Memaparkan catatan dengan label Friendship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Friendship. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

Nama panggilan

"Cicak.."


"Ish kau ni, asyik panggil aku Cicak jek.. Panggil la aku Zul"

"Zul tu hensem sangat, aku tunggu kau pakai jubah dan jumpa kau mengaji dalam masjid baru aku panggil kau Zul. Hahaha"

"Cilaka.."

"Tengok,tak layak dipanggil Zul kalau asyik mencarut jek. Hahaha"

"Astaghfirullaah kau ni,teruknya perangai"

"Tak payah pura-pura la haram. Hahaha"

Biasa arr kalau dengan member mesti ada punya nama panggilan manja camni haha...

Jumaat, 25 Disember 2015

Mana Ada Hantu...

Lepas je selelsai dekat Bandar Baru Bangi,Jen tetiba cakap nak pergi Seremban.Disebabkan dia yang drive,so kita orang pon ikut jelah.Si Aril dengan H ni pun nak pergi satu lagi kedai buku dekat Seremban iaitu kedai Book Catcher. Kedai buku ni lebih kurang macam Kedai Buku Bacalah yang dekat Bandar Baru Bangi tu macam dalam entri ni. Cuma yang bezanya kedai buku ni hanya menjual buku bahasa Inggeris dari Amerika dan Britain dengan harga yang sangat murah iatu dari serendah RM 10 bagi kertas paperback dan RM15 bagi buku hardcover.
Ni lah Jen...haha

Sampai je Seremban,kita orang terus cari kedai Book Catcher tu dan apalagi boronglah nampaknya si H dengan Aril tu sebab banyak buku-buku daripada writers terkenal Amerika macam John Grisham,Charles Frezier,Stephen King,Patricia Cornwell,J.K. Rowling,Iris Johansen dan lain-lain.
Aril( yang baju hitam) dan sebelahnya aku

Then,kita orang pun gerak pergi satu mall dekat area Seremban ni sebab si Jen ni nak sahkan cerita yang dia dapat pasal mall tu.Sesampai je dekat mall tu kita orang terus pergi satu restoren fast food yang ada dalam mall tu.Apalagi melantaklah jawabnya…haha.Well typical Malaysian…budak tengah membesar makan jelah kerjanya…Time tengah sedap makan tu lah Jen bukak cerita yang kononnya semua toilet dekat mall tu tak ada cermin sebab kalau diletak cermin akan muncul kelibat menakutkan keluar dari cermin tersebut sebab kalau ikutkan cerita yang Jen dapat dari satu group wassup ni cakap sebenarnya bangunan mall tu pernah jadi bangunan terbiar selama 10 tahun sebelum dibangunkan semula untuk dijadikan mall.So Si Jen ni saja je lah nak selidik betul ke tak cerita yang dia dapat tu sebab dia memang minat dengan benda-benda paranormal cam ni.Kita orang pon ikut kan je lah si Jen ni sebab ni first time kita orang datang Seremban dan kalau kita orang balik pon bukannya ada benda sangat nak buat dekat rumah.
tak lain tak bukan,ini H....aku tyang tolong ambikkan gambar

Disebabkan still awal lagi so kita orang pun pergilah main game dekat archade and tengok wayang.Dalam lebih kurang pukul 9.30 pm barulah si Jen ni nak mulakan operasi dia.Kita orang pon pergilah ke tandas yang ada dekat belakang panggung wayang tu.Tapi bila sampai situ dia pulak mengada tak nak masuk.Last-last H pergi masuk sorang dalam tandas perempuan tu sebab kalau ikut cerita dalam tandas permpuanlah yang paling selalu orang nampak kelibat menakutkan.Tak sampai seminit H keluar semula.
aku main ambik je gambar.Aku tak kenal pun abang ni sape

H: Kau kata tandas dekat mall ni tak ada cermin ada je aku tengok.Banyak pulak tu.

Jen: ya ke? Tipulah.

H: kalau tak percaya jom ikut aku masuk.

Memang betul ada cermin dekat toilet tu macam dekat tandas biasa.Disebabkan tak puas hati Jen pun pergilah tanya dekat sorang cleaner Indon dekat situ.Cleaner tu cakap dia dah 2 tahun kerja dekat mall tu.

Jen: Akak pernah nampak hantu tak masa tengah bersihkan toilet.

Cleaner: Eh mana ada hantu.Merepek aja kamu ini.

Jen: Akak memang tak pernah jumpa ke walaupun sekali.

Cleaner: Emang nggak ada.Mau jumpa gi mana?
punyalah besar cermin.....

Haha….aku pun dah tak tahu nak cakap apa,just bantai gelak jelah dekat situ.Then time balik si Aril ni yang drive sebab Jen dok sibuk maki hamun dekat wassup….

Jumaat, 11 Disember 2015

Tiada tajuk


Semalam lepas je habis majlis reunion tu aku dengan a few lah kawan-kawan sekolah rendah aku tu pergi hang out kejap sebab kalau duduk rumah pun bukan ada kerja sangat yang nak di buat...so nak dijadikan cerita majlis tu habis dalam pukul 12 lebih kurang dan kita orang siap kemas dewan tu dalam pukul 2...then pukul 3.30 kita orang berkumpul dekat satu restoren ni,Banana Cafe....tehn dalam pukul 4.30 lebih kita orang pergi jalan-jalan dekat taman botani,Johor...haha saja je....aku pun first time datang sini....


Korang mesti dah boleh agak aku duduk mana kan....haha...then macam biasalah hujung tahun macam ni memang tiap-tiap hari hujan so tak sampai satu jam kita orang dekat situ hujan dah mula nak turun...lepas tu kita orang apa lagi terus gerak pergi satu kedai sebab H dengan A nak makan ABC kelapa....haha kalau nak tahu H ni memang hantu ABC....time order tu memasing sibuk nak kongsi ABC tu berdua-berdua tapi si H ni relaks je order ABC kelapa yang besar tu satu untuk dia seorang....last-last H boleh habiskan ABC, yang sibuk share tu yang tak habis ......tuan kedai tu pun pelik tengok H sebab tak sangka perempuan yang badan biasa-biasa macam dia boleh habiskan seorang ABC tu....haha
memang takde kerja meng'ketedarah' benda ni time tengah hujan lebat

Lepas tu kita orang semua terus gerak sebab hujan dah makin reda....memasing bantai bawak motor tak kiralah perempuan ke lelaki sebab tak cukup umur nak ambil lesen kereta lagi haha...
Aku sampai rumah dalam lebih kurang pukul 6.30 petang....dengan baju basah memang kena bebel lah..

Nanti next entri aku nak cerita pasal a few kawan-kawan aku yang datang time reunion semalam

Jumaat, 15 Mei 2015

rela direject atau....

Ok kalau tengok tajuk kat atas tu macam entah apa jer kan...Sebenarnya benda ni pasal kawan perempuan aku iaitu A...Sesiapa yang tak kenal A & H (kawan aku jugak) disarankan untuk baca dulu entri aku yang lepas pasal cara mengekalkan persahabatan jarak jauh.Pagi tadi aku hang dengan 2 orang BFF aku ni iaitu A &H...Walaupun aku lelaki tapi aku selesa kawan dengan dorang dua ni...Aku hang dengan dorang ni pon sebab si A ni yang ajak dan H pon kebetulan tengah cuti so aku pon join laa...kalau tak memang aku tak pergi kalau kena berdua jer dengan A ni...Kita org pergi satu mall ni lepak,tengok movie ,makan2,window shopping and lastly kita org pergi MPH sebab H nak cari buku rujukan,A plak pergi rambang mata cari novel...Aku??? apalagi usya novel fixi laa...


Apa yang aku nak cerita ialah A sekrang tengah dalam keadaan .....macam mana ek nak describe...meroyan gitulah...Dia ada suka dekat sorang mamat ni dan dia dah cakap direct dekat mamat tu tapi naka tahu apa yang dia dapat....jeng jeng....mamat tu block dia dekat wechat,wassup,fb,ig.....kesian betullah...Setiap kali dia nak tegur or dekat dengan mamat tu je mulalah mamat tu menyorok /larikan diri...padahal A tak kesah pon kalau mamat tu nak reject dia tapi cakaplah terang2.....bila aku dengar cerita dia ni pon aku rasa speechless...tak tahu nak komen apa...Dia ada mintak opinion aku sebagai lelaki tapi aku just cakap...entahlah


Lagi satu,pasal si A ni gak...ada sorang mamat lain minat dia dan pernah ajak dia couple tapi dia reject sebab mamat tu pervert...eeeeiii.....kalau aku pon taknak balak macam tu.....sebenarnya aku tengah bosan padahal banyak benda kena study sebab aku masih lagi dalam mood exam sekarang ni....saja hilangkan bosan aku pergilah hang tadi dan sekarang aku taip entri dekat blog....buat blog walking...hari ni aku baru jer follow beberapa blog....sorry laa kalau cerita aku kali hambar sikit...

Tapi seriously apa yang korang akan buat kalau korang berada dalam keadaan A sekarang ni....cer komen sikit...


Kalau dekat atas tadi aku cerita pasal A,sekarang aku nak cerita pasal H plak....H ni memang tak dinafikan memang sorang yang cantik....masa kita org hang tadi banyak kali dia kena usya....disebabkan dia sekolah dekat girl school,so dia tak tahu nak react macam mana and just tayang muka takde perasaan senang cerita muka sombong....Tapi yang kita org tak tahan ialah yang usya dia tu jenis yg tak reti bahasa....dah orang tu tak nak layan dah lah...ni tidak sibuk ikut ke hulu hilir macam psycho pahal...dah lah siap bawak geng...aku kesian dekat A dan H terutamanya sebab dorang tu pompuan...bila kena ikut macam tu mestilah dorang cuak...aku pon cuak gak tapi sikit je lah...aku tak  faham betul dengan lelaki jenis macam ni...nasib baiklah dorang ikut just dalam satu jam jer....kalau tak memang aku prgi panggil guard.....

tadi masa hang aku saja ambil gamabr dorang dari belakang...janagn fikir bukan2 eh..aku bukan pervert ke apa ok...tudung merah ialah A,sebelah dia of course laa H

Ok tu jelah untuk entri kali sebab otak aku tengah swing + serabut sekarang ni sebab stress exam...aku just target untuk lulus semua subjek untuk exam kali ni...malas nak target tinggi2 sebab nanti diri sendiri yang frust tak dapat capai target.....ok wish me luck...
btw macam yang aku cakap dalam previous entry...kalaulah aku straight,cnfirm aku akan jatuh cinta dekat salah sorang antara dorang...cuba korang baca entri2 aku yang lepas pasal dorang,korang rasa aku akan fall in love denagan sape??
Entri2 tersebut ialah:

Jumaat, 1 Mei 2015

cerita

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa....aku on9 ni pon sebab aku dah fedup wat revision...aku ada mid year exam next week...wish me luck...Last 2 weeks aku ada seminar dalam seminggu dekat sekolah kawan aku iaitu H...Sape yg tak kenal H,sila baca entri2 lepas....

H ni memenag tak dinafikan seorang yg cantik tapi bagi org yg xkenal dia mungkin dorang akan cakap dia ni sombong...Akiu ni kalau pergi mana2 aku suka usha org especially jantan....haha keji sungguh perangai...dipendekkan cerita sepanjang aku seminar dekat situ aku memang selalu berkepit dengan si H ni...Ada a few benda yg aku dpt tahu sepanjang aku dekat sekolah ni...ok meh aku listkan:




  • Ada sorang pekerja lelaki kantin sekolah ni,muka not bad cuma agak rendah kalau nak dibandingkan dgn si H ni...dia ni mungkin baru habis sekolah...yg aku perasan dia ni selalu perhatikan si H ni...kalau H tu pandang dia nanti dia akan senyum,kalau H tak senyum balik dia akan pandang tempat lain...aku tanya H,
aku: wei kau tak rasa mamat tu pelik ke? dengan org lain dia xdelah senyum macam tu....tapi bila kau pandang dia senyuman dia semacam dok..

H: jadi?


aku: wei aku rasakan dia suka kau la weh...


H: ehmm,whateverlah



nampak sangat si H ni tak nak layan...pernah  sekali mamat ni try panggil  H masa si H ni tengah jalan dekat tepi kantin tu tapi macam biasa H toleh tengok dia dan sambung jalan macam takde apa2...mamat ni pernah gak berani2 halang jalan dia pastu konon cool tanya nama tapi H tak jawab apa pon senyap je sambil tayang muka sombong dia tu...mamat tu bengang terus ke tepi bagi laluan H tu nak jalan....




  • semasa seminar tu aku duduk lah dekat asrama sekolah si H ni.,aku ingatkan mamat kantin tu je yg sibuk usha dia,rupa-rupanya ada sorang pekerja dewan makan(DM) ni pon yg sibuk gak usha dia...ni adalah apa yg H cerita kat aku..aku tanya dia nape abg DM tu yg aku perasan la dok tenung dia dari first dia masuk sampailah dia dah duduk tengah makan...H cakaplah yg kwn2 dia cakap abg DM tu mungkin suka dia...abg DM tu rajin tegur dia,sampai kadang2 dia fedup nk masuk DM tu...ni antara benda yg abg tu selalu ckp dekat H:

abg dm:hi...awak mix arab ke?
H:xlah,nape tanya?
abg dm:xde apa..awk keturunan syarifah ke?
H:tak
abg dm:nama awk ada Siti tak?
H:ada.
abg dm:jadi betullah awk ni mix arab...org ada nama Siti kan keturunan arab..
H:???(speechless/pelik dari mana dia dpt fakta mengarut macam tu)

adoi senak perut aku ketawa dengar cerita si H tu...setahu aku dalam adik beradik si H ni dia sorang je yg diletak nama Siti sebab dia anak perempuan sulong...adik2 perempuan dia yg lain takde pon so datang dari mana mix arab tu...ni ada lagi yg dia ckp:

abg dm:hi lambat makan hari ni...
H:banyak kerja tadi
abg dm:hidung awk mancung la
H:xdelah (hidung si H ni memang mancung tapi dia akan deny biasanyanya)
abg dm:awk cantiklah si mancung
H:.....(xtahu nak bls apa sebab tak rasa apa pon dengan pujian tu)

H memang tak rasa apa kalau orang puji dia sebab dia agak heartless sikit...abg dm tu aku tengok muka not bad tapi cara dia nk approach H macam seorang playboy,tu yg H xnak layan...sian btol abg ni..


ok yg ni last,pasal sorang cikgu baru sekolah ni...dia baru first posting as a teacher dan dia ajar chemist...H cakap cikgu ni suka panggil dia luar waktu kelas...cikgu ni ada gak bagi H bear,coklat...pernah sekali tu H cerita,time tu gotong royong sekolah dan masa si H tengah decorate kelas dia dengan member2 dia tetiba cikgu ni masuk sambil bawak bekas bekal tingkat tu....

cikgu:eh korang taknak makan dulu ke? H jomlah makan dulu..ni saya ada bawa bekal lebih..saya masak sendiri tau..jom makan sekali..
time tu H dengan 3 org lagi member dia,so dorang duduk dekat kerusi dan makan atas meja
kawn H:cikgu masak apa..mesti sedap
cikgu:saya bawa ayam masak merah yg pedas kaw punya...awak semua sukakan  betul x H?
H:ehmm

cerita ni salah 1 member si H tu yg cerita...H ni tak boleh makan pedas tapi dia makan gak makanan tu sbb hormat dgn cikgu tu yg dah susah2 masak....dia makan sikit je pastu terus gi toilet minum air paip sebab kepedasan lepas tu dia muntahkan balik apa yg dia makan...keluar dari toilet muka dia terus ada bintik2 merah macm kena gigit nyamuk...H ni kalau makan pedas, muka and certain part badan dia akan timbul bintik merah...cikgu tu tanya nape boleh ada bintik merah tapi dia senyap je....sian betul kau ni H

aku takdelah rasa pelik kalau si H ni kena usha dengan sape pon sebab dia ni memang cantik...pengkid pon pernah nak usha tapi kalau lelaki usha pon dia tak laya apatah lagi pengkid...pernah aku dengar junior dia dekat asrama panggil dia Qu Puteh atau snow white sebab muka dia putih sangat padahal dia tak pakai apa2 pon aku rasa...bagi aku dia ni kalau sekolah campur confirm ramai budak minat dia....esok aku dah janji nak gi shopping and cari a few brg sikit dengan H dan A....best gak beli brg dengan perempuan sebab dorang ni jenis yg agak teliti dengan kualiti dan harga2 brg yg dorang nk beli...ok aku that's all....~adios~

Sabtu, 21 Mac 2015

Macam mana boleh kantoi??!!

Ok,aku dah janji dalam entri lepas aku akan cerita macam mana kawan perempuan aku,H boleh dapat tahu yang sebenarnya aku minat lelaki....kalau tak tahu siapa H sila baca entri yang lepas....
nilah dia H kalau korang lupa(lebih kurang macam ni tapi H pakai tudung)

Sebenarnya H adalah satu-satunya kawan perempuan yang aku rapat giler2 and still in contact sampai sekarang...Orang pernah ingat dia ni GF aku tapi tak pon....Kita orang lebih selesa berkawan...Family dia and family aku pon agak rapat sebab mak dia dan mak aku adalah bussiness partner....ok dah cukuplah tu sebagai mukadimah....

Macam mana boleh kantoi??/ Ehmmm.....panjang ceritanya hehe...ok aku cerita...sebenarnya aku rasa dia ni dah lama tahu pasal benda n cuma dia tak tanya direct....Pada suatuhari dia datang rumah aku sebab nak minta tolong aku tengokkan virus dalam LP dia dan bila semuanya dah selesai aku cakap dengan dia macam ni....

aku: wei H boleh tak aku copy cerita dalam desktop kau???Macam best je ...
H   : Boleh je...wei boleh tak aku pergi dapur kau nak ambil air jap,hauslah.
aku: ok
siapa yang minat drama atau artis korea biasanya dorang akan kenal sape mamat ni

Aku cepat2 copy cerita tu sebelum H datang balik....Kalau korang nak tahu cerita yang aku copy ni adalah yaoi anime.....sape yang tak tahu yaoi tu apa....yaoi tu adalah frasa yang digunakan oleh orang jepun untuk merujuk kepada hubungan lelaki dengan lelaki,senang cerita anime yaoi tu adalah anime gay....kalau untuk lesbian pula di panggil yuri....Mesti korang pelikkan kenapa perempuan macam H boleh ada anime macam tu....baiklah aku sambung cerita
ini adalah antara anime tu...anime ni nama dia junjou romantica

anime ni plak tajuk dia sekai ichi hatsukoi

Namun aku tidak bernasib baik kerana tiba-tiba LP tu hang tak tentu pasal dan proses mengcopy aku tu pun turut tersangkut separuh jalan....dan H pon entah bila dah duduk depan aku sambil cakap...

H  :kau copy cerita apa sebenarnya?
aku: Asal kau nak tahu?
H  :Kenapa kau tak jawab?
Aku dah bengang bila dia macam sengaja nak mainkan aku,so lastly aku mengaku yang aku nak copy cerita yaoi tu dari dia
gambar ni takde kena mengena...aku saja je letak

H  :apasal tak cakap kau nak cerita tu....Dalam hard disk dekat rumah aku ada banyak weh....
Aku: yeke..tapi apasal kau boleh minat anime macam ni ek??
H   :Biasalah wei,pengaruh kawan
aku:jadi kau nak cakap yang kau minat anime ni sebab kau lesbian ke??/ (yelah dia nikan sekolah perempuan,so tak mustahil kalau dia lesbian)
H  :eh mana ada,aku normallah...aku tengok anime jenis ni sebab anime yaoi ni watak dia hensem2...
aku:la sebab tu je ke....
H  :habis kau tu,sibuk sangat kenapa? kau gay eh?
Aku:apa kau mengarut ni?? haha tak lawaklah wei....(aku ketawa konon nak tunjuk yang aku tak terkejut dia tanya direct macam tu tapi serious weh jantung aku macam dah terhenti masa dia tanya tu...control jangan sampai kantoi)
H  :tak payah tipulah...aku dah tahu...relaks ah kitakan kawan....
aku:macam mana kau tahu?? kau tak marah ke?? kau still nak kawan dengan aku ke???(hah kau ambik,berdas-das soalan aku)
H  :aku selalu perasan kau suka  abang aku sampai tak berkelip mata lepas tu dok blushing sorang2...aku ni perempuan jadi aku tahulah maksud pandangan kau tu...buat apa aku nak marah kau,bukannya kau bunuh orang pon....mestilah kita still kawan...relaks ah...

Adoi kantoi sudah...tapi yang penting aku memang sayang giler dekat kau H (sebagai kawan yang paling memahami aku) sejak dari hari tu sebab aku ta sangka kau sporting giler beb...Tapi dia siap bagi amaran jangan sesekali try nak bengkok2kan abang dia kalau tak nahas....Takpelah beb kalau kau tak restu,kumbang bukan seekor ye tak...
Ini adalah A..kalau tak tau A tu siapa,sila baca entri lepas....sorry terpaksa crop

sejak dari hari tu aku selalu share story,feeling aku dekat dia sebab bagi aku dia adalah pendengar yang terbaik pernah aku jumpa setakat ni.....kata2 semangat yang dia bagi....haih kalau aku straight comfirm aku dah jatuh cinta dekat kau H....
yang ini adalah H....sorry terpaksa crop jugak

Pernah aku tunjukkan gambar sorang mamat ni yang aku add dekat fb...aku cakap dekat H yang mamat ni hensem giler tapi dia tengok kejap je pastu cakap...

H  :biasa je

Apakah....ehm  yalah taste tinggi...H ni suka lelaki yang nampak innocent,naive dan kalau boleh dia suka yang pakai cermin mata....aku dah tergelak bila cuba bayangkan ciri2 lelaki idaman dia tu sebab aku terbayang mamat tu macam gambar dekat bawah ni....
tapi aku tak rasa ada mamat skema macam ni sekarang

Mengekalkan PERSAHABATAN Jarak Jauh

Biasanya orang akan cakap pasal cara mengekalkan perhubungan cinta jarak jauh tapi aku nak cerita tentang dua orang kawan aku ni yang memang dah kawan baik since darjah satu sampailah sekarang dorang dah form 4.Dua-dua kawan aku yang aku nak cerita ni adalh perempuan ok.Ada yang kata permpuan ni selalunya lebih pentingkan pasangan mereka daripada sahabat mereka tak macam lelaki yang lebih mementangkan member daripada awek sebab ikatan brotherhood mereka.

Ok,dua orang kawan aku ni aku bagi nama A dan H jelah.Jika dilihat dari segi luaran keduanya memang mempunyai kelebihan tersendiri dan kekurangan tersendiri.Mereka nilah kawan perempuan yang aku rapat dan still in contact sampai sekarang walaupun jarang jumpa.Kalau diikutkan mereka ini agak jauh berbeza dari segi perwatakan,minat,kelebihan dan cara berfikir.Memang berbeza sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya apa yang buatkan dorang boleh jadi kawan baik.

