Sabtu, 21 Mac 2015

Macam mana boleh kantoi??!!

Ok,aku dah janji dalam entri lepas aku akan cerita macam mana kawan perempuan aku,H boleh dapat tahu yang sebenarnya aku minat lelaki....kalau tak tahu siapa H sila baca entri yang lepas....
nilah dia H kalau korang lupa(lebih kurang macam ni tapi H pakai tudung)

Sebenarnya H adalah satu-satunya kawan perempuan yang aku rapat giler2 and still in contact sampai sekarang...Orang pernah ingat dia ni GF aku tapi tak pon....Kita orang lebih selesa berkawan...Family dia and family aku pon agak rapat sebab mak dia dan mak aku adalah bussiness partner....ok dah cukuplah tu sebagai mukadimah....

Macam mana boleh kantoi??/ Ehmmm.....panjang ceritanya hehe...ok aku cerita...sebenarnya aku rasa dia ni dah lama tahu pasal benda n cuma dia tak tanya direct....Pada suatuhari dia datang rumah aku sebab nak minta tolong aku tengokkan virus dalam LP dia dan bila semuanya dah selesai aku cakap dengan dia macam ni....

aku: wei H boleh tak aku copy cerita dalam desktop kau???Macam best je ...
H   : Boleh je...wei boleh tak aku pergi dapur kau nak ambil air jap,hauslah.
aku: ok
siapa yang minat drama atau artis korea biasanya dorang akan kenal sape mamat ni

Aku cepat2 copy cerita tu sebelum H datang balik....Kalau korang nak tahu cerita yang aku copy ni adalah yaoi anime.....sape yang tak tahu yaoi tu apa....yaoi tu adalah frasa yang digunakan oleh orang jepun untuk merujuk kepada hubungan lelaki dengan lelaki,senang cerita anime yaoi tu adalah anime gay....kalau untuk lesbian pula di panggil yuri....Mesti korang pelikkan kenapa perempuan macam H boleh ada anime macam tu....baiklah aku sambung cerita
ini adalah antara anime tu...anime ni nama dia junjou romantica

anime ni plak tajuk dia sekai ichi hatsukoi

Namun aku tidak bernasib baik kerana tiba-tiba LP tu hang tak tentu pasal dan proses mengcopy aku tu pun turut tersangkut separuh jalan....dan H pon entah bila dah duduk depan aku sambil cakap...

H  :kau copy cerita apa sebenarnya?
aku: Asal kau nak tahu?
H  :Kenapa kau tak jawab?
Aku dah bengang bila dia macam sengaja nak mainkan aku,so lastly aku mengaku yang aku nak copy cerita yaoi tu dari dia
gambar ni takde kena mengena...aku saja je letak

H  :apasal tak cakap kau nak cerita tu....Dalam hard disk dekat rumah aku ada banyak weh....
Aku: yeke..tapi apasal kau boleh minat anime macam ni ek??
H   :Biasalah wei,pengaruh kawan
aku:jadi kau nak cakap yang kau minat anime ni sebab kau lesbian ke??/ (yelah dia nikan sekolah perempuan,so tak mustahil kalau dia lesbian)
H  :eh mana ada,aku normallah...aku tengok anime jenis ni sebab anime yaoi ni watak dia hensem2...
aku:la sebab tu je ke....
H  :habis kau tu,sibuk sangat kenapa? kau gay eh?
Aku:apa kau mengarut ni?? haha tak lawaklah wei....(aku ketawa konon nak tunjuk yang aku tak terkejut dia tanya direct macam tu tapi serious weh jantung aku macam dah terhenti masa dia tanya tu...control jangan sampai kantoi)
H  :tak payah tipulah...aku dah tahu...relaks ah kitakan kawan....
aku:macam mana kau tahu?? kau tak marah ke?? kau still nak kawan dengan aku ke???(hah kau ambik,berdas-das soalan aku)
H  :aku selalu perasan kau suka  abang aku sampai tak berkelip mata lepas tu dok blushing sorang2...aku ni perempuan jadi aku tahulah maksud pandangan kau tu...buat apa aku nak marah kau,bukannya kau bunuh orang pon....mestilah kita still kawan...relaks ah...

Adoi kantoi sudah...tapi yang penting aku memang sayang giler dekat kau H (sebagai kawan yang paling memahami aku) sejak dari hari tu sebab aku ta sangka kau sporting giler beb...Tapi dia siap bagi amaran jangan sesekali try nak bengkok2kan abang dia kalau tak nahas....Takpelah beb kalau kau tak restu,kumbang bukan seekor ye tak...
Ini adalah A..kalau tak tau A tu siapa,sila baca entri lepas....sorry terpaksa crop

sejak dari hari tu aku selalu share story,feeling aku dekat dia sebab bagi aku dia adalah pendengar yang terbaik pernah aku jumpa setakat ni.....kata2 semangat yang dia bagi....haih kalau aku straight comfirm aku dah jatuh cinta dekat kau H....
yang ini adalah H....sorry terpaksa crop jugak

Pernah aku tunjukkan gambar sorang mamat ni yang aku add dekat fb...aku cakap dekat H yang mamat ni hensem giler tapi dia tengok kejap je pastu cakap...

H  :biasa je

Apakah....ehm  yalah taste tinggi...H ni suka lelaki yang nampak innocent,naive dan kalau boleh dia suka yang pakai cermin mata....aku dah tergelak bila cuba bayangkan ciri2 lelaki idaman dia tu sebab aku terbayang mamat tu macam gambar dekat bawah ni....
tapi aku tak rasa ada mamat skema macam ni sekarang

Mengekalkan PERSAHABATAN Jarak Jauh

Biasanya orang akan cakap pasal cara mengekalkan perhubungan cinta jarak jauh tapi aku nak cerita tentang dua orang kawan aku ni yang memang dah kawan baik since darjah satu sampailah sekarang dorang dah form 4.Dua-dua kawan aku yang aku nak cerita ni adalh perempuan ok.Ada yang kata permpuan ni selalunya lebih pentingkan pasangan mereka daripada sahabat mereka tak macam lelaki yang lebih mementangkan member daripada awek sebab ikatan brotherhood mereka.

Ok,dua orang kawan aku ni aku bagi nama A dan H jelah.Jika dilihat dari segi luaran keduanya memang mempunyai kelebihan tersendiri dan kekurangan tersendiri.Mereka nilah kawan perempuan yang aku rapat dan still in contact sampai sekarang walaupun jarang jumpa.Kalau diikutkan mereka ini agak jauh berbeza dari segi perwatakan,minat,kelebihan dan cara berfikir.Memang berbeza sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya apa yang buatkan dorang boleh jadi kawan baik.

First aku explain pasal si H ni dulu.Dia ni cantik dan memang merupakan top student semasa kita orang satu sekolah dulu.Lepas dapat result yang cemerlang dalam UPSR dia masuk ke sebuah sekolah berasrama dan juga menjadi antara best student di sana serta mendapat result PT3 yang agak gampak bagi aku.Dia ni sekolah girl school,so dia ni still single sampai sekarang walaupun ada je yang try ngurat dia.Seorang ulat buku tapi kalau korang rapat dengan dia korang akan rasa yang dia ni sangat best sebab ada je cerita yang korang boleh borak dengan dia ni.Dia ni kalau pergi hang out dia akan pakai baju biasa2 je tapi yang aku perasan still gak ada lelaki yang akan dok usha dia.Dia ni jenis yang open minded dan dia satu-satunya perempuan yang tahu aku minat lelaki......haha....Aku kantoi dengan dia dua tahun lepas.Lain kali aku cerita macam mana boleh kantoi...
korang boleh bayangkan yang si H tu lebih kurang macam ni tapi versi bertudung

Then,pasal si A ni plak.Dia ni pon bagi aku boleh tahan cantik.Budak hot dekat sekolah dia.Disebabkan keputusan UPSR dia tak begitu cemerlang,dia hanya bersekolah di sekolah menengah biasa di dalam kelas biasa(bukan RK).Walaupun dia ni tak begitu excell dalam akademik tapi dia berbakat dalam menyanyi.Dia pernah bercouple beberapa kali dan akhirnya semuanya putus begitu sahaja.Biasanya,dia ni bagi aku selalu overdressing sampai kadang2 aku dan H naik rimas tengok dia .H selalu nasihatkan dia tentang banyak perkara dan dia akan ikut kata2 H walaupun tak semua.Dulu dia ni freehair dan atas nasihat H dia dah bertudung sekarang dan baju yang dia pakai pon dah tak ketat lagi.
kalau korang try nak membayangkan si A,lebih kurang macam nilah tapi versi hijabster laa..

Ok,itu serba ringkas pasal dorang.Sekarang ni H sekolah di asrama dan jarang balik dan kadang2 sampai 2 bulan dia langsung takbalik sebab dia stay rumah kawan dia untuk study group.So,masa dorang berdua ni untuk berhubung dan bertanya khabar amatlah limited sebab H tak bawak phone ke asrama.Kalau dorang hang pon biasanya time cuti penggal atau hari raya.H ni bagi aku memang kawan yang baik sama ada untuk aku ataupun A.Dia selalu ingatkan supaya jangan langgar batas agama dan dia selalu nasihat A untuk belajar betul2 dan jangan asyik nak usha jantan je.....hehe

Antara cara yang dorang buat untuk mengekalkan persahabatan dorang ialah:


  1. mesej,wechat,wassup setiap kali si H ni balik rumah....biasanya dorang mesej waktu malam sebab waktu siang si H ni kan off phone sebab dia nak buat revision(dia ni memang tak pernah bosan belajar.....memang tabik springlah)
  2. hang out kalau ada masa
  3. Dorang selalu berjanji takkan pernah bersangka buruk dan takkan menipu satu sama lain
  4. Share segala story dan secret
  5. Saling nasihat mensihati(biasanya H yang akan nasihatkan si A ni agar jangan ambaikan study,jangan mudah percaya lelaki,jaga aurat,etc) nampak sangat si H ni caring giler pasal A
  6. Selalu belikan hadiah untuk satu sama lain
  7. Sentiasa cuba memahami antara satu sama lain
  8. Menyokong satu sama lain cth:A minat menyanyi dan H menyokong minat dia sampai sanggup jadi camera girl dia masa si A ni nak upload video nyayian dia dekat youtube
  9. Try merapatkan hubungan dengan ahli keluarga kedua belah pihak
  10. Tidak terlalu mengongkong
Walaupun ada certain tu yang macam hubungan orang bercinta tetapi bagi aku tak salah kalau diaplikasikan untuk hubungan persahabatan.Sekarang ni susah nak jumpa orang yang sibuk nak mempertahankan persahabatan.Ok lah,macam banyak sangat je aku merapu dalam entri ni.....



Jumaat, 6 Mac 2015

My life as a form 4 science student

Sepatutnya dalam entri yang lepas aku cerita pasal study aku sekarang ni tapi dah melalut sampai  ke laut merah....
aku budak aliran sains...gambar ni takde kena mengena dengan apa2 pon...so abaikan

ok,bagi aku berada dalam form 4 ni takdelah heaven mana macam yang aku nampak senior2 aku dulu..kena struggle untuk SPM start dari sekarang sebab each year SPM becoming more tough...with KBATS,HOTS questions,amali,presentations,orals,assigments ang etc...kalau ada sesiapa yang dah habis sekoalha menengah tu tak percaya dan tak tahu pasal istilah2 yang aku gunakan tu sila tanya adik2 anda atau tanya Mr.Google.....setiap benda2 ni ada menyumbangkan markah dalam paper SPM...dan kau kena start buat benda ni masa form 4...MAMPOSSSS....


nasib baik laa aku dapat subjek elektif yang aku suka....sekarang aku tengah prepare untuk next coming exam that is just around the corner from this sec...dengan cikgu yang asyik absent,cikgu yang mengajar laju although we've said that we don't understand and just continue teaching like we never said anything...ok this terrible...but there also a few teachers that are actually quite good when teaching...but the others ke laut....aku bukan nak kutuk cikgu ke apa tetapi sekarang ni bagi aku sistem pendidikan negara kita tengah kucar kacir...yes I admit that most of the teachers nowadays are really stress dengan sistem yang ada sekarang ni tapi kenalah faham walaupon kami ni klusters school students tak sememstinya kami ni genius atau already know the subject that they teach...kami ni manusia biasa....walaupon aku tahu cikgu2 yang aku maksudkan tak baca blog aku ni,tapi aku tetap nak tulis kat sini....kalau subjek yang cikgu2 ni ajar just subjek biasa macam sivik/PJK aku tak kesah sangat tapi kalau yang diaorang ajar tu fizik,B.Malaysia/subjek2 teras lain macam mana..tak ke lingkup....

Jadi solutionnnya aku dengan abang aku terpaksa buat revision or the simplest way is studying by ourselves....aku berharap sangat cikgu yang aku maksudkan dekat atas tu tukar cara dia mengajar...aku ada gak pergi tuition classes dan yang aku agak suak dengan cikgu2 tuition ni ialah dorang mengajar kita dengan sangat jelas dan bagi banyak handout and exercises untuk kita fahamkan lagi apa yang diajar...kiranya berbaloilah jugak kalau bayar mahal2....sekarang ni tuition untuk satu subjek upper form purata harganya ialah RM 70 -RM100...aku tak tahulaj dekat tempat lain macam mana....abang aku yang sulong lebih suka upah private tutor tapi aku dengan abang aku yang second lebih suka pergi tuition class...mungkin sebab bagi kita orang tuition class biasa pon dah mencukupi daripada private tutor yang harganya untuk satu subjek ialah RM400++SEBULAN...

Aku tahu guru adalah kerja yang mulia...dan memang respect giler dengan para guru ni.....ini hanyalah pendapat mengenai beberapa oarang guru di sekolah aku...but about another school aku malas nak ambil port sangat...

Apa yang aku rasa???

Pergh!! dah lama giler aku tak tulis apa2 dalam ni....selalu gak on tapi takde idea nak tulis apa...sekrang aku tengah cuti dekat rumah sebab demam...sepatutnya aku balik rumah next week tapi sebab dah sakit dapatlah MC...

Sekarang aku nak cerita pasal persekolahan aku sekarang ni....yelah dalam entri lepas aku meroyan macam apa je sebab result aku teruk,so sekarang aku nak cerita life aku as a form 4 student...untuk pengetahuan,korang aku sekolah dekat sebuah sekaolah kluster di Johor....tak boleh cakap daerah mana..sekolah aku ni boys school,so sekolah ni tak ada student pompuan...dapat bayangkan...

Aku satu sekolah dengan abang aku yang second...nak tahu baca 20 facts about me yang aku pernah tulis sebelum ni....ok dah cukuplah tu intro kali ni...last week,bebudak hostel aku ada buat talent time night...aku ada la termasuk sekali buat persembahan tapi group aku tak menang la....tapi yang aku nak cerita kat sini ialah pasal budak yang aku ter'crush' sejak tahun lepas...aku asyik perhatikan dia je malam tu..hensem giler dia malam tu dengan gaya rambut baru *dia baru potong rambut*..huhu...tapi dia ni sekarang tengah couple...aku tak tahulah dengan sapa sebab aku hanya dengar cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut...

sejak akhir2 ni jugak cuaca semakin panas...sampai satu hari tu aku perasan muka aku burn giler sebab baru habis latihan kawad...sekrang ni dalam pukul 11 pagi dah terasa bahang dia walaupun kau setakat duduk dalam kelas...tapi biasalah boy student,diaorang kesah apa...ada satu lagi yang terjadi iaitu junior form 1 dekat hostel aku ni sibuk tanya siapa nama aku...lepas tu dia orang tanya macam mana nak bezakan aku dengan abang aku tu...alahai soalan entah apa2...dah sah2 aku ni pakai cermin mata ,abang aku tak...tu pon susah ke...alamak macam dah panjang sangat je aku mengarut ni...aku tak tahu kenapa diaorang sibuk2 tanya padahal aku takde urusan apa2 pon dengan diaorang...
wo...awak makin hensem laa Mr. Crush..

aku tak tahulah sekarang sex orientation aku sebenarnya macam mana sebab kadang2 aku rasa aku minat dekat lelaki macam aku minat dekat budak yang cerita dekat atas,tapi kadang2 aku rasa aku minat pompuan lak...adoi....dan satu lagi ada sorang pakcik yang keje dekat dewan makan(DM) hostel aku ni rajin betul tegur aku...bagi aku makanan lebih...tanya mana aku tinggal and etc,padahal dengan bebudak lain aku tengok tak pulak....pastu dia selalu perhatikan aku masa aku tengah makan kat DM tu macam ada banyak lagi benda dia nak cakap dengan aku....tu apa yang salah sorang kawan aku perasan laaa...tapi aku malas nak fikir banyak sebab sekarang pakcik tu dah tak keje dekat situ lagi...atas sebab apa aku tak tahu...

tapi sekarang ada satu hal lagi...pasal sorang lagi pekerja dewan makan tu yang kita orang just panggil dia abg Mirul...berdasarkan rupa,aku rasa dia ni baru je habis form 6...dia tak seperamah pakcik tadi tapi kalau aku ambil makanan/ pergi letak pinggan dekat sink,dia mesti perhatikan aku dengan hujung mata means takdelah nampak obvious tapi aku still rasa diperhatikan espcially time aku sidai baju sebab ampai baju terletak dekat belakang DM tu....masa aku tengah prep pon dia selalu lepak dekat kerusi yang menghadap bilik study aku...disebabkan aku duduk tepi tingkap,so kau memang boleh nampak aku dngan sangat jelas...aku jenis kalau tengah study memang tak pandang kiri kanan,so benda2 ni kawan aku yang cakap...ada juga yang bagi tahu aku yang abg Mirul tu akan pegi dekat dekat ampai baju tu lepas aku siap sidai baju....dia akan tengok baju2 dan seluar aku....dan aku plak rasa macam??? =_=!!***



yang aku paling tak tahan bila dormmate ada tangkap junior dorm aku yang tengah sibuk secretly tangkap gambar aku guna handphone....wooo...tak sangka betul....mungkin disebabkan aku dah disactive fb aku so dia tak dapat nak stalk gambar2 aku kot...bila tanya kenapa dia buat macam tu...dia hanya diam membatu dan disebabkan aku kesiankan dia,aku kata takpe aku tak kesah asalkan dia tak guna gambar aku tu untuk tujuan tak baik sudahlah....ada gak yang cakap dengan aku budak tu sebenarnya diupah oleh abg Mirul tu untuk ambil gambar aku senyap2....untuk tujuan apa/sama ada betul atau tak aku tak dapat nak pastikan....cuma pada pandangan aku abg Mirul ni macam discreet dan pelik orangnya...salah satu gambar pasport aku yang aku letak dekat board AJK dorm aku pon dah hilang...sama ada orang rembat atau terjatuh dan hilang aku pon tak tahulah....
gambar hiasan


ok setakat tu jelah...panjang pulak aku mengarut...