Jumaat, 25 Disember 2015

Bahasa alien???

Ni lah Joe...muka dia lebih kurang je macam Jen

Ceritanya begini,,cewah…macam nak cerita apa je.ok sorry termelalut kejap.Aku ada sorang cousin perempuan ni dia baru je pindah JB. Sebelum dia ni tinggal dekat Bangkok sebab ayah dia orang Thailand.Adalah satu hari ni family dia tidur dekat rumah aku.Time ni aku tengah lepak dengan Zuid,H, A, Aril dan Joe ( adik Jen,tomboy gak budak ni). Pasa Jen aku pernah cerita dalam entri lepas. Time tengah syok borak tetiba ada orang wassup aku.Aku pun bukaklah sebab mak aku yang wassup then aku try baca,aku macam blank kejap sebab pelik takkan lah mak aku yang tulis ni.Mesejnya begini:

AbG BlEr Nk BleQk??? --->100% aku copy tanpa ubah apa-apa pun



Sampai je rumah aku terus tanya mak aku pasal benda ni then dia cakap cousin aku tu yang tolong taipkan dan send wassup tu.Nasib ayat pendek je,kalau panjang berpinar biji mata aku nak faham.
Selalunya yang suka guna bahasa alien ni perempuan.Konon nak menunjukkan dorang tu manja + comel.Hatuihh!! Comel atok dia. Nasib baik kawan perempuan aku macam H dan A tak guna bahasa tulisan pelik-pelik macam ni.

Dekat bawah ni adalah a few screen shot yang aku dapat:

P/S: entri ini hanyalah sekadar perkongsian,geng-geng bahasa alien yang tersinggah dekat blog ni dan terbaca entri ni jangan marah….

Tiada ulasan: