Isnin, 22 Disember 2014

Wanita Yang Perlu Kita Hindari

Apa yang aku tulis ini hanyalah pandangan aku sebagai seorang manusia semata2.Semua gambar yang dilampirkan hanyalah hiasan semata2...Aku tulis entri pasal perempuan bukannya sebab aku aku gender racist ke apa tapi just saja2...Jangan tanya aku dah ada awk ke belum,memang aku tak akan jawab,,,,


Dalam memilih teman hidup,wanita dikatakan mempunyai cita rasa yang agak tinggi.Lelaki yang gagah,tinggi,maskulin dan kaya sebagai pilihan kerana bagi wanita,ciri-ciri lelaki seperti adakah sebagai pelindung mereka.Namun begitu,lelaki juga harus memilih dan mempunyai cita rasa tersendiri.
Dalam memilih pasangan, lelaki mesti menyelidik dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.Awasssss!!!! 10 ciri wanita yang harus anda hindari:
  1. 1.     WANITA FEMINIS: wanita yang tersenarai dalam golongan ini beranggapan bahawa segala penyakit dalam masyarakat berpunca daripada lelaki.Mereka mendabik dada kononnya wanita adalah golongan yang paling mulia.Wanita yang mempunyai naluri seperti ini biasanya memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki.Wanita jenis ini benci lelaki!!
  2. 2.    WANITA KAKI KIKIS(pisau cukur): wanita ini hanya mahikan anda semudah mereka mendapatka ABC.Anda memerlukan wang yang banyak sekiranya ingin menjadi teman mereka.Mereka mengharapkan sahabat lelaki yang membelanja mereka sentiasa.Mereka seolah2 tiada rasa bersalah mengikis harta lelaki.
  3.  
  4. 3.    WANITA YANG KUAT BERANGAN: wanita seperti ini hidup daalam dunia yang penuh dengan fantasi dan angan2 seperti dalam layar perak.Mereka selalu mengharapkan hidup seperti cerita dongeng.Setiap malam mereka menghabiskan masa dengan membaca novel atau menonton filem.Mereka seronok berkhayal tentang perkara yang indah2.Kadangkala imaginasi mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata.Mereka ingin dilayan seperti seorang puteri raja dan dibelai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa.
  5. 4.    WANITA BERILUSI: wanita ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi daripada sudut yang lebih gelap.Mereka seperti mayat hidup,iaitu yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melakukan sesuatu untuk membalas dendam.Hatinya tidak pernah tenteram.Wanita sebegini suka membuat pakatan merosakkan sesuatu hubungan.Perhubungan anda dan wanita ini akan menjadi tragedi kerana pada mulanya dia menunjukkan minat yang sangat membara tetapi dalam masa yang singkat,dia boleh lenyap begitu sahaja.Tentunya dia akan ketawa berguling-guling apabila dia tahu perasaan anda terluka!!
  6. 5.    WANITA PERASAN BAGUS: Lebih kurang sama dengan wanita feminis yang tidak sukakan golongan lelaki.Mereka mengutuk golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara.Bagi mereka tiada satu pun yang baik mengenai lelaki.Teruk,kejam,tidak berhati perut dan perosak makhluk,itulah andaian mereka terhadap lelaki.Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seprerti letusan gunung berapi.
  7.  
  8. 6.    WANITA TERDESAK: matlamat golongan ini hanya satu,iaitu berkahwin dan menginginkan suami yang tampan.Dia tidak kisah jenis lelaki dan jenis pekerjaannya,asal apa yang mereka inginkan dapat dipenuhi segera.
  9.  
  10. 7.    WAANITA TAMAK HALOBA: wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat.Pada mulanya dia mengikut semua kehendak lelaki.Namun begitu,apabila hubungan sudah akrab barulah taringnya muncul.Dia menjadi begitu tamak haloba dan cuba membolot harta anda dengan cara apa sekalipun.
  11. 8.    WANITA PENGGODA: biasanya anda dapat mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat anda dengan cara apa sekalipun termasuk dengan cara menggedik-gedik atau mengada-ngada.Biasanya sasaran mereka adalah warga emas,lelaki gatal dan adakalanya mereka menggunakan keseksian bagi memancing lelaki seolah-olah lebah menghurung madu.
  12. 9.    WANITA QC(Queen Control): wanita jenis inni akan menjajah setiap inci kehidupan anda.Dia akan menentukan pakaian apa yang anda pakai,makan,tempat mana yang perlu anda pergi,malah segala-galanya.Apabila anda cuba mempertahankan hak anda,dia mula menangis,meraung,mencebik ataupun menggunakan segala taktik wanita sehingga anda terpaksa mengalah dan menurut kehendaknya.

Jadi kenalah berhati-hati……

Bagaimanapun yang paling penting sekali adalah kita mesti menghindari WANITA PLASTIK!! WANITA PALSU….Mereka ini adalah wanita yang tidak tahu bersyukur dan tidak pernah sedar diri.Wallahua’lam…..

Tiada ulasan: