Memaparkan catatan dengan label Students HS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Students HS. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

Pengalaman pelik aku di asrama

Ada a few cousin aku yang akan start masuk asrama awal tahun depan so aku pun dengan senang hati berkongsilah cerita pasal hostel sekolah aku dengan dorang dan antara cerita yang antaranya ialah cerita time aku orientasi time form one dulu haha…

Pergh,memang bernasib baik giler asrama aku takde ragging bagai,so memang takdelah apa sangat tapi adalah a few pantang larang yang harus dipatuhi sebagai junior.Then bermulalah orientasi dekat asrama dalam seminggu lebih kurang.

Banyaklah jugak aktiviti mengarut yang senior-senior tu suruh buat.Antaranya:

1)ambik tanda tangan setiap biro dan penolong biro( ada dalam 10 orang) susah weh nak dapat lagi-lagi senior yang kerek,macam-macam dia suruh kau buat.

2)Nyanyi lagu asrama( sekarang aku dah tak ingat dah lagu natang jadah ni)

3)ada gak sesi abang-adik angkat,haha time ni aku dapat sorang abang angkat….haha kalau korang tanya aku muka dia hensem ke tak,aku akan cakap muka dia macam anak mami sikit,but tak hensem pun bagi aku….haha…dan kita orang tak pernah buat apa-apa yang @#$@#*….just adik abang biasa…

And banyak lagi sebenarnya aktiviti mengarut sepanjang orientasi tu…tapi ada satu yang aku ingat giler sampai sekarang.

Aku lupa benda ni jadi time malam orientasi yang ke berapa.Disebabkan kena solat isyak dan maghrib berjemaah,so sebagai junior aku kenalah datang awal ke surau asrama.Dekat asrama aku ni agak strict sikit pasal masa especialy untuk junior.Waktu pagi breakfast,budak junior pukul 6.30 dah tak boleh ada dekat Dewan makan sebab time tu senior tengah sibuk nak breakfast, macam tu jugak waktu dinner,6.30 dah kena siap pergi surau,buatlah apa yang patut dekat surau tu ,kemas ke,sapu sikit-sikit then bentang sejadah atau buat homework sementara tunggu waktu maghrib….waktu mandi pun kalau boleh kena awal sebab kalau senior masuk then ada lagi budak junior dalam tu memang siaplah….

Tapi jangan risau hostel sekolah aku ni takdelah sepak terajang tu semua sebab budak-budak sekolah semua kaki ngadu…yalah memasing anak PPD, doktor,lawyer bagai….parents aku ,memang dorang tak kisah pun pasal benda-benda ni then aku pun malas nak ngadu ke apa…

First story
Alamak sorry jauh pulak aku melalut,back to the main point,time tu aku pergi surau then disebabkan lama lagi nak maghrib aku pun niat beriktikaf then aku pun capailah satu Al-Quran ni….time aku baru je start nak baca,ada orang tepuk belakang aku dan hulur tang nak bersalam.Aku just fikir mungkin budak baru gak macam aku so aku pun salam tanpa pandang muka dia.Time aku salam tu aku terkejut sebab tangan dia sejuk sangat.Sebaik je aku lepaskan tangan dia aku terus pusing belakang dan takde sape pun belakang aku,yang paling dekat dengan aku pun just sekelompok budak-budak dalam jarak 2 meter yang memang dah duduk dekat situ dari start aku sampai surau ni lagi.

Second story
Benda ni jadi lepas je solat isyak pada hari yang sama.Senior-senior poyo ni tetiba nak suruh kita orang berpuisi bagai…last-last disebabkan takde yang volunteer,acara puisi dibatalkan dan diganti dengan ceramah merepek dari senior-senior tu.Time tu still dalam surau,then untuk menambah gimik kononnya,lampu dipadamkan dan kita orang bebudak form 1 ni di suruh tutup mata,time tu adalah senior sengal mana entah pasang lagu mandayu-dayu bagai….pergh,aku rasa nak terlelap time tu haha….aku tak rasa takut pun sebab yalah time tu budak lagi innocent,otak suci so tak terfikir pasal hantu-hantu bagai ni…haha…tapi disebabkan tak nak kena marah aku tahan lah gak dari terlelap…then ada budak belah kanan aku tetiba genggam tangan aku,time senior-senior mereng tu dah sibuk maki hamun terpekik-pekik sampai aku rasa ada air liur terpecik kena aku….haha over sangat…then budak belah kiri aku pulak genggam tangan aku,time tu aku rasa jantung aku dah berhenti bergerak,sebab apa…sebab tangan sejuk giler,lembut pulak tu,so that time baru aku start fkir bukan-bukan…

Tak lama lepas tu lampu pun dibuka semula dan kita orang disuruh buka mata semula…lepas buka je mata entah kenapa tetiba aku rasa tangan kanan aku dah dilepaskan tapi tangan kiri still digenggam…so aku decide nak toleh kanan dan takde orang pon dekat sebelah kana aku…bila tengok takde orang aku terus toleh kiri dan dekat situ ada sorang budak ni tengah genggam tangan kiri aku….aku pandang dia,dia pun pandang aku balik…dari mata turun ke hati….ceit jangan merepek…time tu aku terus tanya dia

“kau ni manusia ke?”

Dia tak jawab tapi dia tiba-tiba panggil sorang senior yang ada dekat situ sambil tunjukkan jari dia kearah aku.Rupa-rupanya tu abang dia,biro kerohanian.Abang dia pandang aku macam nak makan beb.Then abang just cakap takde apa pun.WHAT THE…

So disebabkan curios nak tahu apa jadi aku pun pergilah dorm abang dia tu sebab sebelum balik dorm aku nampak budak tu macam ada cakap something dengan abang dia…cewah punyalah berani pergi dorm senior…biro plak tu…

Sampai dorm aku teruslah tanya,blabla bla....................
Dan ceritanya ialah,budak tu ada sixth sense so time dekat surau tu dia rasa ada something dengan orang yang duduk sebelah dia which is aku,sebab tu lah dia genggam tangan aku sampailah abang dia cakap takde apa-apa pun…Then apasal tangan dia sejuk giler,abang dia cakap dia memang dah macam tu sejak lahir,family dia pun tak tahu kenapa….

Dan budak tu sampai sekarang jadi best friend aku…haha…And setiap kali aku pegang tangan,still gak sejuk macam masa first time dia genggam tangan aku 4 tahun lepas…Kalau aku tengah marah ke apa ke selalunya aku akan pergi dekat dia then lekapkan tangan dia dekat pipi aku…haha…nasib baik dia jenis yang sporting,tak kisah pun…

Jumaat, 19 Jun 2015

Al-kisah budak hostel#1

Firstly,aku nak ucapkan selamat berpuasa....Alhamdulillah first puasa tahun ni aku dapat sambut dekat rumah....ok kalau tengok dekat tajuk tu mesti dah boleh agak aku nak cerita apa.....
novel ni aku dah baca sekali....komen aku,best giler novel ni...salah satu novel keluarana fixi

Weh bulan puasa mana ada hantu....memanglah tapi aku tetap nak cerita jugak...Benda jadi dekat one of my best friend dekat hostel...dorm kita orang memang sebelah menyebelah je,sekelas pulak tu dari form 1 sampai sekarang aku dah form 4,so aku memang kira kamceng giler ah dengan mamat ni...ayah dia ni tabligh,mak dia pulak cikgu bertudung labuh,so kiranya dia ni alim la jugak...

ok stop dulu intro pasal dia...now aku nak cerita apa yang sebenarnya terjadi...3hari lepas dia ni tetiba terbangun dalam pukul 4 lebih sebab nak pergi toilet...so dia tak kejut sape2 dan nak pergi sorang,tetiba sorang member dorm dia ni pon bangun sama sebab nak pergi toilet gak....tapi dorang tak bertegur sape sebab masing2 tengah mamai dan hanya fikir nak langsaikan hajat secepat mungkin dan sambung tidur....masa pergi toilet takde apa2 tapi masa balik dari toilet tu yang pelik...kawan aku ni dah dengar member dia keluar dari toilet jadi dia pon cepat2 lah keluar sebab taknak sorang2 dekat situ...tapi bila dia kelaur member dia tu dah takde dekat situ....bila tengok dekat koridor pon lengang je.....
ini bukan gambar hostel aku..haha

'Aik...laju betul budak ni jalan balik dorm...' dia cakap dalam hati....then dia cepat2 balik dorm dan nampak member dia tu tengah tidur...tapi masalahnya ada sorang member dorm aku cakap yang dia nampak kawan aku ni pergi toilet sorang je,dia tak nampak orang lain pon...

sebenarnya ramai yang pernah terkena benda ni...tahun lepas,ada sorang member aku ni terkejut nampak aku dekat dorm...

member : weh kau bukan dekat toilet ke tadi
aku         : hotak kau,aku belum pergi toilet lagi laa...kau nampak Hariss(kembar tak seiras aku kot tadi.....
member:betul...aku nampak kau...kita kenal dah lebih 3 tahun,takkan lah aku tak dapat nak bezakan kau dengan Hariss tu...
aku        :kau salah nampak kot...tulah rabun taknak pakai cermin mata...haha
member:betul la aku nampak kau...tak percaya kau tanya Soleh....dia dengan aku dekat toilet tadi

Then,Soleh tu pon datang and aku terus tanya dia

aku   : weh kau dengan azam(member tadi) pergi toilet ke tadi?
soleh: haah...aku nak ajak kau sekali tapi tetiba nampak kau dekat singki tu,then kau masuk toilet aku pon masuklah toilet sebelah kau...bila aku keluar,azam cakap kau belum keluar lagi...lama jugaklah kau dalam toilet...kita orang ada cakap yang kita orang nak pergi dulu dekat kau....kenapa kau tak dengar ke?
aku  : sebenarnya kan aku belum pergi toilet lagi....aku busy buat karangan dari tadi...

Then tetiba Hariss datang

aku    :weh kau pergi toilet floor aku tak tadi...
hariss:tak..nape?
aku    :takde apalah (sambil pandang soleh)....

malam tu kita orang tidur ramai2,rapat2 sampai rasa rimas giler sebab seram...bila ingat balik memang kelakar giler...tu lah dia antara cerita dekat hostel aku...yelah umur sekolah tu pon dah seratus tahun nak buat macam mana....kalau ada apa2 cerita pasal hostel korang sharelah dengan aku...setakat ni aku tak pernah lagi laa kena yang teruk2 sampai pengsan ke demam ke....ada banyak lagi cerita sebenarnya tapi nantilah aku post ok.....

Jumaat, 6 Mac 2015

My life as a form 4 science student

Sepatutnya dalam entri yang lepas aku cerita pasal study aku sekarang ni tapi dah melalut sampai  ke laut merah....
aku budak aliran sains...gambar ni takde kena mengena dengan apa2 pon...so abaikan

ok,bagi aku berada dalam form 4 ni takdelah heaven mana macam yang aku nampak senior2 aku dulu..kena struggle untuk SPM start dari sekarang sebab each year SPM becoming more tough...with KBATS,HOTS questions,amali,presentations,orals,assigments ang etc...kalau ada sesiapa yang dah habis sekoalha menengah tu tak percaya dan tak tahu pasal istilah2 yang aku gunakan tu sila tanya adik2 anda atau tanya Mr.Google.....setiap benda2 ni ada menyumbangkan markah dalam paper SPM...dan kau kena start buat benda ni masa form 4...MAMPOSSSS....


nasib baik laa aku dapat subjek elektif yang aku suka....sekarang aku tengah prepare untuk next coming exam that is just around the corner from this sec...dengan cikgu yang asyik absent,cikgu yang mengajar laju although we've said that we don't understand and just continue teaching like we never said anything...ok this terrible...but there also a few teachers that are actually quite good when teaching...but the others ke laut....aku bukan nak kutuk cikgu ke apa tetapi sekarang ni bagi aku sistem pendidikan negara kita tengah kucar kacir...yes I admit that most of the teachers nowadays are really stress dengan sistem yang ada sekarang ni tapi kenalah faham walaupon kami ni klusters school students tak sememstinya kami ni genius atau already know the subject that they teach...kami ni manusia biasa....walaupon aku tahu cikgu2 yang aku maksudkan tak baca blog aku ni,tapi aku tetap nak tulis kat sini....kalau subjek yang cikgu2 ni ajar just subjek biasa macam sivik/PJK aku tak kesah sangat tapi kalau yang diaorang ajar tu fizik,B.Malaysia/subjek2 teras lain macam mana..tak ke lingkup....

Jadi solutionnnya aku dengan abang aku terpaksa buat revision or the simplest way is studying by ourselves....aku berharap sangat cikgu yang aku maksudkan dekat atas tu tukar cara dia mengajar...aku ada gak pergi tuition classes dan yang aku agak suak dengan cikgu2 tuition ni ialah dorang mengajar kita dengan sangat jelas dan bagi banyak handout and exercises untuk kita fahamkan lagi apa yang diajar...kiranya berbaloilah jugak kalau bayar mahal2....sekarang ni tuition untuk satu subjek upper form purata harganya ialah RM 70 -RM100...aku tak tahulaj dekat tempat lain macam mana....abang aku yang sulong lebih suka upah private tutor tapi aku dengan abang aku yang second lebih suka pergi tuition class...mungkin sebab bagi kita orang tuition class biasa pon dah mencukupi daripada private tutor yang harganya untuk satu subjek ialah RM400++SEBULAN...

Aku tahu guru adalah kerja yang mulia...dan memang respect giler dengan para guru ni.....ini hanyalah pendapat mengenai beberapa oarang guru di sekolah aku...but about another school aku malas nak ambil port sangat...

Isnin, 22 Disember 2014

First Batch PT3

Tak rasa apa2 masa ambil result exam tadi...tak tahu kenapa.Mungkin sebab aku dah dapat agak resultnya macam mana,so tak adalah adegan drama sedih air mata dekat situ...tak perlulah aku cakap result aku berapa,yang penting aku tak kena tendang dari sekolah.Sekolah aku ni strict sikit pasal result exam.Sesiapa yang dapat kurang dari 4A sangat2lah digalakkan keluar dari sekolah ni dan berpindah ke sekolah biasa sebelum ada cikgu yang suruh korang pindah dari sekolah tu.Bagi form 1 tahun depan yang nak masuk sekolah aku ni,result at least 3A2B(Math&Sains:A).Bagi form 4 tahun depan yang nak masuk sekolah ni mesti at least 6A....sebab sekolah aku ni sekolah kluster kecemerlangan,so memang tak boleh nak buat apalah...kalau korang tak tahu sekolah kluster tu apa,pergi tanya dekat Encik Google...Aku tadi lepas ambil result aku terus blah...Makin lama dekat situ makin banyak pula drama swasta,anak-beranak,adik-beradik,sahabat handai or what ever yang saksikan dekat situ...Cikgu semua happy je aku tengok...Untuk sehari dua ni aku mungkin tak buka fb dan twitter sebab PT3 ni masih panas diperkatakan...TL,News feed &wall aku penuh dengan PT3 punya cerita...parents aku pula relax je aku tengok...



Ok,tamat sudah sesi luahan perasaan dekat atas tu.Sekarang aku nak cerita pasal trend budak2 baru nak up sekarang ni(aku pon sebenarnya tergolong dalam golongan baru nak up ni tapi aku tak buat benda2 bodoh ni),ada certain(means bukan semua) pergi scan dorang punya result and then post dekat fb,insta ataupun blog,kononnya nak share dengan friends and followers dorang especially budak2 hot stuff tu...kalau post result ok or gempak tu,memang berderet laa orang ucap congrates.Habis yang result berderet fail tu apasal nak post gak result korang tu...dah bodoh pon nak tunjuk dekat orang apahal..nak minta simpati ke hape...tapi aku tak adalah nak galakkan korang yang result ok untuk pergi post result korang tu sebab benda ni boleh menyebabkan timbulnya perasaan riak,takbur,sombong dan berlagak...Lagipun.kebanyakkan friends,followers korang dekat media sosial ni bukan semua korang kenal  pon...entah2 lebih 50% korang tak pernah kenal pon...Yelah media sosial ni kan universal..aku ada juga friends dari US..Kita orang setakat DM dekat twitter je...sebab tu aku malas nak kongsi sangat gambar aku or family dekat media sosial ni.Yelah,manusia yang rambut sama hitam pon hati boleh lain2 inikan pula yang rambutnya bukan warna hitam...(kalau korang tak faham apa aku tulis,buat2 paham sudah).Korang tengok sendirilah gambar screen shot dekat bawah ni...
ok laa tu...daripada langsung tiada A

Aku tak jumpa pula status budak yang scan slip result dia,jadi gambar ni je yang ada.Tapi gambar yang seterusnya ini aku tak berapa berkenan...


Aku memang tak faham kenapa la dengan budak seekor ni....Kalau ya pon frust tertonggeng2 pasal result tak berapa elok,tak payah la nak status macam ni..Nasib baik setakat ni aku tak terjumpa lagi budak UPSR & SPM buat status macam ni...Kalau kau asyik mengharapkan gred akan turun,sampai bila2lah kau tak akan maju dan berdaya saing...Aku rasa apa yang kerajaan buat ni ada juga kebaikkannya...

Lepas itu ada pula yang bergaduh sebab cakap PMR tu senang...Bagi akulah,peperiksaan semua susah.Kalau nak senang baik kau stay je dekat Tadika or Prasekolah.....






Adohai...masing2 kan dah besar..pasal benda ni pon nak gaduh..sebab tu la aku malas nak online masa budak2 baru dapat result sebab News feed dan TL penuh pasal result je...bosan...Relaks ahh,PT3 bukan pengakhiran untuk segala2nya...SPM menanti...Plus,tak payahlah sibuk nak membandingkan batch siapa yang examnya paling susah sebab tak menggangu hidup kau pon kalau soalan dia susah atau senang...Yang terakhir dari aku....gud luck next year...Ang one more thing aku nak tanya,kutuk-mengutuk memang dah jadi budaya kita ke apa?? Kata rakyat Malaysia berbudi bahasa...

Khamis, 18 Disember 2014

Hostel

Asrama...tak ramai yang dapat merasai nikmat dan seksanya duduk di asrama...hanya insan2 terpilih(seperti aku) saja yang dapat duduk di asrama...sejak akhir2 ni,aku selalu dengar pasal kes buli membuli kalau asrama lelaki aku tak heran sangat tapi ni asrama pompuan pon ada, apakah...wei masing2 dah besar laa.Takyah laa sibuk nak buli2 orang...bagi aku pembuli ni adalah orang yang paling LOSER tau tak...kau nak tunjuk kau hebat tapi belasah junior atau kawan sama batch secara berjemaah apahal...kalau betul hebat ,lawan 1 on 1 laa...Lagi satu,seniorisme...ni yang paling aku benci sejak aku form 1...cubalah kikis jurang antara senior junior tu...aku tak faham betul laa...lantak laa junior ke senior tu nak buat apa asalkan tak ganggu hidup korang...dia orang nak hisap rokok ke,nak fly ke or whatever sekalipon,lantak arr...tu masalah dia orang arr..

Aku tau aku bukannya baik sangat pon...tapi aku langsung tak terlibat dengan segala benda2 aku tulis kat atas tu...parents hantar masuk asrama supaya kita belajar berdikari,bukannya buat onar...kat asrama ada lagi satu masalah iaitu gangguan makhluk halus..ni yang malas ni..setakat ni aku tak pernah kene laa tapi budak dorm aku pernah kene...meraung bagai...sampaikan ada sorang kawan aku tak bagi tutup semua lampu kalau nak tido...dia suruh buka at least satu lampu sebab dia takut....aku dah lah jenis susah nak tido kalau ada cahaya...tapi tu aku tak kesah sangat...ok tu jela...korang kalo ada cerita best kat asrama yang korang rasa unik bolehlah share dengan aku...wassalam

aku tak ada dalam gambar ni....
dalam gambar ni pon aku tak ada sebab aku yang tangkap gambar..haha