Jumaat, 25 Disember 2015

Mana Ada Hantu...

Lepas je selelsai dekat Bandar Baru Bangi,Jen tetiba cakap nak pergi Seremban.Disebabkan dia yang drive,so kita orang pon ikut jelah.Si Aril dengan H ni pun nak pergi satu lagi kedai buku dekat Seremban iaitu kedai Book Catcher. Kedai buku ni lebih kurang macam Kedai Buku Bacalah yang dekat Bandar Baru Bangi tu macam dalam entri ni. Cuma yang bezanya kedai buku ni hanya menjual buku bahasa Inggeris dari Amerika dan Britain dengan harga yang sangat murah iatu dari serendah RM 10 bagi kertas paperback dan RM15 bagi buku hardcover.
Ni lah Jen...haha

Sampai je Seremban,kita orang terus cari kedai Book Catcher tu dan apalagi boronglah nampaknya si H dengan Aril tu sebab banyak buku-buku daripada writers terkenal Amerika macam John Grisham,Charles Frezier,Stephen King,Patricia Cornwell,J.K. Rowling,Iris Johansen dan lain-lain.
Aril( yang baju hitam) dan sebelahnya aku

Then,kita orang pun gerak pergi satu mall dekat area Seremban ni sebab si Jen ni nak sahkan cerita yang dia dapat pasal mall tu.Sesampai je dekat mall tu kita orang terus pergi satu restoren fast food yang ada dalam mall tu.Apalagi melantaklah jawabnya…haha.Well typical Malaysian…budak tengah membesar makan jelah kerjanya…Time tengah sedap makan tu lah Jen bukak cerita yang kononnya semua toilet dekat mall tu tak ada cermin sebab kalau diletak cermin akan muncul kelibat menakutkan keluar dari cermin tersebut sebab kalau ikutkan cerita yang Jen dapat dari satu group wassup ni cakap sebenarnya bangunan mall tu pernah jadi bangunan terbiar selama 10 tahun sebelum dibangunkan semula untuk dijadikan mall.So Si Jen ni saja je lah nak selidik betul ke tak cerita yang dia dapat tu sebab dia memang minat dengan benda-benda paranormal cam ni.Kita orang pon ikut kan je lah si Jen ni sebab ni first time kita orang datang Seremban dan kalau kita orang balik pon bukannya ada benda sangat nak buat dekat rumah.
tak lain tak bukan,ini H....aku tyang tolong ambikkan gambar

Disebabkan still awal lagi so kita orang pun pergilah main game dekat archade and tengok wayang.Dalam lebih kurang pukul 9.30 pm barulah si Jen ni nak mulakan operasi dia.Kita orang pon pergilah ke tandas yang ada dekat belakang panggung wayang tu.Tapi bila sampai situ dia pulak mengada tak nak masuk.Last-last H pergi masuk sorang dalam tandas perempuan tu sebab kalau ikut cerita dalam tandas permpuanlah yang paling selalu orang nampak kelibat menakutkan.Tak sampai seminit H keluar semula.
aku main ambik je gambar.Aku tak kenal pun abang ni sape

H: Kau kata tandas dekat mall ni tak ada cermin ada je aku tengok.Banyak pulak tu.

Jen: ya ke? Tipulah.

H: kalau tak percaya jom ikut aku masuk.

Memang betul ada cermin dekat toilet tu macam dekat tandas biasa.Disebabkan tak puas hati Jen pun pergilah tanya dekat sorang cleaner Indon dekat situ.Cleaner tu cakap dia dah 2 tahun kerja dekat mall tu.

Jen: Akak pernah nampak hantu tak masa tengah bersihkan toilet.

Cleaner: Eh mana ada hantu.Merepek aja kamu ini.

Jen: Akak memang tak pernah jumpa ke walaupun sekali.

Cleaner: Emang nggak ada.Mau jumpa gi mana?
punyalah besar cermin.....

Haha….aku pun dah tak tahu nak cakap apa,just bantai gelak jelah dekat situ.Then time balik si Aril ni yang drive sebab Jen dok sibuk maki hamun dekat wassup….

Tiada ulasan: