Sabtu, 21 Mac 2015

Mengekalkan PERSAHABATAN Jarak Jauh

Biasanya orang akan cakap pasal cara mengekalkan perhubungan cinta jarak jauh tapi aku nak cerita tentang dua orang kawan aku ni yang memang dah kawan baik since darjah satu sampailah sekarang dorang dah form 4.Dua-dua kawan aku yang aku nak cerita ni adalh perempuan ok.Ada yang kata permpuan ni selalunya lebih pentingkan pasangan mereka daripada sahabat mereka tak macam lelaki yang lebih mementangkan member daripada awek sebab ikatan brotherhood mereka.

Ok,dua orang kawan aku ni aku bagi nama A dan H jelah.Jika dilihat dari segi luaran keduanya memang mempunyai kelebihan tersendiri dan kekurangan tersendiri.Mereka nilah kawan perempuan yang aku rapat dan still in contact sampai sekarang walaupun jarang jumpa.Kalau diikutkan mereka ini agak jauh berbeza dari segi perwatakan,minat,kelebihan dan cara berfikir.Memang berbeza sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya apa yang buatkan dorang boleh jadi kawan baik.

First aku explain pasal si H ni dulu.Dia ni cantik dan memang merupakan top student semasa kita orang satu sekolah dulu.Lepas dapat result yang cemerlang dalam UPSR dia masuk ke sebuah sekolah berasrama dan juga menjadi antara best student di sana serta mendapat result PT3 yang agak gampak bagi aku.Dia ni sekolah girl school,so dia ni still single sampai sekarang walaupun ada je yang try ngurat dia.Seorang ulat buku tapi kalau korang rapat dengan dia korang akan rasa yang dia ni sangat best sebab ada je cerita yang korang boleh borak dengan dia ni.Dia ni kalau pergi hang out dia akan pakai baju biasa2 je tapi yang aku perasan still gak ada lelaki yang akan dok usha dia.Dia ni jenis yang open minded dan dia satu-satunya perempuan yang tahu aku minat lelaki......haha....Aku kantoi dengan dia dua tahun lepas.Lain kali aku cerita macam mana boleh kantoi...
korang boleh bayangkan yang si H tu lebih kurang macam ni tapi versi bertudung

Then,pasal si A ni plak.Dia ni pon bagi aku boleh tahan cantik.Budak hot dekat sekolah dia.Disebabkan keputusan UPSR dia tak begitu cemerlang,dia hanya bersekolah di sekolah menengah biasa di dalam kelas biasa(bukan RK).Walaupun dia ni tak begitu excell dalam akademik tapi dia berbakat dalam menyanyi.Dia pernah bercouple beberapa kali dan akhirnya semuanya putus begitu sahaja.Biasanya,dia ni bagi aku selalu overdressing sampai kadang2 aku dan H naik rimas tengok dia .H selalu nasihatkan dia tentang banyak perkara dan dia akan ikut kata2 H walaupun tak semua.Dulu dia ni freehair dan atas nasihat H dia dah bertudung sekarang dan baju yang dia pakai pon dah tak ketat lagi.
kalau korang try nak membayangkan si A,lebih kurang macam nilah tapi versi hijabster laa..

Ok,itu serba ringkas pasal dorang.Sekarang ni H sekolah di asrama dan jarang balik dan kadang2 sampai 2 bulan dia langsung takbalik sebab dia stay rumah kawan dia untuk study group.So,masa dorang berdua ni untuk berhubung dan bertanya khabar amatlah limited sebab H tak bawak phone ke asrama.Kalau dorang hang pon biasanya time cuti penggal atau hari raya.H ni bagi aku memang kawan yang baik sama ada untuk aku ataupun A.Dia selalu ingatkan supaya jangan langgar batas agama dan dia selalu nasihat A untuk belajar betul2 dan jangan asyik nak usha jantan je.....hehe

Antara cara yang dorang buat untuk mengekalkan persahabatan dorang ialah:


  1. mesej,wechat,wassup setiap kali si H ni balik rumah....biasanya dorang mesej waktu malam sebab waktu siang si H ni kan off phone sebab dia nak buat revision(dia ni memang tak pernah bosan belajar.....memang tabik springlah)
  2. hang out kalau ada masa
  3. Dorang selalu berjanji takkan pernah bersangka buruk dan takkan menipu satu sama lain
  4. Share segala story dan secret
  5. Saling nasihat mensihati(biasanya H yang akan nasihatkan si A ni agar jangan ambaikan study,jangan mudah percaya lelaki,jaga aurat,etc) nampak sangat si H ni caring giler pasal A
  6. Selalu belikan hadiah untuk satu sama lain
  7. Sentiasa cuba memahami antara satu sama lain
  8. Menyokong satu sama lain cth:A minat menyanyi dan H menyokong minat dia sampai sanggup jadi camera girl dia masa si A ni nak upload video nyayian dia dekat youtube
  9. Try merapatkan hubungan dengan ahli keluarga kedua belah pihak
  10. Tidak terlalu mengongkong
Walaupun ada certain tu yang macam hubungan orang bercinta tetapi bagi aku tak salah kalau diaplikasikan untuk hubungan persahabatan.Sekarang ni susah nak jumpa orang yang sibuk nak mempertahankan persahabatan.Ok lah,macam banyak sangat je aku merapu dalam entri ni.....



Tiada ulasan: