Ahad, 27 Disember 2015

Toilet

Waktu Kejadian: 11.30 malam

Aku singgah kat satu petronas ni. Petronas tu baru buka kot sebab barang macam tak banyak, pastu bersih gilerrr ;) Biasala kalo singgah stesen minyak, mesti ada lawatan wajib ke toilet..hihi.. Bila aku lalu je nak ke toilet, akak pompuan ni suruh guna guna toilet OKU. Aku ok je sebab mungkin dia tengah bersihkan toilet biasa. Aku agak akak tu pekerja kat situ walaupun dia tak pakai pon uniform petronas yang hijau tu, tapi dia dok mundar mandir kat situ mcm baru check toilet pastu aku perasan dia dok depan borak2 nga pekerja lain.

Yang aku bengangnya, dekat 5 minit kot aku nak kunci pintu toilet tu tak dapat2. Aku cuba buka pintu dan kunci, boleh tapi bila tarik pintu rapat2, tak leh kunci plak. Lama kot aku dok try. Last2 ada sorang pekerja lelaki lalu depan aku terus aku tanya..


Kak, memang tak leh kunci ke pintu ni?

Aah, dik.. pintu ni tak leh kunci. Kalau kunci pon, orang boleh buka dari luar..


Macam #%$%$&$%! tak pompuan tadi. Apa hal ko suh aku guna toilet yang tak boleh kunci. At least, ko bagitau la awal2 boleh aku panggil abang aku jaga depan ke.. Aku tengok toilet lain semua dah bertutup rapat dan lampu dah tutup.. Maybe diorang dah bersihkan dan tak nak orang pakai ke... Memang aku menyumpah2 dalam hati.. sakit hati... 


Terus aku panggil abang aku jadi pak guard depan toilet tu..

Tiada ulasan: