Dalam erti kata lain,orang yang bercinta jenis ini sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.
Ok,bagi mengurangkan serabut otak,cuba bayangkan….
Seorang perempuan amat meminati si lelaki.Sanggup buat apa sahaja demi si lelaki.Beli baju,bayar duit kereta,beli iPhone 6….cakap apa sahaja.Semuanya dibelikan tanpa was-was.Si pasangan itu dengan hanya bermodalkan sengihan seperti kerang busuk berkata,”Syg…sayanglah orang paling abang sayang…boleh pinjamkan RM50 000…nak buat modal business.Pelaburan untuk kita selepas kahwin nanti”.Terus dengan pantas,dengan langkah kaki yang laju walaupun sempat tergolek sebab kasut tumit patah,si perempuan ini terus ke bank.
Orang akan mudah mengesan cinta jenis ini kerana mereka jenis bercinta gila-gila sehingga ke tahap “you jump,I jump” atau “my money,your money”.Dia sanggup berhabis BERPULUH RIBU RINGGIT dan berkepuk-kepuk duit di bank untuk si kekasih hati wannabee.Bukannya seringgit atau 50 sen dan bukan juga dalam mata wang Rupiah.

Ø  Eros(cinta nafsu)
Tahukah anda cinta pandang pertama?? Ala…yang seperti dalam drama Korea  atau tengok Aaron Aziz pertama kali dalam Nora Elena.Sekali pandang terus terasa…melayang-layang badan..Jiwa pon seperti berbunga2.Bunga-bunga kantan..Sedap dibuat laksa.Ataupun semasa berbaris di KFC ada lelaki kacak di sebelah,muka saling tak tumpah seperti Doo Joon(BEAST),siap dengan rambut balung ayam dan cacak2.Dia tersenyum kepada anda,siap memberi laluan semasa anda ingin mengambil sos lebih.SAH.Anda pasti jatuh cinta dengannya.CINTA PANDANG PERTAMA.Selepas itu,seperti magician David Cooperfield,anda mendapat nombor telefonnya.SERONOK!!
Tetapi,apabila anda bangun pada keesokan hari,anda sudah tidak berasa apa-apa.Bukannya hilang ingatan tetapi perasaan cinta itu sudah tiada hanya tinggal memori.Itulah yang dinamakan CINTA NAFSU…Cinta sebegini biasanya akan gagal tetapi ada juga yang berjaya berkahwin berdasarkan cinta pandang pertama tetapi kemungkinannya sangat tipis iaitu sebanyak 0.0001% saja.Mengapa?? kerana anda hanya menyukai luarannya saja.Bagaimana dengan bab moral dan dalaman?? Sikap dan akhlaknya??Setiap manusia sikapnya berbeza,ada baik dan banyak buruknya.Apabila anda sudah tahu akan sikap buruknya,adakah anda akan dapat menerimanya..
Kau kata hai-hai,kukatakan bye bye jawabnya…


aku memang minat dengan Fatah Amin ni...
Ø  Ludus(the player)
Aku ada seorang kawan yang agak rapat jugalah yang boleh digelar sebagai Mat Romeo atau Playboy.Kekasih keliling pinggang tidak usah cakaplah…Inilah yang dikatakan sebagai cinta yang bersifat “Ludus”
“Ludus is a playful and flirtatious love.People who enjoy the chase phase of relationship may experience this type of love.They enjoy chasing,playing the game and the conquest of a new person.However,once they catch this person,the relationship often over.”
Mereka yang mempunyai cinta Ludus ini mudah jatuh cinta.Pantang nampak gadis comel,berdahi licin kalis rintangan angin,mulalah gerakan reformasi perkenalan. “Saya ada terlalu banyak cinta jadi perlu mencari ramai orang untuk dikongsi bersama rasa cinta ini.” Ermm,yalah tu.Mereka ini suka dengan permainan “catch me if you can” yang bermaksud mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memikat orang yang disukai.Ayat demi ayat digunakan,apabila sudah dapat dia akan tinggalkan orang itu.Maksudnya dia hanya suka semasa fasa bermain cinta,apabila sudah bosan dia akan cari baru.
Mereka ini juga sukakan cabaran dalam memikat lelaki atau perempuan.Tetapi mereka ini juga akan meninggalkan sikap mereka ini apabila sampai ke satu tahap.Tahap yang lebih matang.Mungkin mereka akan jadi seorang yang setia apabila sampai ke tahap itu.


Ø  Mania(sangat obses)
Cinta jenis ni biasanya sangat obses sampaikan apa yang pasangan dia buat,makan,pakai,semua dia tahu.Password FB,IG dan Twitter pon confirm dia tahu.
Segala jenis benda berkaitan dengan pasangannya dia tahu.Setiap malam,sebelum tidur perlu mesej,nyanyi lagu Faizal Tahir Selamat Malam Sayang,kalau tidak akan merajuk dan pasangan WAJIB pujuk.
Kebanyakkan yang bercinta jenis ini of courselah perempuan tapi jangan ingat lelaki tiada.Percintaan jenis ini biasanya hanya seronok pada permulaannya.Ini kerana bagi yang bercinta jenis ini meraka amat mementingkan kesempurnaan.Jadi apabila mereka berjumpa dengan orang yang dirasakan lebih sempurna daripada pasangan mereka dengan sepantas kelajuan cahaya cinta mereka akan berubah.


Ø  Pragma(steady)
Ini percintaan bagi orang2 yang sudah tua atau bahasa sopannnya orang yang sudah matang.Mereka tidak bercinta secara melampau tetapi lebih kepada realistik.Percintaan seperti ini lebih didasarkan kepada tanggungjawab.
Dalam konsep percintaan pragma ini pasangan lebih kepada seperti kawan.Boleh lepak2,makan2 atau menonton wayang bersama2.Percintaan jenis ini lebih mementingkan keselesaan antara satu sama lain.Biasanya percintaan jenis ini diamalkan oleh pasangan yang sudah berkahwin.Mereka lebih mementingkan tanggungjawab,anak2,bil elektrik,sewa rumah dan sebagainya.Jarang topik berbulan madu dibangkitkan.

Ø  Storage (persahabatan)


Cuba bayangkan sekiranya korang bercinta dengan kawan baik sendiri.Itulah yang dinamakan cinta storage.Percintaan ini adalah antara yang paling berjaya dan kekal lama kerana pasangan telah mengetahui luaran dan dalaman kita begitu juga sebaliknya.Kita selesa dengan dia dan begitu juga dia.Pasangan menerima kita seadanya dan begitu juga kita.

Ciri2 percintaan jenis ini ialah individu langsung tidak memandang rupa fizikal,lebih rasional dan mengutamakan kebahagiaan bersama.Ok,aku pernah nampak percintaan jenis ini iaitu sepupu aku sendiri.Dia hensem dan dah ada awek.Kalau korang tengok awek dia mesti korang tak percaya sebab awek dia tu tomboy..haha..Tapi best la tengok cara mereka bercinta..smooth and steady je…Bila aku tanya dia kenapa tak cari awek yang feminine sikit,dia cakap dia selesa dengan GF dia sekarang sebab mereka dah kenal dari kecik….

ok that's all for this time...bila tulis2 pasal cinta ni terfikir juga bilalah aku akan jumpa Mr Right aku...