Jumaat, 1 Mei 2015

cerita

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa....aku on9 ni pon sebab aku dah fedup wat revision...aku ada mid year exam next week...wish me luck...Last 2 weeks aku ada seminar dalam seminggu dekat sekolah kawan aku iaitu H...Sape yg tak kenal H,sila baca entri2 lepas....

H ni memenag tak dinafikan seorang yg cantik tapi bagi org yg xkenal dia mungkin dorang akan cakap dia ni sombong...Akiu ni kalau pergi mana2 aku suka usha org especially jantan....haha keji sungguh perangai...dipendekkan cerita sepanjang aku seminar dekat situ aku memang selalu berkepit dengan si H ni...Ada a few benda yg aku dpt tahu sepanjang aku dekat sekolah ni...ok meh aku listkan:




  • Ada sorang pekerja lelaki kantin sekolah ni,muka not bad cuma agak rendah kalau nak dibandingkan dgn si H ni...dia ni mungkin baru habis sekolah...yg aku perasan dia ni selalu perhatikan si H ni...kalau H tu pandang dia nanti dia akan senyum,kalau H tak senyum balik dia akan pandang tempat lain...aku tanya H,
aku: wei kau tak rasa mamat tu pelik ke? dengan org lain dia xdelah senyum macam tu....tapi bila kau pandang dia senyuman dia semacam dok..

H: jadi?


aku: wei aku rasakan dia suka kau la weh...


H: ehmm,whateverlah



nampak sangat si H ni tak nak layan...pernah  sekali mamat ni try panggil  H masa si H ni tengah jalan dekat tepi kantin tu tapi macam biasa H toleh tengok dia dan sambung jalan macam takde apa2...mamat ni pernah gak berani2 halang jalan dia pastu konon cool tanya nama tapi H tak jawab apa pon senyap je sambil tayang muka sombong dia tu...mamat tu bengang terus ke tepi bagi laluan H tu nak jalan....




  • semasa seminar tu aku duduk lah dekat asrama sekolah si H ni.,aku ingatkan mamat kantin tu je yg sibuk usha dia,rupa-rupanya ada sorang pekerja dewan makan(DM) ni pon yg sibuk gak usha dia...ni adalah apa yg H cerita kat aku..aku tanya dia nape abg DM tu yg aku perasan la dok tenung dia dari first dia masuk sampailah dia dah duduk tengah makan...H cakaplah yg kwn2 dia cakap abg DM tu mungkin suka dia...abg DM tu rajin tegur dia,sampai kadang2 dia fedup nk masuk DM tu...ni antara benda yg abg tu selalu ckp dekat H:

abg dm:hi...awak mix arab ke?
H:xlah,nape tanya?
abg dm:xde apa..awk keturunan syarifah ke?
H:tak
abg dm:nama awk ada Siti tak?
H:ada.
abg dm:jadi betullah awk ni mix arab...org ada nama Siti kan keturunan arab..
H:???(speechless/pelik dari mana dia dpt fakta mengarut macam tu)

adoi senak perut aku ketawa dengar cerita si H tu...setahu aku dalam adik beradik si H ni dia sorang je yg diletak nama Siti sebab dia anak perempuan sulong...adik2 perempuan dia yg lain takde pon so datang dari mana mix arab tu...ni ada lagi yg dia ckp:

abg dm:hi lambat makan hari ni...
H:banyak kerja tadi
abg dm:hidung awk mancung la
H:xdelah (hidung si H ni memang mancung tapi dia akan deny biasanyanya)
abg dm:awk cantiklah si mancung
H:.....(xtahu nak bls apa sebab tak rasa apa pon dengan pujian tu)

H memang tak rasa apa kalau orang puji dia sebab dia agak heartless sikit...abg dm tu aku tengok muka not bad tapi cara dia nk approach H macam seorang playboy,tu yg H xnak layan...sian btol abg ni..


ok yg ni last,pasal sorang cikgu baru sekolah ni...dia baru first posting as a teacher dan dia ajar chemist...H cakap cikgu ni suka panggil dia luar waktu kelas...cikgu ni ada gak bagi H bear,coklat...pernah sekali tu H cerita,time tu gotong royong sekolah dan masa si H tengah decorate kelas dia dengan member2 dia tetiba cikgu ni masuk sambil bawak bekas bekal tingkat tu....

cikgu:eh korang taknak makan dulu ke? H jomlah makan dulu..ni saya ada bawa bekal lebih..saya masak sendiri tau..jom makan sekali..
time tu H dengan 3 org lagi member dia,so dorang duduk dekat kerusi dan makan atas meja
kawn H:cikgu masak apa..mesti sedap
cikgu:saya bawa ayam masak merah yg pedas kaw punya...awak semua sukakan  betul x H?
H:ehmm

cerita ni salah 1 member si H tu yg cerita...H ni tak boleh makan pedas tapi dia makan gak makanan tu sbb hormat dgn cikgu tu yg dah susah2 masak....dia makan sikit je pastu terus gi toilet minum air paip sebab kepedasan lepas tu dia muntahkan balik apa yg dia makan...keluar dari toilet muka dia terus ada bintik2 merah macm kena gigit nyamuk...H ni kalau makan pedas, muka and certain part badan dia akan timbul bintik merah...cikgu tu tanya nape boleh ada bintik merah tapi dia senyap je....sian betul kau ni H

aku takdelah rasa pelik kalau si H ni kena usha dengan sape pon sebab dia ni memang cantik...pengkid pon pernah nak usha tapi kalau lelaki usha pon dia tak laya apatah lagi pengkid...pernah aku dengar junior dia dekat asrama panggil dia Qu Puteh atau snow white sebab muka dia putih sangat padahal dia tak pakai apa2 pon aku rasa...bagi aku dia ni kalau sekolah campur confirm ramai budak minat dia....esok aku dah janji nak gi shopping and cari a few brg sikit dengan H dan A....best gak beli brg dengan perempuan sebab dorang ni jenis yg agak teliti dengan kualiti dan harga2 brg yg dorang nk beli...ok aku that's all....~adios~

Tiada ulasan: