Ahad, 27 Disember 2015

KFC

Gi KFC (selepas bengang tak dapat parking depan kedai biasa) Ada bebudak pompuan queue depan aku (3 orang) Semua maybe student lagi tapi macam budak U pun ada gak.Aku just gelarkan dorang Budak GG( gedik giler) Yang bebudak ni time order ayam, setiap kali akak tu tanya dia, dia akan tanya kawan dia.

Akak KFC : Selamat datang.. Makan sini atau bawak balik?

Budak GG : (toleh kat kawan) makan sini ke bawak balik? - kawan dia jawab bungkus.

Akak KFC : Nak set atau ala carte?

Budak GG : (toleh lagi) set ke ala carte?

Akak KFC : Original ke Hot n SPicy?

Budak GG : (mari toleh menoleh) .....kesudahannya.. setiap kali tanya setiap kali itu la toleh kawan..

Menyampah giler aku. Dah tadi beratur panjang2 bukannya nak decide dari awal pun. Aku tengok line sebelah lebih laju dari lineaku.Time turn aku

 Akak KFC : (akak ke? bolehlah...) Selamat datang....

Aku : Makan sini, 2 set snack plate,satu ori satu hot, air tukar satu milo, satu stroberi, tambah cheesy wedges.

Akak KFC : Tu aje? Ada lagi?

Aku : Tu aje.... Kan bahagia orang yang beratur belakang aku....

Tiada ulasan: