Memaparkan catatan dengan label facts from amature. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facts from amature. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

Eeeehhh~ gay!!

Alahai manusia, ini semua pengaruh luar la ni .... dok tengok TV banyak sangat, dok layan video lucah, CD lucah .... terus buat anggapan yang ntah apa-apa. Tengok lelaki badan mantap, ketul-ketul je ... terus dicap Gay, digolongkan Homoseksual. Apa punya minda la ...

Lagi-lagi, kalau tengok si badan berketul tu dok kawan rapat ngan lelaki .... lor...nak kawan pun susah .... takkan nak kawan ngan pompuan je kot. Aiseh ... inilah tanggapan sesetengah orang yang mudah melabelkan seseorang dengan penampilan. Tak selidik, tak kenal hujung pangkal pun, tau2 buat statement menjatuhkan maruah orang lain.

Salah ke bila lelaki nak tampil menarik dengan body ketul2 ....tengok lelaki tepuk tampar lelaki .... erkk itu gay ke ehh? Lelaki tampar tepuk cubit lelaki lain adalah halal .... bukannya tepuk tampar cubit perempuan bukan muhrim ... haaaa itu sah2 dah haram.

Adeh... manusia oh manusia ... bila pemikiran disempitkan dengan ilmu yang sedikit dan pengetahuan yang dipesongkan.... ginilah jadinya.

Perempuan seksi atau cantik comel lote tu kau tak cakap lesbian plak....

Selasa, 23 Disember 2014

JENIS2 CINTA

Aku saja  je tulis entri macam ni.Masa tengah menaip entri ni tiba2 terasa macam str8 pula...haha...Apasal boleh rasa macam tu...Aku tergerak nak tulis pasal jenis2cinta ni lepas aku 'ter'crush dekat pemain no.7 Thailand...haha,syial dia dah ada awek walaupun tak secantik mana pon awek dia tu(aik...macam patah hati je).Dah la tu membebel,korang baca je la apa yang aku tulis ok...enjoy your reading

Ø  Agape Love(pengorbanan diri)
Menurut Wikipedia,agape berasal dari perkataan Greek yang bermaksud cinta.Ada pendapat yang mengatakan agape love adalah cinta yang mengorbankan diri ”self-sacrifice-love”.Dalam erti kata lain,orang yang bercinta jenis ini sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.
Ok,bagi mengurangkan serabut otak,cuba bayangkan….
Seorang perempuan amat meminati si lelaki.Sanggup buat apa sahaja demi si lelaki.Beli baju,bayar duit kereta,beli iPhone 6….cakap apa sahaja.Semuanya dibelikan tanpa was-was.Si pasangan itu dengan hanya bermodalkan sengihan seperti kerang busuk berkata,”Syg…sayanglah orang paling abang sayang…boleh pinjamkan RM50 000…nak buat modal business.Pelaburan untuk kita selepas kahwin nanti”.Terus dengan pantas,dengan langkah kaki yang laju walaupun sempat tergolek sebab kasut tumit patah,si perempuan ini terus ke bank.
Orang akan mudah mengesan cinta jenis ini kerana mereka jenis bercinta gila-gila sehingga ke tahap “you jump,I jump” atau “my money,your money”.Dia sanggup berhabis BERPULUH RIBU RINGGIT dan berkepuk-kepuk duit di bank untuk si kekasih hati wannabee.Bukannya seringgit atau 50 sen dan bukan juga dalam mata wang Rupiah.

Ø  Eros(cinta nafsu)
Tahukah anda cinta pandang pertama?? Ala…yang seperti dalam drama Korea  atau tengok Aaron Aziz pertama kali dalam Nora Elena.Sekali pandang terus terasa…melayang-layang badan..Jiwa pon seperti berbunga2.Bunga-bunga kantan..Sedap dibuat laksa.Ataupun semasa berbaris di KFC ada lelaki kacak di sebelah,muka saling tak tumpah seperti Doo Joon(BEAST),siap dengan rambut balung ayam dan cacak2.Dia tersenyum kepada anda,siap memberi laluan semasa anda ingin mengambil sos lebih.SAH.Anda pasti jatuh cinta dengannya.CINTA PANDANG PERTAMA.Selepas itu,seperti magician David Cooperfield,anda mendapat nombor telefonnya.SERONOK!!
Tetapi,apabila anda bangun pada keesokan hari,anda sudah tidak berasa apa-apa.Bukannya hilang ingatan tetapi perasaan cinta itu sudah tiada hanya tinggal memori.Itulah yang dinamakan CINTA NAFSU…Cinta sebegini biasanya akan gagal tetapi ada juga yang berjaya berkahwin berdasarkan cinta pandang pertama tetapi kemungkinannya sangat tipis iaitu sebanyak 0.0001% saja.Mengapa?? kerana anda hanya menyukai luarannya saja.Bagaimana dengan bab moral dan dalaman?? Sikap dan akhlaknya??Setiap manusia sikapnya berbeza,ada baik dan banyak buruknya.Apabila anda sudah tahu akan sikap buruknya,adakah anda akan dapat menerimanya..
Kau kata hai-hai,kukatakan bye bye jawabnya…


aku memang minat dengan Fatah Amin ni...
Ø  Ludus(the player)
Aku ada seorang kawan yang agak rapat jugalah yang boleh digelar sebagai Mat Romeo atau Playboy.Kekasih keliling pinggang tidak usah cakaplah…Inilah yang dikatakan sebagai cinta yang bersifat “Ludus”
“Ludus is a playful and flirtatious love.People who enjoy the chase phase of relationship may experience this type of love.They enjoy chasing,playing the game and the conquest of a new person.However,once they catch this person,the relationship often over.”
Mereka yang mempunyai cinta Ludus ini mudah jatuh cinta.Pantang nampak gadis comel,berdahi licin kalis rintangan angin,mulalah gerakan reformasi perkenalan. “Saya ada terlalu banyak cinta jadi perlu mencari ramai orang untuk dikongsi bersama rasa cinta ini.” Ermm,yalah tu.Mereka ini suka dengan permainan “catch me if you can” yang bermaksud mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memikat orang yang disukai.Ayat demi ayat digunakan,apabila sudah dapat dia akan tinggalkan orang itu.Maksudnya dia hanya suka semasa fasa bermain cinta,apabila sudah bosan dia akan cari baru.
Mereka ini juga sukakan cabaran dalam memikat lelaki atau perempuan.Tetapi mereka ini juga akan meninggalkan sikap mereka ini apabila sampai ke satu tahap.Tahap yang lebih matang.Mungkin mereka akan jadi seorang yang setia apabila sampai ke tahap itu.


Ø  Mania(sangat obses)
Cinta jenis ni biasanya sangat obses sampaikan apa yang pasangan dia buat,makan,pakai,semua dia tahu.Password FB,IG dan Twitter pon confirm dia tahu.
Segala jenis benda berkaitan dengan pasangannya dia tahu.Setiap malam,sebelum tidur perlu mesej,nyanyi lagu Faizal Tahir Selamat Malam Sayang,kalau tidak akan merajuk dan pasangan WAJIB pujuk.
Kebanyakkan yang bercinta jenis ini of courselah perempuan tapi jangan ingat lelaki tiada.Percintaan jenis ini biasanya hanya seronok pada permulaannya.Ini kerana bagi yang bercinta jenis ini meraka amat mementingkan kesempurnaan.Jadi apabila mereka berjumpa dengan orang yang dirasakan lebih sempurna daripada pasangan mereka dengan sepantas kelajuan cahaya cinta mereka akan berubah.


Ø  Pragma(steady)
Ini percintaan bagi orang2 yang sudah tua atau bahasa sopannnya orang yang sudah matang.Mereka tidak bercinta secara melampau tetapi lebih kepada realistik.Percintaan seperti ini lebih didasarkan kepada tanggungjawab.
Dalam konsep percintaan pragma ini pasangan lebih kepada seperti kawan.Boleh lepak2,makan2 atau menonton wayang bersama2.Percintaan jenis ini lebih mementingkan keselesaan antara satu sama lain.Biasanya percintaan jenis ini diamalkan oleh pasangan yang sudah berkahwin.Mereka lebih mementingkan tanggungjawab,anak2,bil elektrik,sewa rumah dan sebagainya.Jarang topik berbulan madu dibangkitkan.

Ø  Storage (persahabatan)


Cuba bayangkan sekiranya korang bercinta dengan kawan baik sendiri.Itulah yang dinamakan cinta storage.Percintaan ini adalah antara yang paling berjaya dan kekal lama kerana pasangan telah mengetahui luaran dan dalaman kita begitu juga sebaliknya.Kita selesa dengan dia dan begitu juga dia.Pasangan menerima kita seadanya dan begitu juga kita.

Ciri2 percintaan jenis ini ialah individu langsung tidak memandang rupa fizikal,lebih rasional dan mengutamakan kebahagiaan bersama.Ok,aku pernah nampak percintaan jenis ini iaitu sepupu aku sendiri.Dia hensem dan dah ada awek.Kalau korang tengok awek dia mesti korang tak percaya sebab awek dia tu tomboy..haha..Tapi best la tengok cara mereka bercinta..smooth and steady je…Bila aku tanya dia kenapa tak cari awek yang feminine sikit,dia cakap dia selesa dengan GF dia sekarang sebab mereka dah kenal dari kecik….

ok that's all for this time...bila tulis2 pasal cinta ni terfikir juga bilalah aku akan jumpa Mr Right aku...

Isnin, 22 Disember 2014

Cara-Cara Respon Terhadap Cacian & Makian Orang

ok...wassup2...ok for this time aku nak kongsi dengan korang cara2 untuk respon terhadap caci maki orang...well biasalah manusia mana ada yang sempurna,ye dak...

Kita juga ada menerima cacian dan cercaan daripada manusia yang kurang waras atau yang memang tidak menyukai kita.Kadangkala,perkara yang kita buat bukannya salah,malah langsung tidak menyusahkan dan melibatkan orang lain,tetapi kita terpaksa menerima kritikan yang pedas ataupun mendengar kata-kata yang tidak menyenangkan.Lumrah hidup bukannya semua orang suka pada kita.Di sini aku menyarankan agar kita:
  1. 1.     Berwaspada terhadap apa yang mereka katakan
  2. 2.    Jangan berasa tergugat jiwa dan raga dengan hanya mendengar setiap kata2 yang menghiris jiwa sehingga kita lemah dan tiada semangat untuk melakukan sesuatu yang baik.Sedaya upaya kita kuatkan jiwa mendengar setiap cemuhan dan kritikan mereka.Mulut manusia mana boleh ditutup,lainlah mulut tempayan,itupun kalau airnya penuh di dalam tempayan,akan melimpah keluar jua.
  3. 3.    Jawab kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik.
  4. 4.    Jangan rasa tertekan dengan setiap kritikan mereka,jangan layan usaha2 mereka untuk menjatuhkan kita.Jadilah seorang yang hebat dalam kalangan orang yang hebat,sebaik-baik orang yang baik akan dimuliakan.Jangan terpengaruh dengan setiap kritikan pedas yang menggugat dan merosakkan jiwa kita.Jadikan jiwa kita kental dan lapang dada dalam menghadapi segala cabaran dan takdir yang menimpa kita.Percaya teguh kepada Qada’ dan Qadar yang sudaah ditentukan-Rukun iman ke6 yang wajib kita percaya sepenuhnya…….
P/S:masing2 dah besar jadi tidak perlulah bertelagah dan main tarik2 rambut...

Anda Mahu Pikat Lelaki???

ok this just a few common tips la yang aku cilok from somewhere...

1.  Warna mata(natural)
Di dunia ini ada perempuan yang matanya ada warna.Ala…seperti wanita-wanita berbangsa Inggeris di luar sana.Walau bagaimanapun jika mata sudah semula jadi berwarna hitam ia cantik.Sekiranya rabun anda digalakkan memakai cermin mata bukan kanta lekap.Mengapa???
              Gadis comel + kanta lekap = tidak comel
              Gadis tak comel + cermin mata = comel
              Gadis comel + cermin mata =sangat-sangat comel
p/s:just pandangan aku je la...sebab aku pon pakai spec huhu...first memang aku rasa giler nerd..tapi lagi comfort kot dari pakai cl bagai...plus aku pergi sekolah takkan nak pakai CL bagai...
percaya tak kalau aku cakap ni awek aku...haha
Look,as easy as ABC.Sekiranya korang memang rabun, cukup sekadar memakai cermin mata kerana pasti muka comel korang dapat menambat hati si dia.Plus yang tak rabun tu tak payah la sengal2 otak nak pakai spec bagai...bersyukur korang tak rabun....

2. Gadis yang berpakaian seragam
Ini fakta ya…Jika diperhatikan gadis-gadis berpakaian seragam mereka Nampak comel.Tidak kiralah sekolah askar,polis,jururawat,doktor.Pakaian ke pejabat juga pakaian seragam juga 
alolo comelnyerrr...
Sebenarnya pakaian seragam membuatkan kita nampak segak dan kemas.Apabila orang tengok,sejuk mata memandang.Cuba pilih,hendak lihat gadis yang kemas atau gadis yang berpakaian seperti orang kurang waras??Tepuk dada tanya iman...

3.  Mempunyai sifat yang istimewa
Lelaki adalah aneh.Haha…Tetapi mereka bukanlah makhluk asing yang datang daripada galaksi lain.Mereka aneh kerana mereka suka apabila perempuan itu mempunyai sikap dan tabiat tersendiri.Tabiat itu bukanlah tabiat suka bangun pagi pada pukul 10 atau mandi sekali sehari.Aataupun suka bermesej sepanjang hari tetapi tabiat2 kecil seperti menggigit bibir kiri bawah ketika sedang risau ataupun senyum seorang diri apabila melihat pemandangan yang cantik.Seorang perempuan tidak perlu membuat muka menggoda untuk menggoda lelaki.Cukup buat muka risau ataupun cuak.Sebabnya perkara-perkara seperti inilah yang membuatkannya mengingati kamu.Yalah,sikap setiap orang tidak sama 

4.Gadis yang unik dan susah didekati
nampak mysterious gitu...baru rasa ada cabaran nak dapat pompuan camni...

Lelaki juga makhluk Allah yang mudah berasa jemu dan bosan.Siapa yang tidak mudah bosan apabila asyik melihat perempuan seksi.Asyik-asyik mekihat perempuan yang perasan cantik dan mudah di pujuk rayu.Terdesak.Bosan kerana kebanyakkan perempuan ini sama dan tiada beza langsung.Kadang-kadang gadis yang berbeza menarik perhatian lelaki.Gadis yang pendiam dicelah-celah perempuan mulut yang lain ataupun gadis yang hanya tersenyum tatkala rakan di sebelah ketawa bagaikan langsuir baru terlepas.Itu baru unik.
Paling penting untuk gadis diluar sana sila jadi sombong dan sukar didekati.Jangan jadi perempuan yang terdesak kerana lelaki TIDAK suka dengan perempuan begini.Serius,mereka tidak suka perempuan yang begitu mudah jatuh cinta.Namun janganlah emo tidak tentu fasal.Janganlah setiap masa hendak tunjuk garang.Begitu tidak boleh juga…

5.  Gadis yang agresif
Kamu perasankah lelaki suka mengganggu perempuan.Biasanya lelaki suka tengok tindak balas perempuan apabila diganggu.Mengapa??Sebab lelaki suka tengok perempuan marah.Apabila perempuan itu marah dia akan nampak comel.Marah-marah ataupun bebel lagi seronok daripada perempuan yang dikacau tidak menunujukkan tindak balas langsung seperti kacau tiang elektrik pula.Tapi jangan pula asyik nak marah2 je.

6.  Gadis yang menutup aurat/tidak terlampau seksi
sejuk jer mata aku tengok akak ni..
Ini PENTING!!! Seorang gadis perlu menutup aurat.Tambahan pula lelaki yang terpikat itu adalah lelaki yang baik.OK…Mungkin ada yang kata ini tipu..Lelaki suka tengok perempuan seksi….tayang sana,tayang sini…dedah segala asset.Namun cuba fikir,memang lumrah lelaki suka tengok perempuan seksi,dedah sana,sini.Sekiranya tengok sekali tidak cukup seperti mahu juling mata mereka melihat perempuan seksi.Tetapi suatu masa mereka pasti mahukan yang isitmewa.Seseorang yang dapat dijadikan sebagai isteri.Dia akan mencari perempuan untuk berjumpa dengan ibu bapanya.Kamu pastikah dia mahu membawa perempuan seksi bertemu oang tuanya?? Kamu patut bersyukur jika tidak dihalau dengan batang penyapu kerana berpakaian seksi sebegitu.
Cuba bayangkan jika kamu ini lelaki dan ditempat kerja kamu ada berpuluh-puluh perempuan seksi tetapi ada seorang gadis yang comel berpakaian menutup aurat.Pasti sejuk mata memandang.Jadi segeralah ke mall berdekatan dan beli baju yang longgar2.Jangan beli saiz adik2 ya….

7. Gadis tanpa mekap tetapi tetap comel

Perempuan dan mekap ibarat aur dengan tebing,ibarat TV dengan remote control.Sangat rapat.Tidak salah menggunakan mekap tetapi sekiranya kamu menggunakan mekap seperti pelako tambahan watak mak lampir atau seperti memakai tepung gomak susah juga nanti.Sebenarnya mekap tidak berapa bagus.Penuh dengan bahan kimia yang tidak akan mencetuskan kimia antara kamu dan lelaki.Memadai dengan hanya memakai mekap untuk mengelakkan muka kamu Nampak berminyak atau kusam.Lelaki lebih suka dengan kecantikan semulajadi(natural beauty).Jadi bersederhanalah.Malah Islam juga amat menggalakkan kesederhanaan.Namun sekiranya setakat mahu ke pasar malam belakang rumah tetapi bermekap hingga tiga inci,bolehlah kamu mendaftar bagi pementasan opera cina.