Memaparkan catatan dengan label Aku rasa??. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku rasa??. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

pemandu kancil yang bangang

Aku paling benci pemandu KANCIL.. Diulangi...KANCIL.. (matila ramai yang owner kancil hentam aku lepas ni)

 Beberapa hari lepas aku ada terbaca kat satu blog orang lain (dirahsiakan) pasal kebengangannya terhadap owner kancil (some of them la, x semua) yang berlagak macam drive EVO la kan?

Aku gelak2 je baca entri blog tu. Sekali hari ini aku yang terkena. Kejadian ni petang tadi la.. Aku on the way nak ke HSNZ (Spital Beso), tengok sepupu aku baru lepas operation masuk besi.. Bukan itu ceritanya.. ceritanya begini, dah kawasan hospital memang la kena perlahan.. Time ni abang aku yang second yang drive so dia  bawaklah perlaha ,lagi pun ada kereta lain depan kita orang. so kira dia bawak kelajuan stended la kan? Nak dijadikan story telling ada kancil seko belakang kita orang. Duk cucuk2 buntut aku eh silap, cucuk kete mak aku la.. konon abang aku bawak slow.

 Padahal kawasan hospital kot so takkan tak tahu kena slow. Abang aku buat dek  malas nak layan... Sekali dia menunjukkan kebengangannya dengan memotong ikut kiri (ko ingat ko cantik sangat ke?) Pastu pandang aku wat muka tak cantik. bodo la punya orang... dia tekan2 minyak macam hospital besor tu bapak dia punya..Aku sabar je sebab mak aku kat belakang dan tiada kata2 carutan dilemparkan.. hehehe... Kalo mak aku xde, sah2 aku kejar.. So aku x salahkan kancil, tapi drivernya...

Family aku pun pernah bawak kancil, sedar diri ini siapa, kalo bertembung dengan lori, sah2 dah jadi rupa burger daging kancil je... So, owner2 kancil lain, no offense ye... Kes terpencil je.. kebetulan kena kat aku dan drivernya kancil.. Kalo Audi tak pun BMW ke, Merc ke, aku tak bengang kot... hahaha...

Toilet

Waktu Kejadian: 11.30 malam

Aku singgah kat satu petronas ni. Petronas tu baru buka kot sebab barang macam tak banyak, pastu bersih gilerrr ;) Biasala kalo singgah stesen minyak, mesti ada lawatan wajib ke toilet..hihi.. Bila aku lalu je nak ke toilet, akak pompuan ni suruh guna guna toilet OKU. Aku ok je sebab mungkin dia tengah bersihkan toilet biasa. Aku agak akak tu pekerja kat situ walaupun dia tak pakai pon uniform petronas yang hijau tu, tapi dia dok mundar mandir kat situ mcm baru check toilet pastu aku perasan dia dok depan borak2 nga pekerja lain.

Yang aku bengangnya, dekat 5 minit kot aku nak kunci pintu toilet tu tak dapat2. Aku cuba buka pintu dan kunci, boleh tapi bila tarik pintu rapat2, tak leh kunci plak. Lama kot aku dok try. Last2 ada sorang pekerja lelaki lalu depan aku terus aku tanya..


Kak, memang tak leh kunci ke pintu ni?

Aah, dik.. pintu ni tak leh kunci. Kalau kunci pon, orang boleh buka dari luar..


Macam #%$%$&$%! tak pompuan tadi. Apa hal ko suh aku guna toilet yang tak boleh kunci. At least, ko bagitau la awal2 boleh aku panggil abang aku jaga depan ke.. Aku tengok toilet lain semua dah bertutup rapat dan lampu dah tutup.. Maybe diorang dah bersihkan dan tak nak orang pakai ke... Memang aku menyumpah2 dalam hati.. sakit hati... 


Terus aku panggil abang aku jadi pak guard depan toilet tu..

KFC

Gi KFC (selepas bengang tak dapat parking depan kedai biasa) Ada bebudak pompuan queue depan aku (3 orang) Semua maybe student lagi tapi macam budak U pun ada gak.Aku just gelarkan dorang Budak GG( gedik giler) Yang bebudak ni time order ayam, setiap kali akak tu tanya dia, dia akan tanya kawan dia.

Akak KFC : Selamat datang.. Makan sini atau bawak balik?

Budak GG : (toleh kat kawan) makan sini ke bawak balik? - kawan dia jawab bungkus.

Akak KFC : Nak set atau ala carte?

Budak GG : (toleh lagi) set ke ala carte?

Akak KFC : Original ke Hot n SPicy?

Budak GG : (mari toleh menoleh) .....kesudahannya.. setiap kali tanya setiap kali itu la toleh kawan..

Menyampah giler aku. Dah tadi beratur panjang2 bukannya nak decide dari awal pun. Aku tengok line sebelah lebih laju dari lineaku.Time turn aku

 Akak KFC : (akak ke? bolehlah...) Selamat datang....

Aku : Makan sini, 2 set snack plate,satu ori satu hot, air tukar satu milo, satu stroberi, tambah cheesy wedges.

Akak KFC : Tu aje? Ada lagi?

Aku : Tu aje.... Kan bahagia orang yang beratur belakang aku....

Apa lu ingat kerja 7E ni hina ke?

Abang aku ada sorang tu baru je habis SPM hari tu,so tak nak mereput kebosanan macam aku dia pun decide nak kerja dekat 7E yang hanya berdekatan dengan taman perumahan kita orang....disebabkan dia budak baru so dia kena kerja shift malam dan pada entah macam mana semalam time aku tengah main RC Helikopter 4 Channel.. yang ayah aku baru belikan untuk dia,tetiba terkeluar pulak cerita pasal ada sorang uncle ni tegur dia time dia tengah kerja dekat 7E tu beberapa hari lepas.


Ceritanya begini,hehe....


Jam menunjukkan enam setengah pagi.Entah apa jadi hari ni pelanggan bangun awal ke apa entah punyalah ramai.Masing-masing sibuk mencari barang keperluan ,ada yang beli roti,surat khabar, air 100 plus dan macam-macam lagilah



Tiba-tiba datang seorang pak cik umur dalam lingkungan 50 tahun tegur abang aku ni.

"Ni kerja dari pukul berapa?"

"7 malam semalam uncle"

"Ooo budak muda mana boleh letak sama-sama shift malam," balas uncle tu sambil meletak roti di atas kaunter.
Abang aku tak balas apa pun.Dia just senyum je.Btw malam tu dia bertugas dengan sorang pekerja perempuan ni.Nampak comel je orangnya tapi dah kahwin...haha

"Tu la Tuhan kasi 24 jam,ada untuk tidur ada untuk kerja.Dulu sekolah taknak belajar betul-betul kan dah kerja macam ni,"tambah Uncle tersebut sambil menepuk-nepuk bahu abang aku.

Abang aku terkedu gak time tu sampai tak tahu nak balas apa.Member perempuan dia tu dah bagi signal mata suruh dia balas apa yang uncle tu cakap

"A'ah Tuhan pun bagi akal nak fikir mana yang elok mana yang tak,belajar tinggi-tinggi mana pun tak guna kalau beratur pun tak reti,tak ada adab,macam orang tak pernah sekolah,lagipun saya ni baru je habis spm,so sementara tunggu result saya kerjalah dulu daripada melepak tak buat apa,tak guna jugak" dia pun tak tahu dari mana datang ayat tu...haha laju jer keluar dari mulut dia....

Uncle tu  tak balas apa pun,terus ambil baki duit dan roti yang dia beli lepas tu blah.

Haha begitulah ceritanya....

Moral of the story is janganlah sesuka hati pandang rendah kerja orang lain....

Eeeehhh~ gay!!

Alahai manusia, ini semua pengaruh luar la ni .... dok tengok TV banyak sangat, dok layan video lucah, CD lucah .... terus buat anggapan yang ntah apa-apa. Tengok lelaki badan mantap, ketul-ketul je ... terus dicap Gay, digolongkan Homoseksual. Apa punya minda la ...

Lagi-lagi, kalau tengok si badan berketul tu dok kawan rapat ngan lelaki .... lor...nak kawan pun susah .... takkan nak kawan ngan pompuan je kot. Aiseh ... inilah tanggapan sesetengah orang yang mudah melabelkan seseorang dengan penampilan. Tak selidik, tak kenal hujung pangkal pun, tau2 buat statement menjatuhkan maruah orang lain.

Salah ke bila lelaki nak tampil menarik dengan body ketul2 ....tengok lelaki tepuk tampar lelaki .... erkk itu gay ke ehh? Lelaki tampar tepuk cubit lelaki lain adalah halal .... bukannya tepuk tampar cubit perempuan bukan muhrim ... haaaa itu sah2 dah haram.

Adeh... manusia oh manusia ... bila pemikiran disempitkan dengan ilmu yang sedikit dan pengetahuan yang dipesongkan.... ginilah jadinya.

Perempuan seksi atau cantik comel lote tu kau tak cakap lesbian plak....

Jumaat, 25 Disember 2015

Bahasa alien???

Ni lah Joe...muka dia lebih kurang je macam Jen

Ceritanya begini,,cewah…macam nak cerita apa je.ok sorry termelalut kejap.Aku ada sorang cousin perempuan ni dia baru je pindah JB. Sebelum dia ni tinggal dekat Bangkok sebab ayah dia orang Thailand.Adalah satu hari ni family dia tidur dekat rumah aku.Time ni aku tengah lepak dengan Zuid,H, A, Aril dan Joe ( adik Jen,tomboy gak budak ni). Pasa Jen aku pernah cerita dalam entri lepas. Time tengah syok borak tetiba ada orang wassup aku.Aku pun bukaklah sebab mak aku yang wassup then aku try baca,aku macam blank kejap sebab pelik takkan lah mak aku yang tulis ni.Mesejnya begini:

AbG BlEr Nk BleQk??? --->100% aku copy tanpa ubah apa-apa pun



Sampai je rumah aku terus tanya mak aku pasal benda ni then dia cakap cousin aku tu yang tolong taipkan dan send wassup tu.Nasib ayat pendek je,kalau panjang berpinar biji mata aku nak faham.
Selalunya yang suka guna bahasa alien ni perempuan.Konon nak menunjukkan dorang tu manja + comel.Hatuihh!! Comel atok dia. Nasib baik kawan perempuan aku macam H dan A tak guna bahasa tulisan pelik-pelik macam ni.

Dekat bawah ni adalah a few screen shot yang aku dapat:

P/S: entri ini hanyalah sekadar perkongsian,geng-geng bahasa alien yang tersinggah dekat blog ni dan terbaca entri ni jangan marah….

Abang-Abang Vapor

Semalam (24Dis 2015),aku,H, Aril dan Jen (sepupu aku yang tomboy yang aku pernah mention pasal dia dalam artikel ni  ) pergi satu kedai buku terpakai dekat Bandar Baru Bangi.Nama kedai tu ialah Kedai Buku Bacalah.Apa yang ada dekat kedai tu? Adakah aku terjumpa abang-abang hisap vape yang sado mado dan hensem ala-ala Sharul Ridzuan?...hehe mana ada.Sebenarnya kita orang datang sini pun sebab si Aril dengan H ni yang sibuk ajak sebab dorang nak cari stok buku baru yang murah-murah.H dengan Aril ni memang ulat buku ang semua genre buku dorang baca.
sekadar gambar hiasan

Kita orang decide nak pergi kedai ni pun sebab, buku-buku dekat kedai ni sangat murah dari harga serendah RM5 sebab kebanyakan buku-buku dekat kedai ni adalah buku-buku terpakai so owner kedai ni juallahl separuh harga.So apalagi memang borong sakan lah si H dengan Aril ni sebab bukan selalu kita orang dapat datang sini.Tapi korang mesti pelikkan apa kena mengena tajuk entri ni dengan kedai buku tu.Sabar ni baru mukadimah…
Ini adalah gambar dari luar keadai tu

Lepas je selesai dekat kedai buku tu kita orang pon pusing-pusinglah sekitar Bandar Baru Bangi untuk mencari mana-mana restoren yang memikat hati bagi mengisis perut yang dah mula bergendang lagu black metal ni…haha
kalau dah berjerebu macam ni sape je tahan

At last,kita orang pun decide nak makan dekat satu restoren ni.Tak ada yang menarik pun dekat restoren ni apa yang aku nak cerita ialah gelagat abang-abang vapor yang dok hisap vape tak ingat dunia sampai berjerebu aku rasa satu restoren tu dengan asap vape.At first tu memang aku buat bodoh jelah walaupun abang-abang tu duduk belakang meja kita orang tapi bila ada sorang ni dok asyik hembus asap vape kea rah meja kita orang, apalgi kita orang yang malas nak cari gaduh ni pon pergilah pindah ke meja lain.Mesti korang cakap ‘Eleh poyo lah kau ni.Asap vape kan wangi.Relakslah’

Memanglah wangi tapi kalau dah bercampur aduk macam-macam perisa,daripada bau wangi terus jadi macam bau loji tahu tak.Lagipun tak semua orang suka dengan bau vape yang ‘konon wangi’ tu.Aku tak kisah dorang nak ber’vape’ bagai tapi respect lah customer lain especially yang ada anak kecil or baby.Pastu kita orang namapak abang vapor sorang ni tadi dok hembus budak waiter yang datang letak makanan dekat meja dorang.Terbatuk-batuk waiter tu.Adoooaaaii…..Jen dah bangun nak pergi maki tapi nasib baik H sempat tarik tangan dia suruh duduk balik.

Then tetiba si Aril ni pun bukak lah satu cerita pasal budak-budak vapor yang tak reti respect orang ni.Cerita ni berlaku dekat open house family dia time raya hari tu( haha aku tak pergi sebab malas).Then adalah dua orang member abang dia ni selamba badak atok moyang dia dok hisap vape dalam rumah.Fuhh sana,fuhh sini.Time tu dahlah tengah sesak dengan orang ramai,ada budak-budak,baby.Disebabkan geram dia bagi tahu abang dia.Apalagi abang dia teruslah sound member dia tu.


Aku tulis entri ni sekadar nak meluahkan pendapat.Mungkin aka nada yang cakap aku ni kolot,tak open minded lah,apalah.Aku tahu vape tengah  trend sekarang and aku tak kisah sangat pon sebenarnya sebab korang beli vape tu dengan duit korang sendiri tapi respectlah orang sekeliling.Janganlah hisap vape tu dekat tempat awam dan tempat yang ramai orang.Ok that’s all….Btw selamat menyambut maulidur rasul

Khamis, 24 Disember 2015

Kena ngurat dengan pengkid

Kalau tengok tajuk dekat atas tu mesti korang pelik sape yang kena ngurat dengan pengkid bagai ni...tkkan aku pulak kan..haha kalau nak tahu teruskanlah membaca...Aku sebenarnya tak pernah ada isu apa-apa dengan mana-mana pengkid...cuma ada sorang sepupu aku belah mak aku yang agak tomboy sikit tapi pengkid dengan tomboy BEZA ok..setahu aku tomboy ni walaupun gaya dia macam lelaki tapi dia akan try tunjukkan sisi dia yang comel tu,kalau pengkid pulak dia memang berusaha sehabis baik untuk nampak maskulin...dan yang aku tahu tomboy tak les macam pengkid....

Back to the main point,aku pergi hangout dengan H dan A...mesti ramai yang cakap apahal lah mamat ni asal hangout mesti dengan minah dua ekor ni...well aku pon tak tahu kenapa aku rasa selesa sangat dengan dorang( cehhh alasan cliche) sorry melalut kejap...

Time si H dengan A dok sibuk usha barang dekat watson tetiba adalah sorang pengkid ni tegur

pengkid: hai awak...nak pilih barang apa,meh saya tolong pilihkan

A: eh takpelah...(sambil tolak H untuk pergi dari situ)
sekadar gambar hiasan

Tetiba dengan tidak disangka si pengkid ni ikut kita orang sampailah ke parking lot.Time tengah tunggu driver si A ni datang( aku dan H kira macam menumpanglah sekali naik kereta dia) si pengkid tetiba je pegang tangan H.Aku apa lagi bila nampak tu aku terus lah tepis tangan dia sebab aku berdiri sebelah  H time tu.Bila aku tepis tu nampaklah dia macam marah and then dia try nak pukul aku,aku pun saja buat muka berani( padahal hati dah kecut sikit...haha) sebab saja nak provok dia...nasib baik driver A tu datang tepat pada masanya dan bila dia nampak macam ada something wrong dia terus tekan hon kuat gila,sampai aku rasa berdengung kejap telinga aku....yelah dahlah dekat parking lot, memang sahlah bergema....

Dalam kereta aku tanya H dia ok tak...dia kata dia ok je dan dia mintak maaf kalau dah susahkan aku...haha relakslah aku akan sentiasa lindungi kau( cewah ayat tak nak kalah).Tapi aku pelik jugak apasal lah pengkid sorang macam despredo sangat...dan ada jugak aku dengar yang pengkid ni selalunya awek dorang lagi cun dari awek jantan-jantan asli lagi straight....haha yang ni aku tak berani komen apalah

Rabu, 23 Disember 2015

Misteri Kedai Makan

Disebabkan sekarang ni tengah cuti sekolah,so last weekend aku,Burn,Aril dan Zuid( semua bukan nama sebenar) pergi main boling.At least takdelah mereput kebosanan sensorang dekat rumah.Nanti dah naik sekolah memasing dah busy, dah susah nak jumpa sebab tak satu sekolah.Ok sorry melalut pulak kejap…
gambar ni saja je aku letak...takde kena mengena pon

Back to the main point,lepas je siap main boling,kita orang pun pergilah satu kedai makan ni.Lepas kita orang duduk je ada sorang waitress yang aku agak mungkin budak lepas SPM datang ambil order kita orang.Not bad lah,cantik jugak wangi pulak tu sebab bau perfume dia memang semerbak time dia ambil order…(haha sorry aku bukan pervert eh)
yang pakai cap tu Aril then sebelah dia Zuid

Lepas order aku tengok jam baru pukul 10:45 pm then aku tengok sekeliling memang ramailah jugak budak-budak lebih kurang sebaya kita orang yang lepak dekat situ.Tapi malangnya sorang pun tak ada yang kena dengan taste aku( keji sungguh ayat).Sambil tunggu makanan sampai kita orang pun boraklah pasal macam-macam benda.Then gelak macam orang gila sebab si Zuid ni tak habis-habis buat lawak bodoh.Walaupun takdelah lawak mana tapi sebab member yang buat lawak so ketawa je la…
yang baju merah tu aku then yang dekat sebelah tu Burn

Then  bila makanan sampai kita orang pun apalagi,melantak lah….Lepas je habis makan tetiba si Zuid ni tanya satu soalan yang buatkan kita orang pandang sekeliling dua tiga kali.
Zuid: Eh korang perasan tak kedai ni ramai orang tapi sura kita je yang bising dari tadi..
Burn: Haah lah,lepas kau cakap aku baru perasan…cuba kau tengok,memasing tunduk lepas tu sengih-sengih….

Aku: korang ni apa-apa jelah

Aril: Weh,kau tak rasa yang suasana ni macam dalam tv….kedai ramai orang tapi sunyi sepi,then bila ada je orang perasan pasal benda ni,kedai tu akan bertukar jadi buruk,customer yang dok senyap tu pulak bertukar jadi hodoh,pastu….

Burn: stop,stop. So macam mana ni sape nak pergi bayar

Menambahkan lagi debaran bila tiba-tiba je ada asap tebal dan bau wangi pulak menusuk hidung.Pergh!!!,lagi suspen.Kita orang terus tengok cashier perempuan yang tengah duduk dekat kaunter.Muka memang tak nampak sebab dia tengah tunduk dan rambut yang lurus panjang tu menutup muka dia…Selepas beberapa ketika,kita orang decide nak pergi bayar sama-sama.

Burn: Assalamualaikum…

Cashier: yes,nak bayar ke? Meja nombor berapa? ( uish nasib baik muka dia tak berubah jadi buruk macam cerita hantu dekat dalam tv tu)

Then,sebelum keluar kita orang pon tengok sekeliling dan barulah kita orang perasan yang kedai tu senyap je sebab memasing sibuk dengan handphone,tablet sampai awek dekat depan pun lupa….haha yang baba sap tebal dan wangi tu pulak adalah asap vape daripada para vapour yang tak reti nak hormat orang lain.Main suka hati atok moyang dia je nak hisap vape dekat tempat awam macam tu…

Aku tulis benda ni bukan apa just nak mengingatkan yang walaupun zaman sekarang teknologi makin canggih tapi berpada-padalah menggunakannya.Macam aku kalau balik rumah parents aku time cuti,biasanya kita orang akan dinner or lunch sesame and that time takde siapa pon yang dibenarkan pegang handphone,tab etc hatta bapak aku sekalipun sebab waktu itulah waktu nak borak dengan family members,share sotries,problem ,exchange pendapat semua.Yelah memasing dah besar,busy,tak lekat sangat dekat rumah so time tu jelah waktu untuk kau spend merapatkan hubungan sesame ahli keluarga….


Jumaat, 15 Mei 2015

rela direject atau....

Ok kalau tengok tajuk kat atas tu macam entah apa jer kan...Sebenarnya benda ni pasal kawan perempuan aku iaitu A...Sesiapa yang tak kenal A & H (kawan aku jugak) disarankan untuk baca dulu entri aku yang lepas pasal cara mengekalkan persahabatan jarak jauh.Pagi tadi aku hang dengan 2 orang BFF aku ni iaitu A &H...Walaupun aku lelaki tapi aku selesa kawan dengan dorang dua ni...Aku hang dengan dorang ni pon sebab si A ni yang ajak dan H pon kebetulan tengah cuti so aku pon join laa...kalau tak memang aku tak pergi kalau kena berdua jer dengan A ni...Kita org pergi satu mall ni lepak,tengok movie ,makan2,window shopping and lastly kita org pergi MPH sebab H nak cari buku rujukan,A plak pergi rambang mata cari novel...Aku??? apalagi usya novel fixi laa...


Apa yang aku nak cerita ialah A sekrang tengah dalam keadaan .....macam mana ek nak describe...meroyan gitulah...Dia ada suka dekat sorang mamat ni dan dia dah cakap direct dekat mamat tu tapi naka tahu apa yang dia dapat....jeng jeng....mamat tu block dia dekat wechat,wassup,fb,ig.....kesian betullah...Setiap kali dia nak tegur or dekat dengan mamat tu je mulalah mamat tu menyorok /larikan diri...padahal A tak kesah pon kalau mamat tu nak reject dia tapi cakaplah terang2.....bila aku dengar cerita dia ni pon aku rasa speechless...tak tahu nak komen apa...Dia ada mintak opinion aku sebagai lelaki tapi aku just cakap...entahlah


Lagi satu,pasal si A ni gak...ada sorang mamat lain minat dia dan pernah ajak dia couple tapi dia reject sebab mamat tu pervert...eeeeiii.....kalau aku pon taknak balak macam tu.....sebenarnya aku tengah bosan padahal banyak benda kena study sebab aku masih lagi dalam mood exam sekarang ni....saja hilangkan bosan aku pergilah hang tadi dan sekarang aku taip entri dekat blog....buat blog walking...hari ni aku baru jer follow beberapa blog....sorry laa kalau cerita aku kali hambar sikit...

Tapi seriously apa yang korang akan buat kalau korang berada dalam keadaan A sekarang ni....cer komen sikit...


Kalau dekat atas tadi aku cerita pasal A,sekarang aku nak cerita pasal H plak....H ni memang tak dinafikan memang sorang yang cantik....masa kita org hang tadi banyak kali dia kena usya....disebabkan dia sekolah dekat girl school,so dia tak tahu nak react macam mana and just tayang muka takde perasaan senang cerita muka sombong....Tapi yang kita org tak tahan ialah yang usya dia tu jenis yg tak reti bahasa....dah orang tu tak nak layan dah lah...ni tidak sibuk ikut ke hulu hilir macam psycho pahal...dah lah siap bawak geng...aku kesian dekat A dan H terutamanya sebab dorang tu pompuan...bila kena ikut macam tu mestilah dorang cuak...aku pon cuak gak tapi sikit je lah...aku tak  faham betul dengan lelaki jenis macam ni...nasib baiklah dorang ikut just dalam satu jam jer....kalau tak memang aku prgi panggil guard.....

tadi masa hang aku saja ambil gamabr dorang dari belakang...janagn fikir bukan2 eh..aku bukan pervert ke apa ok...tudung merah ialah A,sebelah dia of course laa H

Ok tu jelah untuk entri kali sebab otak aku tengah swing + serabut sekarang ni sebab stress exam...aku just target untuk lulus semua subjek untuk exam kali ni...malas nak target tinggi2 sebab nanti diri sendiri yang frust tak dapat capai target.....ok wish me luck...
btw macam yang aku cakap dalam previous entry...kalaulah aku straight,cnfirm aku akan jatuh cinta dekat salah sorang antara dorang...cuba korang baca entri2 aku yang lepas pasal dorang,korang rasa aku akan fall in love denagan sape??
Entri2 tersebut ialah:

Jumaat, 6 Mac 2015

My life as a form 4 science student

Sepatutnya dalam entri yang lepas aku cerita pasal study aku sekarang ni tapi dah melalut sampai  ke laut merah....
aku budak aliran sains...gambar ni takde kena mengena dengan apa2 pon...so abaikan

ok,bagi aku berada dalam form 4 ni takdelah heaven mana macam yang aku nampak senior2 aku dulu..kena struggle untuk SPM start dari sekarang sebab each year SPM becoming more tough...with KBATS,HOTS questions,amali,presentations,orals,assigments ang etc...kalau ada sesiapa yang dah habis sekoalha menengah tu tak percaya dan tak tahu pasal istilah2 yang aku gunakan tu sila tanya adik2 anda atau tanya Mr.Google.....setiap benda2 ni ada menyumbangkan markah dalam paper SPM...dan kau kena start buat benda ni masa form 4...MAMPOSSSS....


nasib baik laa aku dapat subjek elektif yang aku suka....sekarang aku tengah prepare untuk next coming exam that is just around the corner from this sec...dengan cikgu yang asyik absent,cikgu yang mengajar laju although we've said that we don't understand and just continue teaching like we never said anything...ok this terrible...but there also a few teachers that are actually quite good when teaching...but the others ke laut....aku bukan nak kutuk cikgu ke apa tetapi sekarang ni bagi aku sistem pendidikan negara kita tengah kucar kacir...yes I admit that most of the teachers nowadays are really stress dengan sistem yang ada sekarang ni tapi kenalah faham walaupon kami ni klusters school students tak sememstinya kami ni genius atau already know the subject that they teach...kami ni manusia biasa....walaupon aku tahu cikgu2 yang aku maksudkan tak baca blog aku ni,tapi aku tetap nak tulis kat sini....kalau subjek yang cikgu2 ni ajar just subjek biasa macam sivik/PJK aku tak kesah sangat tapi kalau yang diaorang ajar tu fizik,B.Malaysia/subjek2 teras lain macam mana..tak ke lingkup....

Jadi solutionnnya aku dengan abang aku terpaksa buat revision or the simplest way is studying by ourselves....aku berharap sangat cikgu yang aku maksudkan dekat atas tu tukar cara dia mengajar...aku ada gak pergi tuition classes dan yang aku agak suak dengan cikgu2 tuition ni ialah dorang mengajar kita dengan sangat jelas dan bagi banyak handout and exercises untuk kita fahamkan lagi apa yang diajar...kiranya berbaloilah jugak kalau bayar mahal2....sekarang ni tuition untuk satu subjek upper form purata harganya ialah RM 70 -RM100...aku tak tahulaj dekat tempat lain macam mana....abang aku yang sulong lebih suka upah private tutor tapi aku dengan abang aku yang second lebih suka pergi tuition class...mungkin sebab bagi kita orang tuition class biasa pon dah mencukupi daripada private tutor yang harganya untuk satu subjek ialah RM400++SEBULAN...

Aku tahu guru adalah kerja yang mulia...dan memang respect giler dengan para guru ni.....ini hanyalah pendapat mengenai beberapa oarang guru di sekolah aku...but about another school aku malas nak ambil port sangat...

Apa yang aku rasa???

Pergh!! dah lama giler aku tak tulis apa2 dalam ni....selalu gak on tapi takde idea nak tulis apa...sekrang aku tengah cuti dekat rumah sebab demam...sepatutnya aku balik rumah next week tapi sebab dah sakit dapatlah MC...

Sekarang aku nak cerita pasal persekolahan aku sekarang ni....yelah dalam entri lepas aku meroyan macam apa je sebab result aku teruk,so sekarang aku nak cerita life aku as a form 4 student...untuk pengetahuan,korang aku sekolah dekat sebuah sekaolah kluster di Johor....tak boleh cakap daerah mana..sekolah aku ni boys school,so sekolah ni tak ada student pompuan...dapat bayangkan...

Aku satu sekolah dengan abang aku yang second...nak tahu baca 20 facts about me yang aku pernah tulis sebelum ni....ok dah cukuplah tu intro kali ni...last week,bebudak hostel aku ada buat talent time night...aku ada la termasuk sekali buat persembahan tapi group aku tak menang la....tapi yang aku nak cerita kat sini ialah pasal budak yang aku ter'crush' sejak tahun lepas...aku asyik perhatikan dia je malam tu..hensem giler dia malam tu dengan gaya rambut baru *dia baru potong rambut*..huhu...tapi dia ni sekarang tengah couple...aku tak tahulah dengan sapa sebab aku hanya dengar cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut...

sejak akhir2 ni jugak cuaca semakin panas...sampai satu hari tu aku perasan muka aku burn giler sebab baru habis latihan kawad...sekrang ni dalam pukul 11 pagi dah terasa bahang dia walaupun kau setakat duduk dalam kelas...tapi biasalah boy student,diaorang kesah apa...ada satu lagi yang terjadi iaitu junior form 1 dekat hostel aku ni sibuk tanya siapa nama aku...lepas tu dia orang tanya macam mana nak bezakan aku dengan abang aku tu...alahai soalan entah apa2...dah sah2 aku ni pakai cermin mata ,abang aku tak...tu pon susah ke...alamak macam dah panjang sangat je aku mengarut ni...aku tak tahu kenapa diaorang sibuk2 tanya padahal aku takde urusan apa2 pon dengan diaorang...
wo...awak makin hensem laa Mr. Crush..

aku tak tahulah sekarang sex orientation aku sebenarnya macam mana sebab kadang2 aku rasa aku minat dekat lelaki macam aku minat dekat budak yang cerita dekat atas,tapi kadang2 aku rasa aku minat pompuan lak...adoi....dan satu lagi ada sorang pakcik yang keje dekat dewan makan(DM) hostel aku ni rajin betul tegur aku...bagi aku makanan lebih...tanya mana aku tinggal and etc,padahal dengan bebudak lain aku tengok tak pulak....pastu dia selalu perhatikan aku masa aku tengah makan kat DM tu macam ada banyak lagi benda dia nak cakap dengan aku....tu apa yang salah sorang kawan aku perasan laaa...tapi aku malas nak fikir banyak sebab sekarang pakcik tu dah tak keje dekat situ lagi...atas sebab apa aku tak tahu...

tapi sekarang ada satu hal lagi...pasal sorang lagi pekerja dewan makan tu yang kita orang just panggil dia abg Mirul...berdasarkan rupa,aku rasa dia ni baru je habis form 6...dia tak seperamah pakcik tadi tapi kalau aku ambil makanan/ pergi letak pinggan dekat sink,dia mesti perhatikan aku dengan hujung mata means takdelah nampak obvious tapi aku still rasa diperhatikan espcially time aku sidai baju sebab ampai baju terletak dekat belakang DM tu....masa aku tengah prep pon dia selalu lepak dekat kerusi yang menghadap bilik study aku...disebabkan aku duduk tepi tingkap,so kau memang boleh nampak aku dngan sangat jelas...aku jenis kalau tengah study memang tak pandang kiri kanan,so benda2 ni kawan aku yang cakap...ada juga yang bagi tahu aku yang abg Mirul tu akan pegi dekat dekat ampai baju tu lepas aku siap sidai baju....dia akan tengok baju2 dan seluar aku....dan aku plak rasa macam??? =_=!!***



yang aku paling tak tahan bila dormmate ada tangkap junior dorm aku yang tengah sibuk secretly tangkap gambar aku guna handphone....wooo...tak sangka betul....mungkin disebabkan aku dah disactive fb aku so dia tak dapat nak stalk gambar2 aku kot...bila tanya kenapa dia buat macam tu...dia hanya diam membatu dan disebabkan aku kesiankan dia,aku kata takpe aku tak kesah asalkan dia tak guna gambar aku tu untuk tujuan tak baik sudahlah....ada gak yang cakap dengan aku budak tu sebenarnya diupah oleh abg Mirul tu untuk ambil gambar aku senyap2....untuk tujuan apa/sama ada betul atau tak aku tak dapat nak pastikan....cuma pada pandangan aku abg Mirul ni macam discreet dan pelik orangnya...salah satu gambar pasport aku yang aku letak dekat board AJK dorm aku pon dah hilang...sama ada orang rembat atau terjatuh dan hilang aku pon tak tahulah....
gambar hiasan


ok setakat tu jelah...panjang pulak aku mengarut...

Rabu, 7 Januari 2015

Jiran Yang Layak Dimaki

Tengah bosan sebenarnya sekarang ni sebab dekat luar tengah hujan,so siaran TV Astro tu memang tak boleh nak tengoklah...shit betul....ok sabar2...ok kalau tengok tajuk dekat atas tu mesti korang tertanya2 kenapa aku nak maki jiran...kau tak rasa nak maki ke kalau jiran kau memang macam lahanat...kalau seorang tak apalah,tapi ni satu family perangai macam orang tak ada sivik...korang yang tinggal dekat taman perumahan macam aku pon mesti ada jiran yang langsung tak ada effort nak jaga hati korang ,betul tak.......


Ceritanya macam ni,aku  pindah ke sini masa aku darjah satu lebih kurang...Rumah aku ni rumah side tepi,so memang agak luaslah laman rumah aku..Ada seorang jiran ni,senang cerita aku namakan Ahmad...Dia ni tinggal berdepan dengan rumah aku.....There's a few things yang family aku memang tak puas hati dengan family dia...ok aku listkan



  1. Buang sampah
Yang ni jadi memang dah lama dan sampai sekarang tak berubah...kalau tong sampah rumah dia penuh,dia dengan sesuka hati dan tanpa sekelumit perasaan malu pergi campak sampah2 dia tu dekat tepi rumah aku..Daun2 kering pon sama,Bini si Ahmad ni akan bakar daun2 kering tu dekat tepi laman rumah aku (sebab dekat situ ada satu pokok yang agak rendang dan agak sesuai nak buat aktiviti pembakaran terbuka)...Habis layu sayur yang mak aku tanam dekat area situ...Plus,one of my sister ada asma,so setiap kali bini dia bakar sampah,adik aku kena keluar dari rumah sebab asap akan memenuhi rumah sampaikan langsir rumah aku tu pon bau asap...tapi setakat ni family aku masih boleh tahan dengan benda ni...disebabkan benda ni jugalah,family dorang tak berpa rapat dengan jiran kiri kanan...Ada juga adik perempuan aku tegur sebab yang selalu bakar sampah biasanya anak perempuan dia atau bini si Ahmad tu,tqpi kau tahu dia cakap apa

"bukan tanah family kau pon"  amboi sesedap rasa dia je jawab macam tu.Nasib baik time tu aku dengan abang2 aku tak ada....mungkin ini la kot yang aku akan cakap kalau tahap kesabaran aku dah habis..

"Hoi, pompuan tak ada sivik! ko tahu tak kenapa cukai tanah rumah halaman luas cukai dia lebih sikit daripada rumah ko?? Sebab dengan duit cukai tanah tu lah majlis perbandaran upah potong rumput, angkut sampah dan  bersihkan longkang bodoh. Oleh itu kawasan ko buang sampah tu kawasan rumah saya! So saya ada hak nak tegur atau tak! Ko nak rumah kau bersih tapi ko campak sampah ko kat kawasan rumah aku. Sivik ada ka? Mau aku ajar ka?"     


2.Curi line internet

Aku start bengang dengan benda ni masa raya tahun lepas...Aku tak berapa pergi beraya sangat,so aku stay je dekat rumah dengan abang2 aku,online,tengok tv,etc...Tapi apa yang aku pelik kenapa line wifi rumah aku lembap semacam,so bila abang aku yang sulong tu check,barulah kita orang tahu yang family si Ahmad tu pergi hack password wifi rumah aku...daripada bapak sampai la ke anak,semua guna line internet rumah aku...So tukar password. Selalu aku tukar password. Dia dapat jugak hack. Takpe. Kita block mac address dia pulak. Dapat hack lagi? xpe kita block lagi. Kali ketiga, aku mintak member aku setup sampai dia give up. Terbaik weh sanggup duk depan rumah semata-mata nak dapat wifi free. Adakah aku halalkan dia pakai internet yang ayah aku bayar?Entah,we just go with the flow lah...Bila aku bagi tahu ayah aku pasal benda ni ayah aku diam je sebab dia dah malas nak ambil tahu apa yang family si Ahmad tu buat...nak mati,tonggang terbalik,lantak....ok pasal ni nanti aku cerita...


3.Ambil tanpa kebenaran...

Mak aku memang rajin tanam macam2 dekat halaman rumah,daripada bunga sampailah sayur...yelah suri rumah sepenuh masa,ni jelah aktiviti dia untuk mengisi masa lapang...ramai la jugak jiran yang mintak...biasanya pandan,daun kari dan serai...biasanya dorang akan mintak izin mak aku dulu...ada yang sanggup tunggu mak aku balik rumah semata2 nak mintak daun pandan...tapi bini si Ahmad ni lain pulak cerita dia...dia kalau nak ambil apa2 dari laman rumah aku biasanya dia akan pastikan line clear dulu baru dia ambil...yang aku paling tak tahan,dah lah tak minta izin,boleh pulak dia ambil banyak2 sampai togel pokok pandan dan pokok kari mak aku dia kerjakan...Dasar tak tahu malu...Tak ke pelik perangainya. Mak aku ada je kat luar time ko duk ulang alik belakang rumah aku. Pe susah sangat ko nak bukak mulut minta izin? Nak kata mak aku marah dia ke apa tak ada lak pulak. Mak aku nampak dia ke apa, mak aku senyum tau. Sanggup ulang alik sanggup tunggu mak aku masuk rumah pastu ko duk rembat daun kari.


4.umpatan..

Yang ni memang aku agak bengang dari dulu sampai sekarang...Sekali lagi masih berkisar pasal family si Ahmad...Dulu mama aku selalu kena.Bini si Ahmad ni and the ngumpat anyam ketupat geng ni memang selalu perlekeh konon mama aku tu tak tahu cakap melayu..ok bagi yang tak tahu my mom is from Rusia..jangan confuse between mak(my step mom) and mama(my real mom)...Mama bukan tak tahu cakapa melayu,she's just not fluent ok...next,dorang suka umpat pasal aku adik beradik,..nak tahu dia cakap apa ,ni aku listkan..

  • dorang cakap abang aku yang sulong tu langsung tak pernah nak tunjuk, muka,kera sumbang,anti social,etc...abang aku memang jarang keluar rumah sebab dia sekolah swasta dan dekat taman tu tak ada lelaki yang sebaya dia,kalau ada pon budak2 yang dah rosak dan tak boleh nak dibuat kawan..tak keluar rumah pon salah...kalau keluar nanti cakap tak reti duduk rumahlah,menggatal dengan anak dara oranglah...
  • then abang aku yang second tu pon kena...dorang cakap abang aku tu sebenarnya menagih dadah and abang aku tu try nak pengaruh anak dorang..ok dia memang nampak cengkung sikit tapi dia tak hisap dadah ok...aku tahulah sebab kita orang satu sekolah,satu asrama,satu kelas,so I know every single thing that he do..
  • kalau abang2 aku kena,aku of courselah kena umpat jugak....tapi bagi aku aku punya paling tak boleh blah...dorang cakap aku ni pervert,sebab suka tengok anak dara dorang...what the hell..tengok je kot...woi makcik,aku tak terliur pon la tengok anak dara ko..ko patutnya tegur anak dara korang tu supaya pakai elok2 sikit..malulah sikit dengan aku yang lelaki ni tengok..aku nak keluar rumah pon pakai seluar panjang tau,anak ko setakat pakai baju saiz adik2 dengan seluar or kain yang ketat or singkat nak mampus..
  • Ada la jugak dia umpat pasal adik2 aku tapi tak ada apa sangat

Pesanan aku buat makcik2 yang suka sangat mengumpat sambil anyam ketupat menambah2 dosa yang sedia ada,patutnya korang cermin dulu diri tu espesially for bini si Ahmad tu..jaga sikit laki kau yang pedophile tak sedar diri yang dah semakin menghampiri ambang senja tu..Ampai rumah aku menghadap beranda rumah si Ahmad ni,so setiap kali adik2 perempuan aku sidai baju mesti si Ahmad ni akan duduk dekat beranda tu sampai adik aku siap...so sekarang kerja2 seperti menyidai baju,sapu halaman rumah,siram bunga,etc aku dan abang2 aku yang akan buat...bila kita orang tak ada dekat rumah,so adik lelaki aku tulah yang akan buat...Aku pelik dengan orang tua ni,adik aku yang tak cukup umur tu pon kau sibuk tengok apahal...Aku ingat bapak je yang macam tu,rupanya anak perempuan dia pon sama miang jugak...pernah sekali tu dia lalu depan rumah aku dengan baju ketat macam sesak nafas aku tengok sambil control ayu ala2 gadis melayu terakhir...masa tu aku tengah basuh kereta dekat laman dengan abang2 aku so,nampaklah dia...banyak kali jugaklah dia buat macam tu..komen aku tentang dia,she's not my taste,haha


5.ok,this is the last one...Family si Ahmad ni memang jenis tak reti nak mintak maaf...memang dasar orang tak ada sivik..this thing happened a few years ago...time ayah aku nak pergi kerja dia perasan yang bumper kereta dia remuk macam kena langgar...time tu ayah aku park kereta dia dekat luar gate for a few reasons...dia pergi tanya jiran sebelah,ada dengar bunyi apa2 tak malam tadi sebab malam tu kita orang semua memang tidur mati sebab terlampau penat...Luuckily,anak jiran aku ni stay up malam tu dan dia nampak la the whole thing that happened to my dad's car..dia kata,anak lelaki si  Ahmad tu yang langgar kereta ayah aku,then budak mereng tu terus balik rumah dia like nothing happen...dipendekkan cerita ayah aku bagi tahu si Ahmad ni...tapi dia tak percaya anak dia yang buat...budak tu pulak diam sambil tayang muka tak bersalah...last2 ayah aku fed up da biar je benda tu tergantung dekat situ...

nak tahu tak apa jadi lepas tu,Anak si Ahmad tu sebarkan cerita kononnya dia langgar kereta ayah aku sebab dia nampak saka ayah aku tengah berdiri dekat tengah jalan...WTF..budak ni ada sakit mental ke apa..dia boleh cakap ayah aku bela saka sebab tu lah ayah aku boleh kahwin  dua...hello,Salleh Yaakob yang kahwin sampai 4 tu kau nak cakap apa pulak...Ustaz Azhar Idrus tu pulak tak akan ko nak cakap dia bela saka jugak...yang bangangnya adalah bila ada beberapa orang dekat taman tu yang percaya dengan cerita budak tak cukup akal tu...ehmm baguslah,memang cukup nak buat geng the budak2 bangang

Ok for now,what my family will do is just wait and see...


Isnin, 22 Disember 2014

First Batch PT3

Tak rasa apa2 masa ambil result exam tadi...tak tahu kenapa.Mungkin sebab aku dah dapat agak resultnya macam mana,so tak adalah adegan drama sedih air mata dekat situ...tak perlulah aku cakap result aku berapa,yang penting aku tak kena tendang dari sekolah.Sekolah aku ni strict sikit pasal result exam.Sesiapa yang dapat kurang dari 4A sangat2lah digalakkan keluar dari sekolah ni dan berpindah ke sekolah biasa sebelum ada cikgu yang suruh korang pindah dari sekolah tu.Bagi form 1 tahun depan yang nak masuk sekolah aku ni,result at least 3A2B(Math&Sains:A).Bagi form 4 tahun depan yang nak masuk sekolah ni mesti at least 6A....sebab sekolah aku ni sekolah kluster kecemerlangan,so memang tak boleh nak buat apalah...kalau korang tak tahu sekolah kluster tu apa,pergi tanya dekat Encik Google...Aku tadi lepas ambil result aku terus blah...Makin lama dekat situ makin banyak pula drama swasta,anak-beranak,adik-beradik,sahabat handai or what ever yang saksikan dekat situ...Cikgu semua happy je aku tengok...Untuk sehari dua ni aku mungkin tak buka fb dan twitter sebab PT3 ni masih panas diperkatakan...TL,News feed &wall aku penuh dengan PT3 punya cerita...parents aku pula relax je aku tengok...



Ok,tamat sudah sesi luahan perasaan dekat atas tu.Sekarang aku nak cerita pasal trend budak2 baru nak up sekarang ni(aku pon sebenarnya tergolong dalam golongan baru nak up ni tapi aku tak buat benda2 bodoh ni),ada certain(means bukan semua) pergi scan dorang punya result and then post dekat fb,insta ataupun blog,kononnya nak share dengan friends and followers dorang especially budak2 hot stuff tu...kalau post result ok or gempak tu,memang berderet laa orang ucap congrates.Habis yang result berderet fail tu apasal nak post gak result korang tu...dah bodoh pon nak tunjuk dekat orang apahal..nak minta simpati ke hape...tapi aku tak adalah nak galakkan korang yang result ok untuk pergi post result korang tu sebab benda ni boleh menyebabkan timbulnya perasaan riak,takbur,sombong dan berlagak...Lagipun.kebanyakkan friends,followers korang dekat media sosial ni bukan semua korang kenal  pon...entah2 lebih 50% korang tak pernah kenal pon...Yelah media sosial ni kan universal..aku ada juga friends dari US..Kita orang setakat DM dekat twitter je...sebab tu aku malas nak kongsi sangat gambar aku or family dekat media sosial ni.Yelah,manusia yang rambut sama hitam pon hati boleh lain2 inikan pula yang rambutnya bukan warna hitam...(kalau korang tak faham apa aku tulis,buat2 paham sudah).Korang tengok sendirilah gambar screen shot dekat bawah ni...
ok laa tu...daripada langsung tiada A

Aku tak jumpa pula status budak yang scan slip result dia,jadi gambar ni je yang ada.Tapi gambar yang seterusnya ini aku tak berapa berkenan...


Aku memang tak faham kenapa la dengan budak seekor ni....Kalau ya pon frust tertonggeng2 pasal result tak berapa elok,tak payah la nak status macam ni..Nasib baik setakat ni aku tak terjumpa lagi budak UPSR & SPM buat status macam ni...Kalau kau asyik mengharapkan gred akan turun,sampai bila2lah kau tak akan maju dan berdaya saing...Aku rasa apa yang kerajaan buat ni ada juga kebaikkannya...

Lepas itu ada pula yang bergaduh sebab cakap PMR tu senang...Bagi akulah,peperiksaan semua susah.Kalau nak senang baik kau stay je dekat Tadika or Prasekolah.....






Adohai...masing2 kan dah besar..pasal benda ni pon nak gaduh..sebab tu la aku malas nak online masa budak2 baru dapat result sebab News feed dan TL penuh pasal result je...bosan...Relaks ahh,PT3 bukan pengakhiran untuk segala2nya...SPM menanti...Plus,tak payahlah sibuk nak membandingkan batch siapa yang examnya paling susah sebab tak menggangu hidup kau pon kalau soalan dia susah atau senang...Yang terakhir dari aku....gud luck next year...Ang one more thing aku nak tanya,kutuk-mengutuk memang dah jadi budaya kita ke apa?? Kata rakyat Malaysia berbudi bahasa...