Memaparkan catatan dengan label #hostel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #hostel. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

Pengalaman pelik aku di asrama

Ada a few cousin aku yang akan start masuk asrama awal tahun depan so aku pun dengan senang hati berkongsilah cerita pasal hostel sekolah aku dengan dorang dan antara cerita yang antaranya ialah cerita time aku orientasi time form one dulu haha…

Pergh,memang bernasib baik giler asrama aku takde ragging bagai,so memang takdelah apa sangat tapi adalah a few pantang larang yang harus dipatuhi sebagai junior.Then bermulalah orientasi dekat asrama dalam seminggu lebih kurang.

Banyaklah jugak aktiviti mengarut yang senior-senior tu suruh buat.Antaranya:

1)ambik tanda tangan setiap biro dan penolong biro( ada dalam 10 orang) susah weh nak dapat lagi-lagi senior yang kerek,macam-macam dia suruh kau buat.

2)Nyanyi lagu asrama( sekarang aku dah tak ingat dah lagu natang jadah ni)

3)ada gak sesi abang-adik angkat,haha time ni aku dapat sorang abang angkat….haha kalau korang tanya aku muka dia hensem ke tak,aku akan cakap muka dia macam anak mami sikit,but tak hensem pun bagi aku….haha…dan kita orang tak pernah buat apa-apa yang @#$@#*….just adik abang biasa…

And banyak lagi sebenarnya aktiviti mengarut sepanjang orientasi tu…tapi ada satu yang aku ingat giler sampai sekarang.

Aku lupa benda ni jadi time malam orientasi yang ke berapa.Disebabkan kena solat isyak dan maghrib berjemaah,so sebagai junior aku kenalah datang awal ke surau asrama.Dekat asrama aku ni agak strict sikit pasal masa especialy untuk junior.Waktu pagi breakfast,budak junior pukul 6.30 dah tak boleh ada dekat Dewan makan sebab time tu senior tengah sibuk nak breakfast, macam tu jugak waktu dinner,6.30 dah kena siap pergi surau,buatlah apa yang patut dekat surau tu ,kemas ke,sapu sikit-sikit then bentang sejadah atau buat homework sementara tunggu waktu maghrib….waktu mandi pun kalau boleh kena awal sebab kalau senior masuk then ada lagi budak junior dalam tu memang siaplah….

Tapi jangan risau hostel sekolah aku ni takdelah sepak terajang tu semua sebab budak-budak sekolah semua kaki ngadu…yalah memasing anak PPD, doktor,lawyer bagai….parents aku ,memang dorang tak kisah pun pasal benda-benda ni then aku pun malas nak ngadu ke apa…

First story
Alamak sorry jauh pulak aku melalut,back to the main point,time tu aku pergi surau then disebabkan lama lagi nak maghrib aku pun niat beriktikaf then aku pun capailah satu Al-Quran ni….time aku baru je start nak baca,ada orang tepuk belakang aku dan hulur tang nak bersalam.Aku just fikir mungkin budak baru gak macam aku so aku pun salam tanpa pandang muka dia.Time aku salam tu aku terkejut sebab tangan dia sejuk sangat.Sebaik je aku lepaskan tangan dia aku terus pusing belakang dan takde sape pun belakang aku,yang paling dekat dengan aku pun just sekelompok budak-budak dalam jarak 2 meter yang memang dah duduk dekat situ dari start aku sampai surau ni lagi.

Second story
Benda ni jadi lepas je solat isyak pada hari yang sama.Senior-senior poyo ni tetiba nak suruh kita orang berpuisi bagai…last-last disebabkan takde yang volunteer,acara puisi dibatalkan dan diganti dengan ceramah merepek dari senior-senior tu.Time tu still dalam surau,then untuk menambah gimik kononnya,lampu dipadamkan dan kita orang bebudak form 1 ni di suruh tutup mata,time tu adalah senior sengal mana entah pasang lagu mandayu-dayu bagai….pergh,aku rasa nak terlelap time tu haha….aku tak rasa takut pun sebab yalah time tu budak lagi innocent,otak suci so tak terfikir pasal hantu-hantu bagai ni…haha…tapi disebabkan tak nak kena marah aku tahan lah gak dari terlelap…then ada budak belah kanan aku tetiba genggam tangan aku,time senior-senior mereng tu dah sibuk maki hamun terpekik-pekik sampai aku rasa ada air liur terpecik kena aku….haha over sangat…then budak belah kiri aku pulak genggam tangan aku,time tu aku rasa jantung aku dah berhenti bergerak,sebab apa…sebab tangan sejuk giler,lembut pulak tu,so that time baru aku start fkir bukan-bukan…

Tak lama lepas tu lampu pun dibuka semula dan kita orang disuruh buka mata semula…lepas buka je mata entah kenapa tetiba aku rasa tangan kanan aku dah dilepaskan tapi tangan kiri still digenggam…so aku decide nak toleh kanan dan takde orang pon dekat sebelah kana aku…bila tengok takde orang aku terus toleh kiri dan dekat situ ada sorang budak ni tengah genggam tangan kiri aku….aku pandang dia,dia pun pandang aku balik…dari mata turun ke hati….ceit jangan merepek…time tu aku terus tanya dia

“kau ni manusia ke?”

Dia tak jawab tapi dia tiba-tiba panggil sorang senior yang ada dekat situ sambil tunjukkan jari dia kearah aku.Rupa-rupanya tu abang dia,biro kerohanian.Abang dia pandang aku macam nak makan beb.Then abang just cakap takde apa pun.WHAT THE…

So disebabkan curios nak tahu apa jadi aku pun pergilah dorm abang dia tu sebab sebelum balik dorm aku nampak budak tu macam ada cakap something dengan abang dia…cewah punyalah berani pergi dorm senior…biro plak tu…

Sampai dorm aku teruslah tanya,blabla bla....................
Dan ceritanya ialah,budak tu ada sixth sense so time dekat surau tu dia rasa ada something dengan orang yang duduk sebelah dia which is aku,sebab tu lah dia genggam tangan aku sampailah abang dia cakap takde apa-apa pun…Then apasal tangan dia sejuk giler,abang dia cakap dia memang dah macam tu sejak lahir,family dia pun tak tahu kenapa….

Dan budak tu sampai sekarang jadi best friend aku…haha…And setiap kali aku pegang tangan,still gak sejuk macam masa first time dia genggam tangan aku 4 tahun lepas…Kalau aku tengah marah ke apa ke selalunya aku akan pergi dekat dia then lekapkan tangan dia dekat pipi aku…haha…nasib baik dia jenis yang sporting,tak kisah pun…

Jumaat, 19 Jun 2015

Al-kisah budak hostel#1

Firstly,aku nak ucapkan selamat berpuasa....Alhamdulillah first puasa tahun ni aku dapat sambut dekat rumah....ok kalau tengok dekat tajuk tu mesti dah boleh agak aku nak cerita apa.....
novel ni aku dah baca sekali....komen aku,best giler novel ni...salah satu novel keluarana fixi

Weh bulan puasa mana ada hantu....memanglah tapi aku tetap nak cerita jugak...Benda jadi dekat one of my best friend dekat hostel...dorm kita orang memang sebelah menyebelah je,sekelas pulak tu dari form 1 sampai sekarang aku dah form 4,so aku memang kira kamceng giler ah dengan mamat ni...ayah dia ni tabligh,mak dia pulak cikgu bertudung labuh,so kiranya dia ni alim la jugak...

ok stop dulu intro pasal dia...now aku nak cerita apa yang sebenarnya terjadi...3hari lepas dia ni tetiba terbangun dalam pukul 4 lebih sebab nak pergi toilet...so dia tak kejut sape2 dan nak pergi sorang,tetiba sorang member dorm dia ni pon bangun sama sebab nak pergi toilet gak....tapi dorang tak bertegur sape sebab masing2 tengah mamai dan hanya fikir nak langsaikan hajat secepat mungkin dan sambung tidur....masa pergi toilet takde apa2 tapi masa balik dari toilet tu yang pelik...kawan aku ni dah dengar member dia keluar dari toilet jadi dia pon cepat2 lah keluar sebab taknak sorang2 dekat situ...tapi bila dia kelaur member dia tu dah takde dekat situ....bila tengok dekat koridor pon lengang je.....
ini bukan gambar hostel aku..haha

'Aik...laju betul budak ni jalan balik dorm...' dia cakap dalam hati....then dia cepat2 balik dorm dan nampak member dia tu tengah tidur...tapi masalahnya ada sorang member dorm aku cakap yang dia nampak kawan aku ni pergi toilet sorang je,dia tak nampak orang lain pon...

sebenarnya ramai yang pernah terkena benda ni...tahun lepas,ada sorang member aku ni terkejut nampak aku dekat dorm...

member : weh kau bukan dekat toilet ke tadi
aku         : hotak kau,aku belum pergi toilet lagi laa...kau nampak Hariss(kembar tak seiras aku kot tadi.....
member:betul...aku nampak kau...kita kenal dah lebih 3 tahun,takkan lah aku tak dapat nak bezakan kau dengan Hariss tu...
aku        :kau salah nampak kot...tulah rabun taknak pakai cermin mata...haha
member:betul la aku nampak kau...tak percaya kau tanya Soleh....dia dengan aku dekat toilet tadi

Then,Soleh tu pon datang and aku terus tanya dia

aku   : weh kau dengan azam(member tadi) pergi toilet ke tadi?
soleh: haah...aku nak ajak kau sekali tapi tetiba nampak kau dekat singki tu,then kau masuk toilet aku pon masuklah toilet sebelah kau...bila aku keluar,azam cakap kau belum keluar lagi...lama jugaklah kau dalam toilet...kita orang ada cakap yang kita orang nak pergi dulu dekat kau....kenapa kau tak dengar ke?
aku  : sebenarnya kan aku belum pergi toilet lagi....aku busy buat karangan dari tadi...

Then tetiba Hariss datang

aku    :weh kau pergi toilet floor aku tak tadi...
hariss:tak..nape?
aku    :takde apalah (sambil pandang soleh)....

malam tu kita orang tidur ramai2,rapat2 sampai rasa rimas giler sebab seram...bila ingat balik memang kelakar giler...tu lah dia antara cerita dekat hostel aku...yelah umur sekolah tu pon dah seratus tahun nak buat macam mana....kalau ada apa2 cerita pasal hostel korang sharelah dengan aku...setakat ni aku tak pernah lagi laa kena yang teruk2 sampai pengsan ke demam ke....ada banyak lagi cerita sebenarnya tapi nantilah aku post ok.....