Dalam majlis reunion ni aku nampaklah ada a few kawan-kawan aku yang dah berubah….dari segi fizikal mahupun sikap…kalau dulu pendiam nak mampus sekarang dah gila-gila sikit…yang dulu nak tegur perempuan pun macam nak salam tangan tok kadi takutnya,sekarang awek keliling pinggang,pantang nampak yang cantik sikit je mulalah nak mengayat….majlis ni takdelah gempak sangat tapi ok lah sebab dapat pujian daripada satu-satunya cikgu yang datang tu…
Tapi yang aku tak boleh blah sebab ketua kita orang yang kita orang panggil the big boss sebab dia gemuk,siap upah camera man, dua orang untuk majlis tu padahal budak-budaknya setakat 21 orang je….
Pasal camera man dua ekor ni ada satu yang aku aim giler…aku aim dia bukan sebab dia hensem kea pa tapi sebab dia suka ambil gambar curi-curi….mesti korang tertanya-tanya apasal curi-curi, kan dah memang tugas hakiki dia ambil gambar time majlis tu…maksud aku curi-curi tu ialah dia suka ambil gambar H….dekat mana ada H dekat situlah dia akan ambil gambar….time dia tengah transfer gambar tu masuk dalam laptop the big boss kita orang tu aku ada perasan yang ada certain gambar yang sengaja tak masukkan dan bila aku perhati betul-betul gambar yang dia tak masukkan tu semua gambar candid H, time H tengah makan,berjalan,borak,gelak….aku tak tahu apa niat dia so aku ceritalah dekat A….
Dan jawapan kenapa dia buat macam tu sebab dia kata dia suka H…haha yang ni memang aku dah jangka…Dia kata dia ada try tegur H tapi H macam tak nak layan dia….memanglah sebab awal-awal lagi A dah bagi tahu H yang dia dah ada awek….
Ada banyak lagi cerita time reunion ni tapi takut korang malas pulak nak baca kalau aku tulis panjang….*macamlah ada yang baca blog ni* uhuk uhuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan