Ahad, 27 Disember 2015

Apa lu ingat kerja 7E ni hina ke?

Abang aku ada sorang tu baru je habis SPM hari tu,so tak nak mereput kebosanan macam aku dia pun decide nak kerja dekat 7E yang hanya berdekatan dengan taman perumahan kita orang....disebabkan dia budak baru so dia kena kerja shift malam dan pada entah macam mana semalam time aku tengah main RC Helikopter 4 Channel.. yang ayah aku baru belikan untuk dia,tetiba terkeluar pulak cerita pasal ada sorang uncle ni tegur dia time dia tengah kerja dekat 7E tu beberapa hari lepas.


Ceritanya begini,hehe....


Jam menunjukkan enam setengah pagi.Entah apa jadi hari ni pelanggan bangun awal ke apa entah punyalah ramai.Masing-masing sibuk mencari barang keperluan ,ada yang beli roti,surat khabar, air 100 plus dan macam-macam lagilah



Tiba-tiba datang seorang pak cik umur dalam lingkungan 50 tahun tegur abang aku ni.

"Ni kerja dari pukul berapa?"

"7 malam semalam uncle"

"Ooo budak muda mana boleh letak sama-sama shift malam," balas uncle tu sambil meletak roti di atas kaunter.
Abang aku tak balas apa pun.Dia just senyum je.Btw malam tu dia bertugas dengan sorang pekerja perempuan ni.Nampak comel je orangnya tapi dah kahwin...haha

"Tu la Tuhan kasi 24 jam,ada untuk tidur ada untuk kerja.Dulu sekolah taknak belajar betul-betul kan dah kerja macam ni,"tambah Uncle tersebut sambil menepuk-nepuk bahu abang aku.

Abang aku terkedu gak time tu sampai tak tahu nak balas apa.Member perempuan dia tu dah bagi signal mata suruh dia balas apa yang uncle tu cakap

"A'ah Tuhan pun bagi akal nak fikir mana yang elok mana yang tak,belajar tinggi-tinggi mana pun tak guna kalau beratur pun tak reti,tak ada adab,macam orang tak pernah sekolah,lagipun saya ni baru je habis spm,so sementara tunggu result saya kerjalah dulu daripada melepak tak buat apa,tak guna jugak" dia pun tak tahu dari mana datang ayat tu...haha laju jer keluar dari mulut dia....

Uncle tu  tak balas apa pun,terus ambil baki duit dan roti yang dia beli lepas tu blah.

Haha begitulah ceritanya....

Moral of the story is janganlah sesuka hati pandang rendah kerja orang lain....

Tiada ulasan: