Disebabkan sekarang ni tengah cuti sekolah,so last
weekend aku,Burn,Aril dan Zuid( semua bukan nama sebenar) pergi main boling.At
least takdelah mereput kebosanan sensorang dekat rumah.Nanti dah naik sekolah
memasing dah busy, dah susah nak jumpa sebab tak satu sekolah.Ok sorry melalut
pulak kejap…
gambar ni saja je aku letak...takde kena mengena pon |
Back to the main point,lepas je siap main boling,kita
orang pun pergilah satu kedai makan ni.Lepas kita orang duduk je ada sorang
waitress yang aku agak mungkin budak lepas SPM datang ambil order kita
orang.Not bad lah,cantik jugak wangi pulak tu sebab bau perfume dia memang
semerbak time dia ambil order…(haha sorry aku bukan pervert eh)
yang pakai cap tu Aril then sebelah dia Zuid |
Lepas order aku tengok jam baru pukul 10:45 pm then
aku tengok sekeliling memang ramailah jugak budak-budak lebih kurang sebaya
kita orang yang lepak dekat situ.Tapi malangnya sorang pun tak ada yang kena
dengan taste aku( keji sungguh ayat).Sambil tunggu makanan sampai kita orang
pun boraklah pasal macam-macam benda.Then gelak macam orang gila sebab si Zuid
ni tak habis-habis buat lawak bodoh.Walaupun takdelah lawak mana tapi sebab
member yang buat lawak so ketawa je la…
yang baju merah tu aku then yang dekat sebelah tu Burn |
Then bila
makanan sampai kita orang pun apalagi,melantak lah….Lepas je habis makan tetiba
si Zuid ni tanya satu soalan yang buatkan kita orang pandang sekeliling dua
tiga kali.
Zuid: Eh korang perasan tak kedai ni ramai orang tapi
sura kita je yang bising dari tadi..
Burn: Haah lah,lepas kau cakap aku baru perasan…cuba
kau tengok,memasing tunduk lepas tu sengih-sengih….
Aku: korang ni apa-apa jelah
Aril: Weh,kau tak rasa yang suasana ni macam dalam tv….kedai
ramai orang tapi sunyi sepi,then bila ada je orang perasan pasal benda ni,kedai
tu akan bertukar jadi buruk,customer yang dok senyap tu pulak bertukar jadi
hodoh,pastu….
Burn: stop,stop. So macam mana ni sape nak pergi bayar
Menambahkan lagi debaran bila tiba-tiba je ada asap
tebal dan bau wangi pulak menusuk hidung.Pergh!!!,lagi suspen.Kita orang terus
tengok cashier perempuan yang tengah duduk dekat kaunter.Muka memang tak nampak
sebab dia tengah tunduk dan rambut yang lurus panjang tu menutup muka dia…Selepas
beberapa ketika,kita orang decide nak pergi bayar sama-sama.
Burn: Assalamualaikum…
Cashier: yes,nak bayar ke? Meja nombor berapa? ( uish
nasib baik muka dia tak berubah jadi buruk macam cerita hantu dekat dalam tv
tu)
Then,sebelum keluar kita orang pon tengok sekeliling
dan barulah kita orang perasan yang kedai tu senyap je sebab memasing sibuk
dengan handphone,tablet sampai awek dekat depan pun lupa….haha yang baba sap
tebal dan wangi tu pulak adalah asap vape daripada para vapour yang tak reti
nak hormat orang lain.Main suka hati atok moyang dia je nak hisap vape dekat
tempat awam macam tu…
Aku tulis benda ni bukan apa just nak mengingatkan
yang walaupun zaman sekarang teknologi makin canggih tapi berpada-padalah
menggunakannya.Macam aku kalau balik rumah parents aku time cuti,biasanya kita
orang akan dinner or lunch sesame and that time takde siapa pon yang dibenarkan
pegang handphone,tab etc hatta bapak aku sekalipun sebab waktu itulah waktu nak
borak dengan family members,share sotries,problem ,exchange pendapat
semua.Yelah memasing dah besar,busy,tak lekat sangat dekat rumah so time tu
jelah waktu untuk kau spend merapatkan hubungan sesame ahli keluarga….
2 ulasan:
Anti social time..haha
Siot mati2 aku igt kedai tu berhantu..btw hai
hai....
Catat Ulasan