First aku explain pasal si H ni dulu.Dia ni cantik dan memang merupakan top student semasa kita orang satu sekolah dulu.Lepas dapat result yang cemerlang dalam UPSR dia masuk ke sebuah sekolah berasrama dan juga menjadi antara best student di sana serta mendapat result PT3 yang agak gampak bagi aku.Dia ni sekolah girl school,so dia ni still single sampai sekarang walaupun ada je yang try ngurat dia.Seorang ulat buku tapi kalau korang rapat dengan dia korang akan rasa yang dia ni sangat best sebab ada je cerita yang korang boleh borak dengan dia ni.Dia ni kalau pergi hang out dia akan pakai baju biasa2 je tapi yang aku perasan still gak ada lelaki yang akan dok usha dia.Dia ni jenis yang open minded dan dia satu-satunya perempuan yang tahu aku minat lelaki......haha....Aku kantoi dengan dia dua tahun lepas.Lain kali aku cerita macam mana boleh kantoi...
korang boleh bayangkan yang si H tu lebih kurang macam ni tapi versi bertudung

Then,pasal si A ni plak.Dia ni pon bagi aku boleh tahan cantik.Budak hot dekat sekolah dia.Disebabkan keputusan UPSR dia tak begitu cemerlang,dia hanya bersekolah di sekolah menengah biasa di dalam kelas biasa(bukan RK).Walaupun dia ni tak begitu excell dalam akademik tapi dia berbakat dalam menyanyi.Dia pernah bercouple beberapa kali dan akhirnya semuanya putus begitu sahaja.Biasanya,dia ni bagi aku selalu overdressing sampai kadang2 aku dan H naik rimas tengok dia .H selalu nasihatkan dia tentang banyak perkara dan dia akan ikut kata2 H walaupun tak semua.Dulu dia ni freehair dan atas nasihat H dia dah bertudung sekarang dan baju yang dia pakai pon dah tak ketat lagi.
kalau korang try nak membayangkan si A,lebih kurang macam nilah tapi versi hijabster laa..

Ok,itu serba ringkas pasal dorang.Sekarang ni H sekolah di asrama dan jarang balik dan kadang2 sampai 2 bulan dia langsung takbalik sebab dia stay rumah kawan dia untuk study group.So,masa dorang berdua ni untuk berhubung dan bertanya khabar amatlah limited sebab H tak bawak phone ke asrama.Kalau dorang hang pon biasanya time cuti penggal atau hari raya.H ni bagi aku memang kawan yang baik sama ada untuk aku ataupun A.Dia selalu ingatkan supaya jangan langgar batas agama dan dia selalu nasihat A untuk belajar betul2 dan jangan asyik nak usha jantan je.....hehe

Antara cara yang dorang buat untuk mengekalkan persahabatan dorang ialah:


  1. mesej,wechat,wassup setiap kali si H ni balik rumah....biasanya dorang mesej waktu malam sebab waktu siang si H ni kan off phone sebab dia nak buat revision(dia ni memang tak pernah bosan belajar.....memang tabik springlah)
  2. hang out kalau ada masa
  3. Dorang selalu berjanji takkan pernah bersangka buruk dan takkan menipu satu sama lain
  4. Share segala story dan secret
  5. Saling nasihat mensihati(biasanya H yang akan nasihatkan si A ni agar jangan ambaikan study,jangan mudah percaya lelaki,jaga aurat,etc) nampak sangat si H ni caring giler pasal A
  6. Selalu belikan hadiah untuk satu sama lain
  7. Sentiasa cuba memahami antara satu sama lain
  8. Menyokong satu sama lain cth:A minat menyanyi dan H menyokong minat dia sampai sanggup jadi camera girl dia masa si A ni nak upload video nyayian dia dekat youtube
  9. Try merapatkan hubungan dengan ahli keluarga kedua belah pihak
  10. Tidak terlalu mengongkong
Walaupun ada certain tu yang macam hubungan orang bercinta tetapi bagi aku tak salah kalau diaplikasikan untuk hubungan persahabatan.Sekarang ni susah nak jumpa orang yang sibuk nak mempertahankan persahabatan.Ok lah,macam banyak sangat je aku merapu dalam entri ni.....